Pin It

Widgets

Mahasiswi :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ta'aruf pelajar Sarjana Muda tahun satu bagi sesi 2011/2012 berjalan dengan lancar. Bersyukur juga kerana tiada kekalutan untuk menguruskan hal ehwal di hari pendaftaran mungkin aku sudah ada pengalaman pada tahun lepas, Tamhidi 2010/2011. Dan selepas pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat segala program selesai di jalankan , maka bersambung pula pada hari Sabtu dan Ahad dengan program ALSP * terlupa apa nama penuhnya, hihi*

Tiada kata disini, hanya kucupan syukur buatNya yang tidak terhingga kerana segala apa yang aku mintai Dia yang Maha Berkuasa akan mengabulkan permintaan ku. Kerendahan hati ini sangat terasa kerana aku ini bukanlah insan yang solehah tapi insan yang sangat memerlukan tarbiyah serta kekuatan dari sahabat-sahabat agar aku ini tidak di jalan yang terserong. Moga Allah perhiaskan diriku ini dengan jiwa dan hati serta diselaputi sifat terpuji. Amin :)

Siapa sahaja yang bergelar mahasiswa atau mahasiswa pasti hati dan perasaan tersuntik rasa bangga kerana segala apa yang diimpikan itu sudah pun tercapai. Dan aku sudah berada di tahap ini, Alhamdulillah. Bagi sahabat-sahabat yang lain yang tidak berjaya untuk menyambung pelajaran di Universiti, jangan jadikan ia sebagai satu alasan atau halangan untuk berjaya. Jadikan ia sebagai satu pembakar semangat untuk kita berusaha dan tiada kata untuk berputus asa dalam menggapai kejayaan. Allah pasti membantu hamba-hambaNya :)

Buat sahabat yang sangat mengimpikan sesuatu tetapi tidak tercapai malah diberi pula jurusan yang mana hati sangat pahit untuk menerima, janganlah bersedih hati. There are silver hiding behind it :) Okay, banyak lagi coretan yang ingin ku lakarkan disini, tapi tiada kesempatan buat masa sekarang. Aku perlu siapkan segala perkakas kerohanian dari segi hati dan batin ini serta fizikal dan mental. Banyak cabaran yang bakal di hadapi oleh aku. Maka keimanan itu perlu di kuatkan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara yang mencabar itu menerpa dalam hidupku. Agar iman tidak kecundang. InsyAllah, Allah musta'an.


ibtisam92
^^

3 comments:

hafizah n hanisah said...

bt yg terbaik tau...:)

I B T I S A M said...

syukr0n hafizah ;)

I B T I S A M said...

ALSP : Arabic Language Support Programme