Pin It

Widgets

Muhasabah : Mereka yang tidak mampu tapi ..

Bissmillahirrahmanirrahim

Monolog ;


Ibnu Jauzi memberi nasihat: “Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, sesiapa memanfaatkan kedua-duanya dalam kancah kemaksiatan, dialah yang betul-betul telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu penuh dengan kesibukan. Begitulah pula sesudah masa sihat, maka akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Dari Ramadhan pertama hingga ke hari  ini , saya memerhatikan seorang wanita yang umurnya sedang-sedang sahaja menunaikan solat di atas kerusi di sebuah surau penempatan saya. Ketekunannya membuatkan saya tertarik dengannya kerana dia tidak mampu untuk menunaikan solat seperti biasa. Dan paling kagum sekali wanita itu mampu untuk menunaikan solat isya' berjemaah hingga selesainya solat witir. Begitulah untuk hari-hari seterusnya.

Begitu juga dengan seorang lelaki yang umurnya 50-an. Seorang yang tidak mampu untuk berjalan seperti insan biasa tetapi ianya bukan penghalang baginya untuk beribadah kepada yang Maha Esa. Jarak rumahnya dengan surau lebih kurang 800 meter. Lelaki itu hanya menaiki kerusi rodanya sahaja dari rumah untuk ke surau demi menunaikan solat terawih berjemaah. Dan kerap kali juga terserempak dengannya di surau pada bulan-bulan lain yakni selain bulan Ramadhan. Subhanallah , sungguh cekal sekali lelaki tersebut. Moga Allah memberkatinya.

Berapa ramai insan  yang mampu untuk solat terawih tapi tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhya. Saya mengajak diri saya dan pembaca semua untuk bermuhasabah . Jika mereka yang tidak mampu tetapi mereka berusaha sepenuh hati mereka untuk laksanakannya, bagaimana pula kita yang mampu tetapi kita gagal untuk berusaha. 

Kadang-kadang kita tidak mampu untuk laksanakan di rumah, kerana banyak pengaruh akan menguasai diri kita, jadi tempat yang paling sesuai untuk menhindarkan segala macam pengaruh nafsu ialah surau ataupun masjid-masjid . Hal ini dapat menghidupkan jiwa dan rohani kita beribadah kepadaNya.
(Itu pandangan saya)

 Nabi saw bersabda : “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).
 Kata Ibnu Jauzi: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melaksanakan ketaatan.” 



Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal :)

ibtisam92
^^

No comments: