Mas uliyati ~

Bissmillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.


Bukan untuk meraih populariti
Bukan  untuk meraih pangkat
Bukan untuk meraih kenamaan dalam khalayak ramai
Bukan untuk di sanjung-sanjung
Bukan untuk bermegah-megahan
Bukan untuk di bangga-bangga
Bukan untuk meraih simpati
Bukan untuk 'syok-syok'
dan Bukan jadikan dunia ini dalam genggamanku

Rabbi yassir wa la tu'assir
Ya Muqallibal qulub thabit qulubi 'ala dinik
Amin ya Rabb :)



Tegurilah aku andainya tersilap perilaku, terkasar bahasa, tak tertegur kalian serta sama waktu dengannya. Kerana aku bukan insan yang sempurna. Aku inginkan sahabat-sahabat semua mendapat kemaslahatan dari apa yang aku pertanggungjawabkan ke atas kalian. Moga Allah permudahkan segala urusan badan organisasi 
(Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian, Tahun Satu 2011/2011). Amin


ibtisam92
^^

Mahasiswi :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ta'aruf pelajar Sarjana Muda tahun satu bagi sesi 2011/2012 berjalan dengan lancar. Bersyukur juga kerana tiada kekalutan untuk menguruskan hal ehwal di hari pendaftaran mungkin aku sudah ada pengalaman pada tahun lepas, Tamhidi 2010/2011. Dan selepas pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat segala program selesai di jalankan , maka bersambung pula pada hari Sabtu dan Ahad dengan program ALSP * terlupa apa nama penuhnya, hihi*

Tiada kata disini, hanya kucupan syukur buatNya yang tidak terhingga kerana segala apa yang aku mintai Dia yang Maha Berkuasa akan mengabulkan permintaan ku. Kerendahan hati ini sangat terasa kerana aku ini bukanlah insan yang solehah tapi insan yang sangat memerlukan tarbiyah serta kekuatan dari sahabat-sahabat agar aku ini tidak di jalan yang terserong. Moga Allah perhiaskan diriku ini dengan jiwa dan hati serta diselaputi sifat terpuji. Amin :)

Siapa sahaja yang bergelar mahasiswa atau mahasiswa pasti hati dan perasaan tersuntik rasa bangga kerana segala apa yang diimpikan itu sudah pun tercapai. Dan aku sudah berada di tahap ini, Alhamdulillah. Bagi sahabat-sahabat yang lain yang tidak berjaya untuk menyambung pelajaran di Universiti, jangan jadikan ia sebagai satu alasan atau halangan untuk berjaya. Jadikan ia sebagai satu pembakar semangat untuk kita berusaha dan tiada kata untuk berputus asa dalam menggapai kejayaan. Allah pasti membantu hamba-hambaNya :)

Buat sahabat yang sangat mengimpikan sesuatu tetapi tidak tercapai malah diberi pula jurusan yang mana hati sangat pahit untuk menerima, janganlah bersedih hati. There are silver hiding behind it :) Okay, banyak lagi coretan yang ingin ku lakarkan disini, tapi tiada kesempatan buat masa sekarang. Aku perlu siapkan segala perkakas kerohanian dari segi hati dan batin ini serta fizikal dan mental. Banyak cabaran yang bakal di hadapi oleh aku. Maka keimanan itu perlu di kuatkan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara yang mencabar itu menerpa dalam hidupku. Agar iman tidak kecundang. InsyAllah, Allah musta'an.


ibtisam92
^^

aku dan mereka di hari lebaran ~

Bissmillahirrahmanirrahim

Kehadiran aku ke USIM, bakal menjelma tidak lama lagi. Hanya menghitung hari dan detik dan saat untuk ke sana. Hari raya tahun ini hanya 'ala kadar sahaja'. Tiada lagi duit raya yang perlu ku mintai dari saudara mara. Merindui alam kanak-kanak dahulu. Kenakalan dan kecilikan ku terserlah saat itu. Sekarang diri ini kian meningkat dewasa. Senyuman dibibir mampu sahaja membentuk tika mengingat memori dahulu.

Tahun ini, rasanya aku sakan beraya bersama sahabat. Menziarah dari rumah ke rumah para pendidik yang tercinta serta tak lupa juga sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih buat mereka bagi menyiapkan hidangan yang sedap dan cukup menyelerakan buat kami serta duit raya *besar panjang pun dapat duit raya lagi,hihi*
Credit tuan rumah yang kami ziarahi ; 
Cikgu Salini 
Ustazah Zahidah
Cikgu Shakirah
Ustaz Asmawi
Fitirana dan keluarganya
Fathin Fauzana dan keluarganya
Kepada yang belum di ziarahi terutamanya para pendidik insyAllah pada hari dan waktu yang lain, kita bisa ketemu lagi.


Hafizah*Amira*Amiza*Fathin Fauzana*Fitriana*Rashidah*Madihah*Hanisah

Tersesat mencari rumah, tak malu untuk bertanya, menyekat seorang pakcik semata-mata nak bertanya sahaja asalkan boleh bertanya, tersilap masuk lorong, tawaf habes satu taman, HA-HA dan sebagainya. First time kita beraya bersama-sama :) I love that moment ~ InsyAllah, tahun depan kita beraya sama-sama lagi tau tau !


ibtisam92
^^



Munculnya Kaum Khawarij

Bissmillahirrahmanirrahim

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

Al-Imam al-Bukhari rahimahullah berkata,"Ibnu Umar r.a menggangap mereka sebagai makhluk Allah yang paling jelek dan beliau berkata 'Sesungguhnya mereka mengambil ayat yang turun untuk orang-orang kafir lalu menjadikannya untuk or rosak ang-orang yang beriman."
(Shahih Bukhari, kitab Istitaabul Murtaddiin bab Qatlul Khawarij)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata," Mereka merupakan bencana yang sangat besar mereka terus menebarkan keyakinan mereka yang rosak mereka membatalkan hukum rajam bagi pelaku zina yang sudah menikah, memotong tangan pencuri dari ketiak, mewajibkan solat bagi wanita haidh ketika dia sedang haidh, mengkafirkan orang yang tidak melakukan amar ma'aruf nahi munkar ketika ia sanggup melakukannya, jika tidak sanggup maka ia telah melakukan dosa besar, menghukumi kafir pelaku dosa besar, menolak harta dari ahludz dzimmah dan sama sekali tidak bermuaamalat dengan mereka berlaku semena-mena terhadap orang yang menisbatkan dirinya kepada Islam dengan di bunuh, ditawan dan di rampas." (Fathul Bari)

Ibtisam92
^^