Pin It

Widgets

Tanda-tanda kecil kiamat 3

Bissmillahirrahmanirrahim




3) Penaklukan Baitul Maqdis

Di antara tanda-tanda kiamat adalah penaklukan Baitul Maqdis . Di jelaskan dalam hadis 'Auf bin Malik r.a beliau berkata Rasulullah saw bersabda :
" Ingatlah  (wahai 'Auf)  enam ( tanda ) sebelum datangnya hari Kiamat .." ( Lalu beliau menyebutkan salah satunya ), Penaklukan Baitul Maqdis ".

Di zaman Umar bin al-Khathtab r.a sempurnalah penaklukan Baitul Maqdis , tepatnya pada tahun 16 Hijriyyah sebgaimana di sebutkan oleh para ahli sejarah Umar r.a pergi mengadakan perdamaian dengan penduduknya dan menaklukkannya membersihkannya dari kaum Yahudi dan Nasrani, dan membangun masjid di arah kiblat Baitul Maqdis. 
( Kitab Bidayah Wann Nihayah )

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari jalan Ubaid bin Adam beliau berkata :
Aku mendengar Umar bin al-Khathtab r.a berkata kepada Ka'ab al-Akhbar, ' Ke arah manakah aku melakukan solat ?' Lalu dia menjawab , 'Jika engkau mengambil pendapat ku maka hendaklah engkau solat di belakang batu , sedanglan Qudus seluruhnya di hadapanmu'. Umar berkata , 'Apakah engkau menyerupai orang Yahudi? ','Tidak akan tetapi aku akan melakukan solat sebagaimana Rasulullah saw melakukannya', lalu beliau menuju ke arah kiblat kemudian solat lalu beliau datang dan menghamparkan selendangnya dan mengumpulkan kotoran ke selendangnya dan orang-orang pun ikut membersihkannya .
( Musnad Imam Ahmad )

ibtisam92
^^


2 comments:

iman hanani (NHY) said...

ya Allah.... menang sbg mujahid @ mati sbg syahid.. ampunilah kami hamba yg penuh hina ini....astaghfirullahal'azim....
=_______________________=

I.B.T.I.S.A.M said...

Amin ya Rabb :)