Pin It

Widgets

Kelas 13 : Menangis

Bissmillahirrahmanirrahim

Murid-murid kelihatan letih , akibat sudah seharian mereka menjalani latihan sukan di sekolah pagi tadi. Mereka sangat bersungguh-sungguh membuat latihan , demi rumah sukan masing-masing yang mana sukan sekolah akan di adakan pada hari Sabtu ini. Mereka datang ke kelas agak lewat dengan berpakaian sukan juga, kerana mereka akan ada latihan pembarisan selepas habis kelas petang (KAFA) nanti. Hampir setengah jam ku menunggu di kelas , seorang demi seorang mereka datang. Kemudian ada beberapa murid yang datang membaca al-Quran pada ku ( tasmi' /tadarrus alquran).

Pabila semua sudah datang ,aku menyuruh mereka membuka buku Adab dan Akhlak Islamiyah untuk di baca sementara aku masih belum habis ber'tasmie/tadarrus al-quran dengan beberapa murid lagi.

Sikap mereka hari ini , agak letih , di tanya sepatah , di jawab sepatah , selalunya , bila di tanya , di jawab berpatah-patah hingga terpaksa menyuruh mereka diam. Belum sempat untuk aku menerangkan kepada mereka , salah seorang murid  ..
" Ustazah , hari ini kita buat kuiz ya, kami semua tak larat laa"

" emmm , okay" tersenyum

"yeahh !!" bersorakan dan keriangan mereka tergambar  di riak wajah mereka

Selepas setengah jam , aku membahagi mereka kepada empat kumpulan  dan di beri nama kumpulan (Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Uthsman dan Saidina Ali radiyallahu'anhum), serta di beri masa untuk mereka baca, kemudian berlangsungnya sesi soal jawab. Sikap bekerjasama dalam kumpulan , tolong-menolong terlahir dalam kalangan mereka , di tambah pula dengan keriangan di wajah mereka. Saling bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan untuk dapatkan markah penuh bagi kuiz tersebut.

Selepas habisnya sesi kuiz , dan sesi untuk mengira markah di lakukan.

Sebahagian mereka ada yang tersenyum dan ada kelihatan muram , setelah markah kuiz berkumpulan di umumkan . Sangat jelas dari riak wajah kemuraman dan ketidak kepuasan salah sebuah kumpulan murid-murid banin ( Kumpulan Saidina Uthsman r.a ) terpancar. Aku tak menghiraukan. Mulut-mulut mereka terkumat-kamit bercakap-cakap belakang ( tanda mereka kurang berpuas hati dengan markah yang aku berikan)

Aktiviti seterusnya ,aku menyuruh murid-murid bangun untuk jalani riadah sampingan di dalam kelas. Di samping mengajar mereka akan sikap kepekaan. Malangnya , kumpulan murid tersebut tidak mengendahkan arahan yang aku berikan malah di buat tidak dengar. Tertanya-tanya diriku.monolog ; alahai budak-budak ni .

" Kenapa kumpulan ini tak mau bangun , tak dengar ke arahan ustazah bagi tadi ? "

" emmmmm" (sign with; muram ,mencuka dan masam)

"laa , awat ni ? habaq mai kat ustazah"
( pelik dan pelik)

Dua orang dari mereka , menangis.

" Aik ??? menangis pulak. haishh tak gentleman laa  kalu macam tuh"
( memujuk)

" ustazah , mana aci , ustazah bagi markah lebih kat kumpulan tuh ( sambil menuding jari ke arah kumpulan tersebut), kami dapat sikit ja, lagipun ustazah bagi soalan kat depa senang-senang ja, kat kami susah"

" Laaaa , pasai tuh kaa, emm , tadi ustazah suruh baca tadi , kenapa tak baca ? kenapa sembang ? sedangkan soalan yang ustazah bagi semua senang , betul tak yang  lain ?"

" betul betul" terdengar suara mereka semua yang mengiyakan

" Aishhh itu pun nak nangis, ustzah buat kuiz ni , nak bagi kamu semua seronok , dan ustzah tak mau , kamu ada sifat saling dendam , kan awal-awal lagi ustzah dah cakap,kuiz ini nak bagi perangat balik apa yang kamu belajar  sambil sambil kamu boleh juga dapat manfaat sidikit dari aktiviti kuiz ini , dah dah ( sambil memberi tisu ) lap air mata tuh"

" Ustazah , markah kuiz tuh betul betul ke main main? " salah seorang murid yang menangis
( means : markah kuiz untuk di tambah sekali dengan ujian yang akan datang atau tidak)

" Main-main jela , kan kamu semua nak main main ,nak belajar sambil enjoy ,tak mau tension-tension kan.pasal tuh je kamu berdua menangis? " ( penuh persoalan)

" ha'ah ustazah , kami takut , nanti markah kami menurun"


Aku tersenyum . Aku memberi beberapa buah kata semangat dan nasihat kepada mereka. Moga mereka mengerti :)

---


Sape yang tak mahu kejayaan ? Jawab mai sini :) kita semua nak akan kejayaan. Kerana bagi kita kejayaan merupakan aset yang terpenting buat kita semua. Jika kita berjaya , segala impian akan tercapai. Jika kita gagal , kita agak susah untuk capai impian kita tersebut . Kecewa akan melanda diri


Berkejar-kejaran untuk dapatkan yang terbaik yang pertama dan yang terawal .



Agar kita dapat yang di atas sana itu" capailah bintang di langit walaupun kaki jejak di bumi"selalu kan kita dengar ayat di atas, dan ayat ini selalu menjadi pegangan atau prinsip buat insan yang bernama pelajar.



Tapi bila kita belajar di pluskan dengan menghadapi peperiksaan. Niat kita terserong sedikit demi sedikit. Yakni kita mahukan kejayaan di dunia; apa yang kita hajatkan untuk dunia akan dapat seandainya kita berjaya/ kita mampu memegang segulung ijazah/ kita mampu mendapat A+++/nak dapatkan kerja yang hebat dan gaji yang tinggi,dll

Bagaimana ya nak ubatkan niat  agar kita belajar hanya untukNya?Susah kan ? Setiap masa niat kita kadang-kadang di jalan yang betul kadang-kadang pula di jalan yang serong. Jadi setiap masa juga kita perlu jaga niat. Sebagaimana yang di sabdakan oleh Nabi saw:



Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
( H/R BUKHARI/MUSLIM)



Di tambah perisa pula dengan ikhlas yang terpuji :)
Alangkah indahnya hidup ini , jika kita sering menghiasi diri kita ini dengan dua permata yang bernilai ( niat yang baik + ikhlas terpuji )




Ya Allah , susah sungguh untuk memperbetulkan niatku walaupun mudah di sebut, tapi berat untuk amalkan
*credit to myself especially :) *


ibtisam92
^^



No comments: