Pin It

Widgets

Ketupat dan Eiduladha :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Petang kelmarin ,

Balut ketupat bersama warga tua ,

Lawak sangaaaattt :) ,

Dapat laa satu ilmu cara balut ketupat dengan betul ,

Selalu umi dan tok dan saudara-saudara sahaja yang balut

Kelmarin aku sendiri yang balut ,

Tanpa putus asa ,


ini ketupat jantan 
*yang selalu kita makan, macam inilah rupanya*

 okay senang cerita macam ini lah , cara balutan ketupat jantan dan betina agak berlainan. Dan aku sendiri pun tak sure mengenai sejarah ketupat jantan dan betina. Orang tua-tua cakap , mula-mula belajar nak balut ketupat mesti akan terbalut dengan cara balutan ketupat betina. Dan aku sendiri pun sudah terbalut dengan cara balutan ketupat betina, banyak kali juga aku buka dan balut semula , sehinggalah jadi balutan jantan . Payah kott . Tapi orang tua-tua tak prefer dengan balutan ketupat betina. Ade setengah mereka katakan, nanti payah nak buka untuk di santap berbanding dengan ketupat jantan. Family aku sendiri pun prefer balut ketupat jantan, bak kata umi 'balutan jantan nampak lebih kemas , nak makan pun rasa bersemangat " (geli hati aku mendengar, haha)

Okay if anda ingin tahu lebih sila klik disini (ada video cara balutan ketupat jantan, bestt balut ketupat tambah-tambah kalau balut ketupat bersama-sama orang tua-tua, lawakkk !! )


*pengalaman kelmarin mengajar erti aku hidup bertradisi*

2 comments:

amal said...

salam aidiladha. kullu am wa antum bikhair.
ceyhh , dh pandai balut ketupat ;D bule kawen dh ni , hHAHAA.

I B T I S A M said...

wa iyyaki :)

haha :P