Pin It

Widgets

Kelas 45 : Kelmarin/hari ini Perpisahan

Bissmillahirrahmanirrahim



Kelmarin aku berikan denda kepada mereka. Akibat kedegilan dan kenakalan yang terlampau membuatkan hati ini meronta dengan kesakitan.Huh ! Sikap mereka kelmarin sangat melampau. Hinggakan aku ini berkali-kali memberi arahan tidak juga mereka dengari dan patuhi , malah di bising dan menjerit ke hulu ke hilir. Hati guru mana yang tidak sakit melihat karenah muridnya yang kurang beradab ? Pasti ternyata kesakitan itu akan menjergah jua seketika tapi kemarahan itu bukannya terlalu lama , hanya seketika untuk buat mereka sedar akan diri mereka sebenar.

Selepas tekanan yang mereka berikan kepada ku , aku terus berkata
" Silakan kepada sesiapa yang tidak mahu belajar boleh keluar dari kelas "

Mereka diam seketika , melihat bibit muka aku ini kian kemerahan. Aku menyambung lagi ..
" Alhamdulillah nasib baik esok hari terakhir ustazah mengajar di sini . Tak sabar ustazah utntuk hari esok. kamu ingat ustazah ini tunggul kayu ? "

Sekali lagi bibit muka mereka kian terpapar ketakutan dan keinsafan. Aku dapat rasakan pilih kasih antara mereka antara 'cikgu' dan 'ustazah'. Mereka lebih mendengar arahan dengan baik jika dia itu seorang guru berbanding ustazah. Jadi sangat tidak peduli oleh mereka terhadap insan yang mengajar subjek agama. Kerana mereka rasakan mereka mampu dan sudah pun mengetahui segalanya. Itu yang aku dapat nampak dari segi perilaku mereka.

Akhirnya aku menyuruh mereka berdiri di atas kerusi dan 'ketuk-ketanpi' sebanyak 10 . Puas hati ku .
Itu kisah semalam. Sakit hati plus jiwa plus perasaan yang bernanah dan berdarah itu sudah pun di lenyapkan dari diri ini. Aku akur mereka masih keanak-anakan . Tapi tugas untuk mentarbiyah buat mereka perlu di didik dari awal lagi bak kata pepatah 'melenturi buluh biarlah daripada rebungnya'.


* semua ayat di atas hanya berbentuk HIPERBOLA sahaja*




Dan hari ini aku banyak berdiam . Menulis segala nota di papan hitam ,kemudian aku menutup semua pintu kelas tersebut. Denda bagi siapa yang datang lewat ke kelas KAFA. Mereka diam membisu, takut untuk menegur ku.

Selesai semua tugas yang aku berikan . Aku baru memberi ucapan kali terakhir buat mereka. Kebanyakkan dari mereka menitiskan air mata begitu juga aku . Mereka sedar banyak perkara yang mereka tonjolkan sikap itu membuatkan hati aku tercalar dan terguris tebal.

Kemudian seorang demi seorang mereka menyalami aku . Kata-kata terakhir mereka membuatkan aku bakal menrindui mereka . Seorang demi seorang memeluk aku dan menangis teresak-esak. Ada yang tak benarkan aku keluar dari kelas dengan menahan aku. Ada yang menjerit-jerit sambil menangis. Esakan mereka sangat kuat ,'Ustazah !! Kami akan merindui ustazah . Terima kasih Ustazah ! .'

Hanya tinggal kenangan menjadi guru ganti selama dua bulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur .



Bermain batu selambut ~~




buat latihan ~~




Kegirangan mereka kegirangan ku jua ~


segala kad ucapan akan ku simpan dalam kota rahsia ku~


salam sayang  buat murid semua
Moga menjadi anak yang soleh dan solehah
Being a good mankind that could be contribute to our Islam
Insan yang merindui anda semua ;
Ibtisam92
^^




3 comments:

annur said...

masyallah... garang rupanya enti...
mesti seronok jadi guru...

amierul said...

Hahaha,,mmg sgt garang.,erm,tahniah la sbb da settled jd ustazah.ada la gak pengalaman cikit2.=)

I B T I S A M said...

annur : hehe takde la dgn budak2 je jadi garang , hihi dgn kawan biasa aje :D

amierul : syukron