Pin It

Widgets

aku dan mereka di hari lebaran ~

Bissmillahirrahmanirrahim

Kehadiran aku ke USIM, bakal menjelma tidak lama lagi. Hanya menghitung hari dan detik dan saat untuk ke sana. Hari raya tahun ini hanya 'ala kadar sahaja'. Tiada lagi duit raya yang perlu ku mintai dari saudara mara. Merindui alam kanak-kanak dahulu. Kenakalan dan kecilikan ku terserlah saat itu. Sekarang diri ini kian meningkat dewasa. Senyuman dibibir mampu sahaja membentuk tika mengingat memori dahulu.

Tahun ini, rasanya aku sakan beraya bersama sahabat. Menziarah dari rumah ke rumah para pendidik yang tercinta serta tak lupa juga sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih buat mereka bagi menyiapkan hidangan yang sedap dan cukup menyelerakan buat kami serta duit raya *besar panjang pun dapat duit raya lagi,hihi*
Credit tuan rumah yang kami ziarahi ; 
Cikgu Salini 
Ustazah Zahidah
Cikgu Shakirah
Ustaz Asmawi
Fitirana dan keluarganya
Fathin Fauzana dan keluarganya
Kepada yang belum di ziarahi terutamanya para pendidik insyAllah pada hari dan waktu yang lain, kita bisa ketemu lagi.


Hafizah*Amira*Amiza*Fathin Fauzana*Fitriana*Rashidah*Madihah*Hanisah

Tersesat mencari rumah, tak malu untuk bertanya, menyekat seorang pakcik semata-mata nak bertanya sahaja asalkan boleh bertanya, tersilap masuk lorong, tawaf habes satu taman, HA-HA dan sebagainya. First time kita beraya bersama-sama :) I love that moment ~ InsyAllah, tahun depan kita beraya sama-sama lagi tau tau !


ibtisam92
^^



No comments: