Pin It

Widgets

Semakin hari semakin kuat di uji ..

Bissmillahirrahmanirrahim

Monolog ;



Tiada daya kekuatan lagi yang aku harapkan kecuali hanya dariNya. Aku senantiasa bermohon moga hati dan iman ini tiada berubah untuk ke arah yang lebih merosot , tapi yang aku ingin dan impikan ianya senantiasa meningkat dan terus meningkat. Menjaga iman itu  terlalu sukar. Banyak pengaruh yang mempengaruhi diri kita , tak kisahlah ianya dari dalaman ataupun luaran. Sama-sama menganding untuk menjatuhkan iman tersebut. Jadi kawalan utama adalah diri kita. Andai tidak bisa mengawal dengan bijak pasti tergelincir.

Hari demi hari , semangat jiwa aku kian menurun dan menurun. Terfikir sejenak . Kenapa aku kian merosot . Sedangkan iman ini senantiasa di uji. Apakah diri ini masih tidak sedar akan hal itu ? Sedar itu ada , tapi memandangnya dengan penuh perasaan yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga dengan baik. Kesal .

Dugaan itu akan timpa dan terus menimpa dalam menguji keimanan diri ini. Berhadapan dengan ujian dan cabaran bukannya berhadapan dengan hati yang kosong dan iman yang pudar. Hati dan iman perlu di bekalkan. Jika tidak impaknya menjadi parah merana .

Wahai diri kenapa masih membingung dan menyepikan diri . Banyak sungguh pengaruh luaran dan dalaman sudah meresap dalam jiwa .Aku perlukan insan-insan terutama sahabat dalam mengingatkan diri ini semula . Kelunakan hati ke arah itu makin keruh. Aku takut ianya jadi hitam tak sejernih yang aku pernah rasakan sebelum ini.

Setiap insan pasti akan di uji , kerana Allah telah berfirman :
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan, `Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji lagi?” (QS al-Ankabuut: 2) 


Nabi saw pernah bersabda :
“Tiada henti-hentinya cobaan akan menimpa orang mukmin dan mukminat, baik mengenai dirinya, anaknya, atau hartanya sehingga ia kelak menghadap Allah swt dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR Tirmidzi) 
“Tak seorang muslimpun yang ditimpa gangguan semisal tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan denganujian itu Allah menghapuskan perbuatan buruknya serta menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Membisu memandang ke langit yang gelap . Merintih padaNya , moga iman ini tidak pernah tersasar dan mampu untuk berhadapan dengan segala ujian yang sedang dan bakal menimpa .Ya Muqallibal qulub, thabit qulubi 'ala dinik. Amin .
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Cukup sahaja apa yang aku ingin luahkan.


Ibtisam92
^^

3 comments:

Anonymous said...

izyan, i love yuuuu, hikhik

kyrah said...

yang ataih tu aku yannn, hikhik

I B T I S A M said...

hg tak gtw pun aku da tawu :P