asifah .

Bissmillahirrahmanirrahim

sorry .




I do not desired  to make sth that you are unpleasent with me. Sorry dear if I makes you hurting with me what I have done to you .I know how's your feeling that fulfill annoyance on me, if I am never wonder and care on you . Sorry  agains and agains . I thought it was just the simplest things I done, but hmmmm i can see your face that you're not pleasant with .



friends forever yeah :)
uhibukki fillah
>.<
p/s : may I write again on it?? HA-HA
*AHZAM*


ibtisam92
^^

nara ma qola laisa man qola .


Bissmillahirrahmanirrahim

Para imam pembawa petunjuk berkata:
"jangan amalkan perkataan kami tanpa nash yang sah."
Padanya ada dalil wajibnya mengambil hadith,
baik dahulu mahupun sekarang,
Imam Abu Hanifah berkata:" Tidak patut bagi orang Islam mengambil perdapatku sebelum menghadapkannya dengan Al-kitab dan hadith yang terpilih"
Malik, Imam darul Hijrah, berkata 
sambil berisyarat kepda (kubur nabi)
" Setiap perkataan ada yang diterima
dan ada yang ditolak,kecuali Rasul."
Asy-Syafi'i berkata:" Jika engkau meilhat 
perkataanku menyelisihi hadith yang kalian riwayatkan maka buanglah perkataanku
yang menyelisihi khabar (hadith) itu ke tembok."
dan Ahmad berkata kepada mereka: "Jangan kamu tulis perkataanku,tetapi carilah sumber perkataanku itu."
maka dengarkanlah perkataan empat imam pembawa petunjuk
Amalkanlah kerana di dalamnya terdapat manfaat
Perkataan itu sebgai pengekang setiap orang yang fanatik.
sedang orang adil merasa cukup dengan nabi.
(Irsyaadul Bariyyah)


ibtisam92
^^

niqab

Bissmillahirrahmanirrahim





Mungkin final year nanti baru aku pakai . takpun nak kahwin nanti . Kena pujuk parents dulu . Before this I asked my mum about my passion to wear a niqab . Dia tak izinkan lagi . bersabar lah ye wahai diri:)





ibtisam92
^^



tersentap seketika

Bissmillahirrahmanirrahim

Seorang kanak-kanak menunjukkan kepada ku sebuah buku dengan berkulit muka depannya agak menakutkan, jika tidak silap bertitle "roh" ye la kott :)

Aku : ehhh takutnya tengokk !!
Adik : ehh kak buat apa nak takut, kita kena takut pada Allah kak .

Aku terdiam, sengaja aku menyeramkan dia, masyAllah dia selamber sahaja menjawab sebegitu. Dan aku menjadi terkesima kerana tak ramai kanak-kanak sepertinya yang akan berkata " kita kena takut pada Allah". Kanak-kanak zaman sekarang banyak yang sudah terpengaruh dengan media atau kartun-kartun yang berunsurkan hantu, so no wonderlah if mereka takut dengan benda-benda ghaib di sebabkan tersebar luasnya filem atau cerita yang sebegitu. Jadi peranan ibu bapa lah sangat penting dalam membentuk anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang baik serta mampu mengajar mereka mentauhidkan Allah . >,<



ibtisam92
^^ 

Excited

Bissmillahirrahmanirrahim

Tomorrow I will gather with them :) insyAllah .



SEMINAR GERAKAN TERORISMA, TAKFIR DAN JIHAD DALAM ISLAM

Tarikh: 27/11/2011 bersamaan 1 Muharam 1433 Hijriah (Ahad)
Masa: 8:00AM - 5:00PM
Lokasi: Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur
Map: 
http://goo.gl/R2bDz

Tarikh Tutup Pendaftaran: 24/11/2011 (Khamis)
bayar semasa pndftrn
Pelajar: RM5
Bukan Pelajar: RM15
*terhad 200 org peserta sahaja


Tentatif program:

8.00AM - Pendaftaran
9.00AM - Pembentangan 1
(Terrorisme dan akibatnya oleh Dr Azwira Abdul Aziz)

10.30AMi - Pembentangan 2
(Takfir: Hukum-hakam dan syaratnya oleh Ust Idris bin Sulaiman)

12.00PM - Pembentangan 3
(9/11: Operasi menakluk dunia oleh Dr.Sulaiman Nordin)

1.00 Petang - Rehat

2.00-3.30PM - Pembentangan 4
(Jihad menurut syarak oleh Dr.Fadhlan bin Mohd Othman)

3.30-5.00PM - Pembentangan 5
(Kumpulan-kumpulan Khawarij Kontemporari oleh Ust Fathul Bari bin Mat Jahya)

5.00PM - Majlis bersurai
 
hopefully I get beneficial input from them, insyAllah .
 
ibtisam92
^^

bersabarlah

Bissmillahirrahmanirrahim

Bersabarlah izyan nazihah binti abdullah :)


sesungguhnya jarak masa kehidupan sekarang ini (berada di atas bumi) dengan berada di bawahnya (memasuki kubur) tersangat dekat, tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikannya, mereka dibuai kelekaan untuk memperbanyak habuan dunia seperti harta benda, pangkat dan kuasa. Dalam mengejar impian ini, mereka tidak peduli sama ada perlu memijak kawan dan juga lawan malah sehingga sanggup menikam kawan dari belakang termasuklah melakukan fitnah. Hal inilah yang berleluasa sekarang ini >.<
ibtisam92
^^

First Time ..

Bissmillahirrahmanirrahim



Pertama kalinya aku bersyukur ke hadrat ilahi , dengan limpah kurnianya aku di beri peluang untuk hidup di muka bumi Allah ini. Tiada kata yang bisa ku sebut untukNya hanyalah ucapan Alhamdulillah. Di beri kesegaran dan kekuatan keimanan untuk terus beribadah dan terus berubah untuk perkara yang lebih baik yang lebih Dia cintai dan suka.

Kesibukkan itu kadangkala membuatkan hati aku kosong, tiada langsung pengisian , hanyalah semata-mata menyiapkan segala tugasan dan bertanggungjawab ke atas segala urusan sebagai seorang pelajar Universiti.Semalam , pertama kali kalinya aku tak tidur kerana menyiapkan tugasan bagi madah Hubungan Etnik. Bukannya buat kerja di akhir-akhir saat , tetapi masa sebelum itu sudah penuh dengan segala tugasan yang perlu di selesaikan. But never mind, it makes me to be a good person to manage my time very well in daily life. Try to make something different for each a day that I faced everyday.

 credit to : Farah-Munirah-Ahda-Raihan-Kak Ijan-Fairus-Hamizah ::))

ibtisam92
^^

wordless

Bissmillahirrahamanirrahim

Baru aku tahu ,
rupa-rupanya ada prosedur bagi cara mereka-mereka yang nak memurtadkan diri mereka dari Islam
dunia dah nak kiamat ..

**********

Jgn biarkan hari berlalu tanpa ILMU...
Abdullah bin al-Mu’taz rahimahullah berkata, “Ilmu seorang munafik itu terletak pada ucapannya, sedangkan ilmunya seorang mukmin terletak pada amalnya.” Sufyan rahimahullah pernah ditanya, “Menuntut ilmu yang lebih kau sukai ataukah beramal?”. Maka beliau menjawab, “Sesungguhnya ilmu itu dimaksudkan untuk beramal, maka jangan kau tinggalkan menuntut ilmu dengan alasan beramal, dan jangan kau tinggalkan amal dengan alasan menuntut ilmu.” (lihat Tsamrat al-’Ilmi al-’Amal, hal. 44-45)

ibtisam92
^^

berserah

Bissmillahirrahmanirrahim

doa ;


Ya Allah, seandainya aku ini bisa menjdi insan yang bermanfaat, panjangkanlah umur aku
Aku ingin menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain terutama kepada ummi dan abah ku
amin ya Rabb >.<



ibtisam92
^^


Ketupat dan Eiduladha :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Petang kelmarin ,

Balut ketupat bersama warga tua ,

Lawak sangaaaattt :) ,

Dapat laa satu ilmu cara balut ketupat dengan betul ,

Selalu umi dan tok dan saudara-saudara sahaja yang balut

Kelmarin aku sendiri yang balut ,

Tanpa putus asa ,


ini ketupat jantan 
*yang selalu kita makan, macam inilah rupanya*

 okay senang cerita macam ini lah , cara balutan ketupat jantan dan betina agak berlainan. Dan aku sendiri pun tak sure mengenai sejarah ketupat jantan dan betina. Orang tua-tua cakap , mula-mula belajar nak balut ketupat mesti akan terbalut dengan cara balutan ketupat betina. Dan aku sendiri pun sudah terbalut dengan cara balutan ketupat betina, banyak kali juga aku buka dan balut semula , sehinggalah jadi balutan jantan . Payah kott . Tapi orang tua-tua tak prefer dengan balutan ketupat betina. Ade setengah mereka katakan, nanti payah nak buka untuk di santap berbanding dengan ketupat jantan. Family aku sendiri pun prefer balut ketupat jantan, bak kata umi 'balutan jantan nampak lebih kemas , nak makan pun rasa bersemangat " (geli hati aku mendengar, haha)

Okay if anda ingin tahu lebih sila klik disini (ada video cara balutan ketupat jantan, bestt balut ketupat tambah-tambah kalau balut ketupat bersama-sama orang tua-tua, lawakkk !! )


*pengalaman kelmarin mengajar erti aku hidup bertradisi*

yang teramat

Bissmillahirrahmanirrahim


Aku memanjat kesyukuran buatNya, kerana Dia aku masih lagi hidup dalam keadaan Iman dan Islam. Terima kasih ya Allah, selama hampir sebulan  lebih aku terasa diri ini kesunyian yang teramat. Merasa dunia ini sempit bagi ku,menanti insan atau sahabat yang selalu mentarbiyahkan aku yang selalu mengingatkan aku akan sesuatu perkara. Sedih ya Rabb ! Merintih aku di malam hari aku mengadu kepadaNya agar aku masih kuat dan terus kuat tanpa ada lafaz PUTUS ASA, aku tahu Dia pasti memakbulkan doa buat ku. Ya, penantian aku sudah terjawab.Alhamdulillah ya Rabb .


Luahan perasaan tadi hanyalah emosi semata-mata, sayangnya aku terhadapnya kerana dia memahami manhaj salaf tapi kenapa semakin hari semakin kau renggangkan ianya dari bisa melunakkan hati mu. Aku rindu saat kita berkongsi ilmu, aku sangat rindu saat itu . Tapi ianya sudahpun aku mengerti, kau mencari , aku jua mencari harapnya sama-sama kita berganding dan menguatkan iman yang sudah pun lemah longlai ini dengan bisa kekuatan yang di kurniakan olehNya. Ya Allah ya Rahman aku sangat rindu tarbiyah Mu ya Rabb .




Maaf atas kekesaran yang aku luahkan, mungkin ianya bercampur aduk dengan masalah lain dan lepaskan pada kau, maafkan aku sahabat. Aku tidak pandai menasihatimu dengan baik , aku tahu  cara mau'izatul hasanah itu ,aku baca kitab-kitab mengenai  cara menasihati tetapi atas dasar kelancangan mulutku di tambah pula hawa nafsu 'amarah aku meninggi ini membuatkan hati-hati yang lembut itu bisa tidak percaya akan diri ku. Itu sebab kadangkala aku benci diri sendiri , yang tidak pernah untuk aku berusaha mengubahnya dengan baik. Nafsu diri menguasai fikiran dan akal, musnahlah tembok keimanan yang bersusah payah aku membinanya dahulu.Ya Allah aku rindu akan tarbiyahMu.

p/s : sekali aku marah menyesal selama-lamanya :( kerna aku bukan insan yang suka memberang .ceria-ceria sudaa

ibtisam92
^^

Fikir-fikirkanlah :)

Bissmillahirrahmanirrahim




Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
(FB)



ibtisam92
^^