Pin It

Widgets

Kenapa nak meremehkan ?

Bissmillahirrahmanirrahim



Kenapa nak meremahkan ? Itu persoalan saya. Kenapa nak pandang rendah dengan orang yang berpendidikan agama .Kita perlu sedar tanpa agama dalam kehidupan kita akan tersasar dari kehidupan yang sebenar. Kehidupan kita mungkin akan jauh tersesat. Wa'iyazubillah.

Ramai orang yang beranggapan mengatakan insan-insan yang bertaburan dengan pendidikan agama itu sudah cukup banyak. Adakah ia sudah memadai dalam mendidik anak bangsa kita terhadap agama Islam ? Jika banyak insan yang berpendidikan agama tapi tidak berkualiti , tidak boleh jadi juga.Takut nanti menyebarkan fikiran yang terserong dari akidah Al-quran dan Assunah saw.Kerana pengajian agama Islam bukannya mudah ia memerlukan satu pengetahuan yang cukup luas dan mendalam , dari segi tafsiran Al-quran berdasarkan kitab-kitab tafsir dan pengetahuan mengenai hadis-hadis Nabi saw dan lain-lain.



Kenapa kita boleh bertungkus lumus untuk pengajian akademik , sehingga berjaya hingga ke menara gading , kenapa tidak dalam bidang agama? Jika pandai bidang akademik tapi meremehkan agama, hidup ini seolah-olah hanya untuk dunia , tanpa arah tujuan yang sebenar. Meraih tujuan dunia itu hanya sementara malah ianya sebagai satu medium untuk kehidupan yang lebih kekal kelak di sana yakni akhirat. Sebab apa saya katakan sebegitu ? Allah menjadikan hambaNya untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)


Sebagai khalifah manusia adalah hamba kepada Allah dan tuan kepada benda. Justeru, manusia mestilah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Firman Allah bermaksud:


" Ingalah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (Az Zariyat : 56)
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat assiayadah ( ketuanan). Sebagai Khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah untuk menjadi " tuan " kepada semua makhluk Allah. Manusia hendaklah melaksanakan tugas mengatur seluruh alam dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

Mengapa kita diberi tugas ? Kerana kita mahu, seperti yang diberi tahu oleh Allah dalam;

Surat Al-Ahzab (33:72) “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh” .
Ayat ini menggambarkan bahawa hanya manusialah yang mahu menerima beban tugas kekhalifahan ini. Inilah tanggungjawab yang diberikan Allah kepada manusia. Adakah kita sedar atau tidak? atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?
Saya tak kata bahawa pengajian akademik kita perlu pinggirkan. Kita sepatutnya menyeimbangkan antara dua element penting yakni ; akademik dan agama . Jika bijak dalam jurusan kejuruteraan misalnya, tapi tidak fasih lagi membaca Al-quran, ia sungguh memalukan. Ia hanya bertopengkan islam pada dirinya sahaja. Begitu juga orang yang kaya harta, segala kemewahan dunia dia mampu mengecapi tapi sungguh sedih sekiranya dia mengabaikan segala perintahNya.
Jadi secara konklusinya , janganlah kita terlalu meremehkan hal ehwal Islam . Jangan kita biarkan hidup ini  tanpa redhaNya. Tak malukah , orang yang bukan Islam mampu untuk memahami segala isi kandungan Alquran cuma hidayah itu tidak sampai kepada mereka. Segala kajian mereka sedang lakukan. Ada juga sebahagia mereka mempelajarai ilmu agama kerana ingin meruntuhkan umat Islam atau mencari kesalahan dan kelemahan kita .Kita yang sudah Islam masih ada lagi yang meremehkan dan mempermainkan agama Islam kita.  Malah bukannya hari demi hari kita lebih baik tapi kita ini menjadi sebaliknya . Wa'iyazubillah.



*Apa yang kita mahukan adalah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.



Hidayah itu milik Allah, bila-bila masa Allah boleh cabut hidayah itu dari hati kita seandainya kita pinggirkannya. Jangan biarkan ianya berlalu pergi tanpa kita sedari yang diri kita sedang di nodai dengan segala bentuk kejahilan. Wa'iyazubillah.

| coretan dari sudut pandangan ku |

ibtisam92
^^

3 comments:

Ummu Nuha said...

salam..entri yg bagus..ilmu agama mmg penting..blog2 yg sebarkan dakwah islamiyah sgt2 kurang bbanding dgn blog2 yg hny bkisarkan hal2 peribadi..jual muka etc...

truskan menulis.. :)

sebarkan ilmu Allah spy yg kurang arif dlm hal2 agama blh bljr :)

annur said...

na'am ya izyan...
kita mesti teruskan dalam menuntut ilmu agama demi diri sendiri , keluarga, dan manusia sejagat.

perlu kuat kerana pasti ada halangan yang besar di hadapan...

I B T I S A M said...

Ummu Nuha : InsyAllah sama2 kita sebarkan ilmu agama yang Haq :)

annur : Betul3x