Pin It

Widgets

Kelas 22 : Kuning dan Blue..

Bismillahirrahmanirrahim

Banyak pelajaran dah habis, jadi hari ini , aku suruh murid-murid buat nota untuk pelajaran Bahasa Arab. Cuma ade sorang murid lelaki . Bagi aku dia agak nakal.

Waktu mula mula dia menulis, aku menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Kalau aku tak tumpukan perhatian terhadapnya pasti dia akan melukis.Selepas beberapa minit melihat dia sangat tekun menyalin nota tersebut, aku bingkas bangun dan memerhati murid-murid lain.

Seorang demi seorang menghantar nota tersebut kepada aku untuk di tanda.  Dan sudah di agak , bila aku tak tumpukan perhatian padanya , dia tak dapat menyiapkan kerja yang aku berikan. Suka sungguh bermain dan melukis.

Tapi sayang,  dia menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Banyak kali dia tak mampu untuk menyiapkan kerja yang aku berikan gara-gara sikapnya yang suka sungguh bermain. Geram !

" Ustazah saya dah siap"
" tak macam tulisan kamu pun , ini tulisan sape ??? "
" Ini tulisan Zharfan, saya suruh dia tulis, dakwat pen saya habis" Jawab dengan slumber
"Ustazah tak suruh pun tulis guna pen, yang kamu tak tulis apesal ?! kenapa kamu tak boleh siapkan kerja kamu sendiri?" volume suara yang agak tinggi

Terus aku mengoyakkan kertas tersebut dan baling ke tepi. Murid-murid lain terpinga.

" Dah dah p duduk tempat buat kerja kamu , yang kamu tulis tadi p mana ?"
" saya koyak"
" MasyAllah , budak ni yang p koyak pasal pa??? dah la hari ni kamu bawa shampo ke kelas, pastuh boleh pula kamu main dengan shampo tuh, esok kamu nak bawa ape pulak ? "


 Diam seribu bahasa

Jika di beri muka kepada mereka, pasti kepala ini ibarat di pijak-pijak oleh mereka. Makin melampau .Dah  aku tak tau nak cakap apa dengan mereka. Sungguh bermasalah mereka itu .




Sebelum pulang aku ada dengar aduan dari seorang guru yang mengajar darjah 4. Sikap murid lelaki kelas tersebut membuatkan guru tersebut kian risau. Masalah lucah. Agak terkejut pabila mendengarnya. Tak sangka mereka yang masih kecil itu sudah berfikiran besar ( kuning + blue ). Apa-pun sudah di laporkan kepada pihak atasan. Moga ada response yang baik dan hukuman yang patut di berikan terhadap murid tersebut. Pengaruh yang kuat oleh sekeliling membuatkan budak budak pun mampu melakukan seperti itu. Wa'iayzubillah moga kita semua terpelihara dengan perkara jelek seperti tu. amin

Jadi secara konklusi yang dapat aku simpulkan , pemahaman islam perlu dititikberatkan. Jika ada pihak-pihak yang bertanggungjawab  meringan-ringankan masalah ini,ia akan menanah dengan teruk sekaligus merosakkan nama seorang Muslim.

---------------------------------

Keseimbangan antara dunia dan akhirat :)


Firman Allah swt;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).

Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ?

Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.
Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan.Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.

Sabda Rasulullah saw;
عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »

Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.

Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;
  • 1. Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.
  • 2. Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.
  • 3. Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.
  • 4. Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.
  • 5. Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.
  • 6. Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.


ibtisam92

^^




No comments: