Pin It

Widgets

Kenapa saya ber'blogger' ?

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah , terdetik hati saya untuk menjawab pesoalan di atas iaitu;
"KENAPA SAYA BER'BLOGGER'?"



Asal saya berblogger pada tahun tahun lepas 2010 sekitar bulan Julai atau Ogos saya tubuhkan blog baru saya. Mungkin ikut kawan dan tak tahu apa motif saya sebenar untuk berblogger. Bak kata orang 'suka suka ja'. Blog yang lama lebih saya tumpukan mengenai cerita-cerita kehidupan saya terutama di kampus.

Kemudian hampir 5 bulan saya berkecimpung dengan blog lama tersebut, dan banyak post yang saya sudah siarkan. Pengikut /followers pada tika itu hanya beberapa sahabat USIM sahaja. Dan url lama saya ialah ; izyan-nazihah-izyanibtisam.blogspot.com. Panjang kan ? Biasalah budak baru nak belajar. Lagipun memang tak tahu nak namakannya apa.

Tapi sebelum itu, saya ada FB *akaun lama*. Segala pengisian dan perkongsian saya share via notes. Jadi  fikir-fikir balik, perkongsian saya hanya untuk pembaca-pembaca yang ada FB sahaja dan mereka itu adalah friends saya. Kalau orang lain mungkin mereka tak boleh nak baca apa yang saya sharekan  *alaa, yan bukan sapa nak baca pun share kau yan* Dan berfikiran secara matang, biar saya jadikan blog ini sebagai satu medan untuk perkongsian dengan orang ramai, saya maksudkan orang lain pun boleh baca tak kira laa dia ada FB ke tak. Yang pasti boleh baca.


Itu dahulu : durianhijauberduri.blogspot.com/
Macam peliks kan? tapi ada maksud tersirat. 


Kini bertukar kepada : menitikehidupansunnah.blogspot.com/

Alhamdulillah, sehingga sekarang blog ini sering di update dari semasa ke semasa. Pengisian/peringatan yang saya kongsikan bersama, bukan nak tunjuk saya ini orang yang berilmu tinggi dalam agama, tapi saya lebih sukakan jika saya tahu sesuatu apa salahnya jika orang lain pun turut tahu kan ? Sharing is caring  .
Blog ini saya bahagikan kepada dua jenis post yang di 'publish'kan yaitu nafsiyyah (diri sendiri) dan pengisian Islam.  Dan ada juga beberapa post yang ditulis dengan cara beremosi seperti marah, geram, gembira atau sedih. Maaf tiada pengisian di situ, saya hanya berkongsi.

Kadang-kadang pembaca akan terperasan saya juga turut menggunakan bahasa post, dengan perkataan 'aku', 'ana','saya' atau 'yan'. Itu bergantung dengan mood saya sewaktu saya menulis. Jadi jangan terlalu kisah dengan penggunaan tersebut yang sering berbeza. Seterusnya mengenai pengikut/followers, saya tak pernah kisah siapa yang ikuti blog saya atau tidak. Berbangga memiliki followers yang ramai bukan satu keperluan bagi saya, kerna saya bukan hendak meraih populariti ataupun apa-apa unsur.Terpulang pada diri anda semua, kalau anda ingin menjadi followers saya, tafaadol, anda sangat di alu-alukan, jika tidak, la baks (tidak mengapa ) bagi saya. Saya tidak juga mengatakan, blog saya adalah blog yang terbaik sebab ramai lagi bloggers lain yang mampu memberi satu kesan kerohanian dalam hati pembaca. Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu .Itu adalah saya .

Sebelum saya berhenti penaipan di keyboard, saya sangat mengalu-alukan kepada pembaca untuk menegur saya seandainya terdapat post-post yang di'publish'kan ada salah maklumat atau tersilap sesuatu. Kerana saya juga memerlukan nasihat dari anda semua. Tapi ingat, tegurlah saya dengan cara yang berhikmah jangan terus-menerus untuk memaki atau mencela. Sebagai orang Muslim , kita patut tahu cara untuk menegur orang Muslim yang lain dengan baik dan mengikut apa yang telah di ajarkan oleh baginda Rasulullah saw. 
Itu sahaja jawapan saya mengenai persoalan di atas.
wassalam


warna-warni kehidupan

ibtisam92
^^

3 comments:

Ummu Nuha said...

salam..teruskan menulis ya :)

I B T I S A M said...

wassalam..
insyAllah
terima ksih atas sokongan ukhti :)

muhammad ubaydullah bin khairuddin said...

alhamdulillah. niat menulis yang baik. ^_^ teruskan ya ukhti.