Pin It

Widgets

keruh.

Bissmillahirrahmanirrahim

Monolog;



Aku berusaha untuk lebih banyak diam dan menyendiri. Kegirangan yang aku pancarkan dari sinar air muka aku bukannya aku seorang periang, tapi menutupi segala kelesuan dalam hati dan kekeruhan jiwa.

Tercari-cari sinaran yang dulu kala menyinari jiwa, tapi kini kian lesu dan semakin lesu. Kenapa diri sebegini? Kau kata kau kuat, kau boleh hadapi segala mehnah dunia, tapi sayang diri sendiri pun masih lagi dalam rantaian mehnah luaran dan dalaman. Yang kau sendiri pun tak pernah nak ubatinya, dan tak pernah mencuba untuk mengubatinya. Dulu pernah, tapi sudah berputus asa, kemudian kau bangun semula, mengejar sinaran itu, takut ianya akan hilang. Menjerit-menjerit 'Jangan pergi aku perlukan ia, aku dah buntu, aku buntu', jeritan itu sangat kuat tiada siapa yang mendengar tiada siapa yang ambil tahu yang kau perlukan itu.

Hanya lalaian dan kekeliruan hidup kau, matlamat itu sudah hilang. Kau gagal untuk ambil semula sinaran itu dan campakkan dalam diri, kerna mahnah itu mengatasi segalanya dan kau gagal untuk bangun buat kali seterusnya. Kerna kau berputus asa kau leka dalam lakonan dunia. Jangan gagalkan diri kau untuk ambil semula sinaran itu. Sinaran cahaya Hidayah Ilahi itu sangat bermakna untuk menyelinap sudut hati dan jiwa kembalikan semangat yang dahulu. Kau akan kuat bila aku berusaha walaupuan persekitarannya yang tidak mengizinkan, tapi atas dasar kau gigih dan gagah untuk menyinarkan jiwa kau akan mampu lakukan.

#I am three people: The person others think I am, the person I think I am & the person only Allah knows I am.

No comments: