Pin It

Widgets

terletak pada diri sendiri

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Allah masih lagi berikan kekuatan pada diri ini pada nikmat iman dan islamNya. Tiada kucupan lain selain dari mengucap kalimah Alhamdulillah.

Hari demi hari, ianya berlalu dengan pantas. Rasanya bagaikan semalam, aku mengemas barang untuk datang ke USIM, bagaikan semalam juga aku sedang membuat urusan pendaftaran di Stadium Tertutup Nilai, bagaikan semalam juga aku menjalani minggu Ta'aruf dan semuanya rasakan 'bagaikan semalam'.MasyAllah, masa sangat pantas berlalu pergi. Terfikir aku; kesibukkan yang aku hadapi dan jalani ini adakah aku senantiasa mengingat pada yang Maha Esa ? Kadangkala, aku alpa untuk zikrullah. Memanjat hanya tika kesusahan sahaja, melupai saat kebahagian menjelma. Astagfirullahal'azim, itu bukannya sifat orang Mukmin yang sebenar.

Bila dah masuk alam  Sarjana Muda, jati diri pada diri ini perlu kuat. Walaupun ditimpa batu besar atau taufan melanda tetapi ianya tetapi utuh menjadi diri sendiri, tak mudah untuk dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak bermanfaat. Malah, jika datanglah beribu-ribu batu yang menghempap diri ini, ianya perlu cekal dan mampu menjadi lebih baik dan lebih-lebih baik.

Orang sekeliling bukannya menjadi punca untuk kita berubah , tapi ianya bergantung pada diri sendiri yang lebih utama pada IMAN kita. Bergantunglah padaNya, ianya lebih diutamakan buat diri bergelar HAMBA. Bijak memilih sahabat ~





ibtisam92
^^

No comments: