Pin It

Widgets

Maksud zuhud terhadap dunia ..

Bissmillahirrahmanirrahim


Banyak sekali perkataan-perkataan para Salaf di dalam mendefinisikan zuhud terhadap dunia,dan keseluruhannya berputar kepada ketiadaan hasrat kepada dunia dan kekosongan hati dari ketergantungan terhadap dunia.



Berkata Abdul Wahid bin Zaid : الزهد في الدني والدرهام“Zuhud adalah terhadap dunia dan dirham”.
Al-Junaid ditanya mengenai zuhud, beliau berkata :
استسغار الدني ,ومحو آثارها من القلب“Zuhud adalah menganggap dunia itu kecil dan menghilangkan bekasnya dari hati”.
Berkata Abu Sulaiman Ad-Darani :
الزهد :ترك ما يشغل عن الله“Zuhud adalah meninggalkan apa-apa yang menyibukkanmu dari Allah”
Berkata Imam Ahmad :
الزهد في الدني :قصر الأمل“Zuhud terhadap dunia adalah pendek angan-angan" 





Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah :الزهد ترك ما لا ينفع في الآخرة الورع ترك ما تخاف ضرره في الآخرة“Zuhud adalah meninggalkan apa-apa yang tak berfaedah bagi akhirat, wara’ adalah meninggalkanapa-apa yang membuatmu takut akan bahayanya terhadap akhirat. " 
Ibnul Qayyim telah menganggapnya baik sekali pernyataan Syaikhul Islam ini”. Berkata Ibnul Qayyim :
والذي أجمع علبه العارفون :أن الزهد سفر القلب من وطن الدني ,وأخذهفي منازل الآخرة“Orang-orang bijaksana telah bersepakat bahwa zuhud adalah menyingkirnya hati dari negeri dunia,dan membawanya kepada negeri akhirat”.

Maka dimanakah gerangan para musafir yang hatinya
tertambat kepada Allah?
Dimanakah gerangan para pejalan yang hendak
menuju ke tempat yang mulia dan derajat yang
tinggi?
Dimanakah gerangan para perindu surga dan penuntut
akhirat?
(jawablah dengan iman, adakah kita yang sebegitu ? )


ibtisam92
^^

2 comments:

nahiJ said...

Assalamu'alaikum Yan,

ZUHUD..?

hehe, ambe suke, ambe suke..

Time pose nie, InsyaAllah "kite" masih zuhud..

Cume, persoalannya time raye..

Mampukah kite menjadi zuhud time tengok macam2 juadah, biskut raye, kuih raye, lauk pauk yang best2, & nasi dagang(kat tganu je, hehe..)
ditambah dengan pemberian duit raye, hohoho..
budak2 pun bleh jadi materialistik time nie..$_$ (kite- yang da 'tua' nie takla kot..)

So, renung2kan & selamat beramal..~(^_^)

I B T I S A M said...

walaikumussalam ya nahiJ , hehe

betul betul . cume yan nak tambh sedikit, jangan biarkan nafsu mengawal diri kita biar diri yang mengawal nafsu :D