Pin It

Widgets

kelas ku sudah bermula :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah , aku ingat cuti cuti sebegini tidak ada kerja, rupa rupanya ada juga tugas yang di berikan oleh ummi aku. Bahagia betul aku menerima dengan tangan terbuka . Yela sudah sebulan lebih aku tinggal di rumah. tiada kerja lain melainkan kerja kerja yang aku lakukan ( bibik sepenuh masa + menghadap komputer + buat kajian+ dll ) boleh kata agak jemu bila sudah seharian duduk di rumah , buat kerja yang sama , tak bersosial dengan masyarakat , ( kadang kadang aja aku keluar rumah , itu pun tegur jiran bawah/tepi/depan rumah yang mana penghuninya makcik-makcik dan pakcik-pakcik, anak anak mereka tak sama umur , jadi ada diskriminasi ye antara kami di situ  :D )

Ok berbalik pada  kisah apa yang aku ingin tuliskan disini , mengenai seorang murid  aku ( ehemm ,melampau takda sijil guru pun lagi HAHA ) Pada minggu pertama di kala cuti ini , murid aku itu belum berkelas lagi dengan aku , memandangkan dia pulang ke kelantan ( kampungnya ) hampir seminggu lamanya , jadi kelas kami bermula pada miggu kedua :) setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Kemudian ummi aku mengambil alih pula tugas aku untuk mengajar pelajaran tajwid dari pukul 11 pagi hingga 11.30. Ha'ah lupa pula subjek apa yang aku ajari , HAHA ( gelak siap siap ) bahasa Arab . First time kot aku ajar bahasa arab , dok gagau gak aku ini. InsyAllah will be okey sebab tak perlu nak ajar secara mendetail, the basic is imperative , right ?

Lagipun agak mudah jugak aku ajarkan dia , seriously dia memang rajin lagipun sebelum ini dia sudah biasa berkelas dengan aku sebelum cuti sekolah. Agak tekun , gamaknya memang sikap perempuan kot yang rajin ^^ ( tak kata pun lelaki malas , tapi mostly girls sangat rajin;masing masing ada kelebihan tersendiri kan kan ). Menandangkan dia dahulu sekolah rendah Convent , basic Arab pun agak kurang , bila mana dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan serta  mengambil aliran agama , mungkin , kesungguhan itu mengapai semula perkataan arab yang simple itu perlu ada :) ( panjang sungguh hingga tiada noktah :P )

Mula mula aku ajarkan dia guna buku teks , huishhh, kering idea aku , sebab bila aku tanya , faham tak ? dia masih tak faham, vocab arab agak kurang jadi bila ajari dalam bahasa Arab dia masih tergaru garu tidak memahami ( majaz je ni ). Dan melilau la kepala+ idea aku berfikir what's the better steps yang aku kena ajarkan dia  supaya dia faham+menghafal dalam masa yang sama. Alhmdulillah , hari ini aku bagi kat dia punya banyak latihan ( kesian kat dia ). Tapi terfikir gak , ada tak cara lain yang agak bagus untuk megajarnya ?plz I need your ideas  :D . Supaya dia nampak serta jelas dan berhasil dari hasil hasil dia menyiapkan kerja sekolahnya. Lagipun soalan bahasa Arab tingkatan 1 agak mudah , soalan dok ulang ulang macam tuh jugak kan , so aku longgokkan soalan dekat dia :) ( tapi kan aku akn mengalah siap siap kalau bab bab 'irab ,aku agak lemah sedikit bab tersebut )

Sekarang baru ku sedar memegang jawatan sebagai guru tidakpun seorang pendidik , kasih dan sayang terhadap anak murid itu timbul dari lubuk hati , untuk mendidik murid tersebut menjadi manusia yang cemerlang. Sebelum ini aku pernah ada juga pengalaman ajar jiran aku and adik adik junior aku waktu sekolah menengah dahulu , bukan subjek Arab tapi AddMath . Frankly , to say sangat bersemangat aku ajar depa depa tuh , alhmdulillah berhasil juga walaupun tak sampai setitis peluh  ku korbankan , tapi terasa ada kebahagiaan di situ bila mana melihat mereka tersenyum kegirangan serta memeluk aku sejurus dapat keputusan peperiksaan :) Allhamdulillah ya Rabb yang baik itu datang dariNya yang buruk itu datang dari hamba yang lemah ini. Kullu syai' wa nikmati minAllah .


Moga Allah memudahkan urusan aku , cabaran di hadapan sedang menunggu ku ( InsyAllah sesi pengajarn aku akan bermula pada hujung bulan 6;sebagai guru ganti; di sekolah KAFA;)
Jadi , apapun yang aku nak tulis disini , hargailah pendidik kita  :)

من فضل الله ثم من فضلكم ألا وهو المعلمين والمعلمات
Barakallahufikum
wa jazakallahukairon kathira

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.


(Ahmad Sarju)
Klang

1988



TEACHING IS A WORK OF HEART 


CREDIT BUAT MEREKA WARGA PENDIDIK :
* Ummi dan Abah *
* Guru-guru Madrasah Attahzib Addiniyah walIslamiyah 
|4 Tahun - Darjah 6| *
* Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal
  |Darjah 1-6| *
*Guru-guru Sekolah Menegah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1 K/Batas
 |Ting. 1- 6 ( tak habis mengaji waktu ting. 6 )| * 
*Guru guru Pusat tuisyen Kaliber K/Batas
| Ting.4-5 |*
* Pensyarah Tamhidi USIM
| Tahun 2010-2011 |


TERIMAKASIH CIKGU !
dari anak muridmu yang selalu mengenang jasamu :)




ibtisam92
^^

No comments: