Pin It

Widgets

sebab lambat terus cop tempat pelacur ???

Bissmillahirrahmanirrahim

Aku bersama keluarga menikmati juadah sarapan pagi di salah sebuah restoran yang agak terkenal dan termahsyur dalam kalangan rakyat jelata Pulau Mutiara oghang Bertam, yang mana ianya dimajukan oleh orang Melayu Islam *kaum kerabat kita jugak la*. Siapa tak kenal dengan Nasi Beriani-nyaa yang pergggghhhhh tuh !Masyallah, di tambah pula dengan kelazatan masakan daging kambing masak kurma dan capati (made from Pakistanian) Subhanallah sangat sedappp dan menyelerakan.

Sedang asyik dan ngalet menunggu ketibaan hidangan kami tersebut..


"weyhhhh, hang ni buat roti capati ka atau buat tempat pelacur!!! Ingat aku tunggu lama-lama ni, aku tunggu kat tempat pelacur kaaa??" menengking pakcik tersebut kepada si pembuat roti capati.

Keadaan menjadi tegang, dan pelanggan yang sedang selera menjamah makanan terkaku dan  kelihatan bengang mendengar kata-kata yang kesat dari pakcik tersebut. Keluarga aku yang bersebelahan meja dengannya hampir hilang sabar, mahu saja aku melempang mulut pakcik tersebut dengan cili api, tapi apakan daya, tindakan batin saja dapat di ungkap, tindakan secara zahir belum pasti ku gagahi untuk lakukan.
Sabar !

Mulutnya masih terkumat-kamit menyatakan ayat yang sama, tapi dengan nada yang perlahan. Rilekss laa pakcik, pelanggan ramai kot kat restauran tuhh, siapa datang dulu dialah nanti akan dapat menjamah hidangan dahulu. Bukan sebab LAMBAT je pakcik dah nak cop atau namakan restauran tersebut sebagai tempat pelacur. Astagfirullahalazim.

Tak sampai sepuluh minit, tauke restauran tersebut datang dan membawa hidangan yang dipesan oleh pakcik tersebut sambil berkata:
"Sabarlah encik,kami jalankan tugas mengikut prosedur, siapa datang dulu dialah yang akan dapat dulu, encik kena sabar,pagi ni pelanggan datang ramai"

"hangg tau tak anak aku makan nasi sampai habis pun, roti capati aku tak dapat, apa punya lembab la hampa buat keja"

Tauke tersebut malas melayan dan terus berlalu pergi.
'Ha makan puas-puas ye pakcik , ishhhh, buat malu orang Islam+ Melayu jeeee' *getik hatiku*



Jadi konklusi yang boleh kita dapat melalui kisah ini, setiap pekerjaan ada cabaran dan setiap cabaran itu perlu ada kesabaran. Dan pekerjaan itu bukanlah hanya melibatkan pekerjaan yang kita fahami dalam konteks khusus, tetapi dalam konteks menyeluruh atau umum seperti makan, ianya juga salah satu pekerjaan bagi manusia untuk makan. Sedangkan nak makan punn kena banyak bersabar apatah lagi pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti kita lakukan hari ini sebagai contoh menjadi seorang pelajar. Ermm lagi banyak lah kan mehnah nya. Jom kita perhati dan baca serta hadamkan apa yang Nabi Muhammad saw pesan kepada umatnya, meh-meh baca :)

Abu Hurairah melaporkan pada suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata " Berilah saya nasihat", Nabi Muhammad menjawab "Jangan marah:. Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali , Nabi Muhammad tetap menjawab,"Jangan marah".(Riwayat Bukhari)

nahh! tengok link ini mengenai penjelasan dari hadis 'Jangan Marah'
sekian untuk sketsa kehidupan manusia hari ini.

ibtisam92
^^

2 comments:

nahiJ said...

Na'am, La Taghdob..
Sahal jiddan..^_^

amal said...

ya setuju, setiap pekerjaan ada cabaran dan setiap cabaran itu perlu ada kesabaran.

*pernah keja , dan paham*

moga pkcek tu dan kita semua dapat jadi seorang yg lebih penyabar :')



"seseorang itu tak dikurniakan suatu pemberian yg lebih baik & lebih luas daripada sabar."- Riwayat Al-Bukhari