Pin It

Widgets

MasyAllah , Barakallahulakuma fil khair ..

Bissmillahirrahmanirrahim




Firman Allah s.w.t 
Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….” 

 Sabda Rasulullah s.a.w ,
Maksudnya: Daripada Anas .a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.



Bulan-bulan yang lepas saya ada dengar khabar mengenai perkahwinan kak dan abang senior yang tua setahun dari saya sudah selamat diijabkabulkan.  Kalau tak silap saya bulan 4 kot.Dan mereka sedang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir. Dan mereka berdua juga asal dari sekolah yang sama ,DMW.  Anda boleh tengok video nya disini .Alhamdulillah ,moga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin .Tak sempat saya untuk menghadiri kenduri mereka gara-gara kesibukkan di kampus.

Tapi tidak mengapa, saya masih mempunyai  penyampai-penyampai berita yang boleh di yakini faktanya, segala informasi akan dimaklumkan pada saya. Itu pun sudah memadai buatku. Terima kasih ye kepada pelapor-pelapor yang senantiasa setia bersama saya. Hehe.

Minggu lepas , saya menziarahi DMW, bersama sahabat yang baik ; HAFIZAH , MADIHAH & SARAH. Selepas keluar dari bilik guru perempuan , kami terserempak dengan dua orang senior yang baru sahaja keluar dari bilik guru lelaki. Terus menerus salah seorang sahabat saya membisikkan sesuatu di telinga saya. Agak terkesima seketika di tambah pula dengan kesyukuran yang tidak terhingga buatNya  kerana ada saudara yang bakal memurnikan ikatan mereka dengan perkahwinan. Alhamdulillah. Di tujukan khas buat :
*Akh Hafizuddin & Ukht Akmal ( mereka berdua dari DMW dan satu kelas )
*Akh Firdaus & maaf tidak dapat di kesan lagi nama bakal isterinya ,kalau tak silap pelajar Zagazig. Kalau salah informasi harap perbetulkan.

Subhanallah, jodoh itu sudah di tetapkan olehNya. Saya dan sahabat yang lain tidak pernah terfikir  mereka itu bakal di satukan. Itulah di namanya ketentuan Tuhan. Yang penting ialah berdoa untuk dapatkan yang terbaik. Alhamdulillah mereka itu insan yang sangat soleh dan solehah yang mampu menjadi tauladan buat adik-adik junior DMW dan yang lainnya.

Dan sangat terkejut dan bertambah lagi terkesima saya pabila mendapat satu panggilan dari sahabat mengenai perkahwinan yang bakal di langsungkan pada bulan September depan. Mereka  ialah adik junior saya. *Hambali & Nadihah*.Waahh , dah langkah bendul ni, haha. Anyway, I'm very grateful to Him , as He unite both of them with a noble bond which is a marriage. Alhamdulillah.  Selepas ini siapa pula ye yang bakal berkahwin dari kalangan pelajar DMW ?  emm ..

Berkahwin  semasa belajar ada pro dan kontra nya. Dan saya ingin mengatakan  jika ingin jauhi dari segala macam fitnah terutamanya zina lebih baik kahwin/ berpuasa daripada melakukan pelbagai hal yang bertentangan dengan syariat Islam.

"Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5066)

* untuk menambah info , DISINI*




“Ya Allah..Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak, Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini,Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak, Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai,Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh,Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

ibtisam92
^^ 


10 comments:

alynn'johan :] said...

Alhamdulilah (: Barakallah .
Yan bila lg ?

I B T I S A M said...

yan ? hehe ,insyAllah anda bakal mendapat kad jemputan dari saya dalam masa 4/5 thun akan datang ,wallahu'alam .. hehe :)

alisya bila pulak ?

amal said...

hehee , tak lama lagi laa tuhh.
tak smpai 4 5 tahun pun :D ngee

I B T I S A M said...

haha

kita merancang Allah yang tentukan , amal ;)

amal said...

yayaa , kita hnya mampu merancang :) selebihnya Allah yg tentukan. kita tgu budak2 tmhidi tgok. raihan ex tamhidi dentist bulan 9 ni kawen. tp skng dia Uni Al Azhar .

I B T I S A M said...

Subhanallah , biar benar amal, dia still baru kan kat sana ? mana dapat berita ? ;)

jodoh.jodoh dan jodoh , emm

amal said...

yupp2 , dia kuar USIM bulan 7 tahun lepas. tau kt fb , 18th sept ni. tp kita kan da dftr , klu tak bule laa p.

jodoh kan .

I B T I S A M said...

emm betui .. takpe tapi boleh lagi contc dgn dia kan ;)

hafizah n hanisah said...

fzah p knduri raihan insyaAllah...nk kirim hadiah pn xpa....hehe..

p/s : 4-5 thn tu x lma dh...hehe..fzah nk tgk kwn2 kawen dlu..keh3~~

I B T I S A M said...

oo yaka , nanti laa yan kirimkan fizah hadiah tuh :)InsyAllah .


*okay kite tunggu dan lihat sape dulu ye ..kahkah*

:P