Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Bissmillahirrahmanirrahim


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adikpun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuhtumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik 

terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"


Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding 

juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik 
tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagumenunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk 

diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari 
barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang  disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.


Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh 

menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.


Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adikmengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak 

lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci
Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Diajuga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adikpulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkannama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.."Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah  itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. dik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adikberlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan 

air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.


ibtisam92
^^


5 Syarat untuk berbuat dosa

Bissmillahirrahmanirrahim


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.



ibtisam92
^^

Mari kita fahami bersama II

Bissmillahirrahmanirrahim


Dalil syahadat " Muhammadur Rasulullah "
 Firman Allah swt :
" Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka yang membacakan ayat ayatNya kepada mereka , menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( as-sunnah) dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar benar dalam kesesatan yang nyata "
( Al-Jumu'ah: 2)

Disini kita dapat ertikan bahawasanya Nabi yang di utus kepada kita adalah dari jenis kalian sendiri yang mana sudah di sebut dalam surah Al-Jumu'ah ayat di atas.

Firman Allah swt :
" Muhammad adalah utusan Allah "
( Al-Fath : 29 )

Sesungguhnya Rasulullah sangat ingin memberi menfaat kepada umatnya dan menjauhkan mudarat dari kaumnya yakni keimanan dan baginda sangat pengasih terhadap orang Mukmin serta berlemah lembut dan kasih sayang terhadap mereka.Hal ini di khususkan bagi orang -orang Mukmin , di karenakan beliau di perintah untuk memerangi orang orang kafir dan munafik tanpa memberi kasih sayang sedikit pun kepada mereka. Dan ini nyatalah bahawa Nabi saw adalah benar benar utusan Allah swt.

Firman Allah swt :
" Katakanlah 'Wahai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian seluruhnya' " .
( Al-A'raf : 158 )

Arti syahadat " Muhammadur Rasulullah "

Maknanya ialah mengakui dengan lisan dan mengimani dalam hati bahawa sesungguhnya Muhammad b. Abdullah al-Qurasyi al-Hasyimi adalah utusan Allah untuk seluruh makhluk dari golongan jin dan manusia .
Allah berfirman :
" Tidaklah Aku menciptkan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu "
( Adz-Dzariyat : 56 )

Dan tidak ada cara ibadah yang lain yang benar kecuali yang telah di wahyukan dan apa yang telah di anjurkan kepada Nabi Muhammad saw
Firman Allah swt :
" Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan ( al-Quran ) kepada hambaNya agar menjadi pemberi peringatan bagi seluruh alam "
( Al-Furqan : 1)

Syahadat ini memiliki konsekuensi membenarkan segala yang datang dari Rasulullah saw melaksanakan segala perintahnya, menjauhi segala larangannya dan tidak menyembah Allah kecuali dengan apa yang beliau syariatkan. Syahadat ini juga memiliki konsekuensi iaitu tidak menyakini bahawa Nabi saw memiliki sifat Rububiyah , punya pengaruh di alam semester atau beliau berhak di sembah. Beliau hanyalah seorang hamba , tidak boleh di sembah, seorang Rasul yang tidak boleh di dustakan dan seorang hamba yang tidak mampu mendatangkan manfaat atau mudarat bagi dirinya atau orang lain, kecuali dengan izin Allah swt dan kehendakNya,
Allah berfirman : " Katakanlah , 'Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa pebendaharaan Allah ada padaku dan tidak pula akau mengetahui yang ghaib dan tidak pula aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku'."
(Al-Am'am;50)

dan penjelasan ini banyak sekali terkandung di dalam Al-Quran ( pembaca boleh lihat : )
-Surah Al-Jin;21-22
-Surah Al-A'raf;188
-Surah Al-An'am;162-163

Segenap manusia hendaknya menempatkan Muhammad saw kedudukan dan martabat yang telah Allah berikan kepdannya iaitu sebagi hamba dan utusan Allah. Semoga selawat dan salam tetap tercurah kepadanya.

Link :

Di petik dari;
 KITAB ULASAN TUNTAS TENTANG TIGA PRINSIP POKOK
SIAPA RABBMU ?SIAPA AGAMAMU? SIAPA NABIMU?
Ditulis oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin

ibtisam92
^^

Mari kita fahami bersama I

Bissmillahirrahmanirrahim

Selagi nyawa di kandung badan ,selagi roh ini melekat di badan serta dapat menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan olehNya dengan sentiasa mengislahkan diri ini dari hari ke hari. InsyAllah, dengan kemudahan internet yang ada , teknologi yang canggih  penggunaannya sudah pun di maklumi serta digunakan oleh seluruh pelusuk manusia , tidak kiralah tinggal di kawasan pendalaman mahupun di kawasan bandar , masing masing tahu menggunakannya. Tetapi mengikut kebergantungan diri kita sendiri sama ada mahu menggunakan teknologi dengan canggih ini dengan baik atau tidak. Dari segi meningkatkan segala pengetahuan dengan mendapatkan maklumat maklumat terkini sama ada hal hal yang berkaitan dengan dunia ataupun akhirat :)

Apa sahaja yang ingin dikongsi bersama di dalam post buat kali ini mengenai erti syahadat

Lailahaillahmuhammadurasulullah


Dalil syahadat " LA ILAHA ILLALLAH"
 dalam firman Allah Taala :
"Allah menyatakan bahawasanya tidak sembahan yang haq melainkan Dia . Yang menegakkan keadilan para malaikat dan orang orang yang berilmu ( juga mengatakan yang demikian itu) tidak ada sembahan yang haq melainkan Dia yang Maha perkasa dan Bijaksana " ( Ali-Imran:18)


Dalam ayat ini Allah membuat persaksian bagi DzatNya sendiri bahawa tidak ada sembahan yang haq melainkan Dia. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan demikian . Dan sesungguhnya Dia adalah Dzat yang menegakkan keadilan. Kemudian Dia membuat ketetapan dengan firmanya :


"Tidak ada sembahan yang haq selain Dia. Yang Maha Perkasa dan Bijaksana "
(Ali-Imran : 18)


Dan maknanya yang di maksudkan makna LAILAHAILLAH iaitu tidak sesembahan yang haq melainkan Allah . Syahadat ini mengharuskan seseorang mengakui lisan dan hatinya bahawa tidak sembahan yang haq melainkan Allah, karena makna "Illah" adalah  " Ma'luh" yang beerti sesembahan. Kalimah syahadat ini mengandungi 2 unsur :
1) menafikan
2) menetapkan

Adapun unsur yang menafikan adalah " la ilaha" sedangkan yang menetapkan adalah " Illalah'. Dan lafazh " Allah" adalah badal dari khabar " la" yang tidak di tampakkan dalam kalimat dan asumsi kalimat selengkapnya adalah  لا إله حق إلا الله
dan ungkapan yang menentukan  khabarnya berupa lafazh 'haq' ( yang berhak). Dengan demikian menjadi jelaslah jawapan dari pertanyaaan bagaimana mungkin bisa di katakan "Tidak ada sembahan selain Allah" sementara di sana ada beberapa sembahan yang di sembah selain Allah,dan mereka yang menyembahnya mengatakan bahawa ia adalah tuhannya.
Allah berfirman :
" Karena itu tiadalah manfaat sedikit pun bagi mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah di waktu azab Tuhanmu telah datang"
(Hud : 101)
 Bagaimana kita bisa menisbatkan sifat uluhiyah kepada selain Allah sementara semua rasul menyatakan kepada mereka masing masing kaumnya .


" Sembahlah Allah , sekali kali tiada sembahan bagi mu selain Dia"
( Al-'Araf : 59)

Jawapan terhadap kemusykilan di atas adalah dengan menentukan khabar dalam kalimat syahadat 'La ila ha ilallah'. Maka kita mengatakan sembahan sembahan selain Allah memang ada tadi sembahan tersebut adalah BATIL, tidak berhak di sembah dan tidak memiliki sifat uluhiyah sama sekali. Hal ini di kuatkan Firman Allah swt :
" (Kuasa Allah ) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah , Dia-lah ( Tuhan ) yang haq dan sesungguhnya apa yang mereka seru selain Allah , itulah yang batil dan sesungguhnya Allah , Dia-lah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar" ( Al-Hajj:62)

terdapat juga di surah yang lain yang mana Allah berfirman pada surah An-Najm : 19-23 ,dan Yusuf : 40 .

Jadi makna 'La ilaha illallah' adalah tidak ada sembahan yang berhak di sembah dengan benar melainkan hanya Allah swt. Adapun tuhan-tuhan dan sembahan selainNya walaupun penyembahannya menuhankannya akan tetapi ketuhanannya bukanlah yang sebenarnya yang mana ia adalah uluhiyyah yang batil.



Link :

Di petik dari;
 KITAB ULASAN TUNTAS TENTANG TIGA PRINSIP POKOK
SIAPA RABBMU ?SIAPA AGAMAMU? SIAPA NABIMU?
Ditulis oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin

ibtisam92
^^


Kelas 13 : Menangis

Bissmillahirrahmanirrahim

Murid-murid kelihatan letih , akibat sudah seharian mereka menjalani latihan sukan di sekolah pagi tadi. Mereka sangat bersungguh-sungguh membuat latihan , demi rumah sukan masing-masing yang mana sukan sekolah akan di adakan pada hari Sabtu ini. Mereka datang ke kelas agak lewat dengan berpakaian sukan juga, kerana mereka akan ada latihan pembarisan selepas habis kelas petang (KAFA) nanti. Hampir setengah jam ku menunggu di kelas , seorang demi seorang mereka datang. Kemudian ada beberapa murid yang datang membaca al-Quran pada ku ( tasmi' /tadarrus alquran).

Pabila semua sudah datang ,aku menyuruh mereka membuka buku Adab dan Akhlak Islamiyah untuk di baca sementara aku masih belum habis ber'tasmie/tadarrus al-quran dengan beberapa murid lagi.

Sikap mereka hari ini , agak letih , di tanya sepatah , di jawab sepatah , selalunya , bila di tanya , di jawab berpatah-patah hingga terpaksa menyuruh mereka diam. Belum sempat untuk aku menerangkan kepada mereka , salah seorang murid  ..
" Ustazah , hari ini kita buat kuiz ya, kami semua tak larat laa"

" emmm , okay" tersenyum

"yeahh !!" bersorakan dan keriangan mereka tergambar  di riak wajah mereka

Selepas setengah jam , aku membahagi mereka kepada empat kumpulan  dan di beri nama kumpulan (Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Uthsman dan Saidina Ali radiyallahu'anhum), serta di beri masa untuk mereka baca, kemudian berlangsungnya sesi soal jawab. Sikap bekerjasama dalam kumpulan , tolong-menolong terlahir dalam kalangan mereka , di tambah pula dengan keriangan di wajah mereka. Saling bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan untuk dapatkan markah penuh bagi kuiz tersebut.

Selepas habisnya sesi kuiz , dan sesi untuk mengira markah di lakukan.

Sebahagian mereka ada yang tersenyum dan ada kelihatan muram , setelah markah kuiz berkumpulan di umumkan . Sangat jelas dari riak wajah kemuraman dan ketidak kepuasan salah sebuah kumpulan murid-murid banin ( Kumpulan Saidina Uthsman r.a ) terpancar. Aku tak menghiraukan. Mulut-mulut mereka terkumat-kamit bercakap-cakap belakang ( tanda mereka kurang berpuas hati dengan markah yang aku berikan)

Aktiviti seterusnya ,aku menyuruh murid-murid bangun untuk jalani riadah sampingan di dalam kelas. Di samping mengajar mereka akan sikap kepekaan. Malangnya , kumpulan murid tersebut tidak mengendahkan arahan yang aku berikan malah di buat tidak dengar. Tertanya-tanya diriku.monolog ; alahai budak-budak ni .

" Kenapa kumpulan ini tak mau bangun , tak dengar ke arahan ustazah bagi tadi ? "

" emmmmm" (sign with; muram ,mencuka dan masam)

"laa , awat ni ? habaq mai kat ustazah"
( pelik dan pelik)

Dua orang dari mereka , menangis.

" Aik ??? menangis pulak. haishh tak gentleman laa  kalu macam tuh"
( memujuk)

" ustazah , mana aci , ustazah bagi markah lebih kat kumpulan tuh ( sambil menuding jari ke arah kumpulan tersebut), kami dapat sikit ja, lagipun ustazah bagi soalan kat depa senang-senang ja, kat kami susah"

" Laaaa , pasai tuh kaa, emm , tadi ustazah suruh baca tadi , kenapa tak baca ? kenapa sembang ? sedangkan soalan yang ustazah bagi semua senang , betul tak yang  lain ?"

" betul betul" terdengar suara mereka semua yang mengiyakan

" Aishhh itu pun nak nangis, ustzah buat kuiz ni , nak bagi kamu semua seronok , dan ustzah tak mau , kamu ada sifat saling dendam , kan awal-awal lagi ustzah dah cakap,kuiz ini nak bagi perangat balik apa yang kamu belajar  sambil sambil kamu boleh juga dapat manfaat sidikit dari aktiviti kuiz ini , dah dah ( sambil memberi tisu ) lap air mata tuh"

" Ustazah , markah kuiz tuh betul betul ke main main? " salah seorang murid yang menangis
( means : markah kuiz untuk di tambah sekali dengan ujian yang akan datang atau tidak)

" Main-main jela , kan kamu semua nak main main ,nak belajar sambil enjoy ,tak mau tension-tension kan.pasal tuh je kamu berdua menangis? " ( penuh persoalan)

" ha'ah ustazah , kami takut , nanti markah kami menurun"


Aku tersenyum . Aku memberi beberapa buah kata semangat dan nasihat kepada mereka. Moga mereka mengerti :)

---


Sape yang tak mahu kejayaan ? Jawab mai sini :) kita semua nak akan kejayaan. Kerana bagi kita kejayaan merupakan aset yang terpenting buat kita semua. Jika kita berjaya , segala impian akan tercapai. Jika kita gagal , kita agak susah untuk capai impian kita tersebut . Kecewa akan melanda diri


Berkejar-kejaran untuk dapatkan yang terbaik yang pertama dan yang terawal .



Agar kita dapat yang di atas sana itu" capailah bintang di langit walaupun kaki jejak di bumi"selalu kan kita dengar ayat di atas, dan ayat ini selalu menjadi pegangan atau prinsip buat insan yang bernama pelajar.



Tapi bila kita belajar di pluskan dengan menghadapi peperiksaan. Niat kita terserong sedikit demi sedikit. Yakni kita mahukan kejayaan di dunia; apa yang kita hajatkan untuk dunia akan dapat seandainya kita berjaya/ kita mampu memegang segulung ijazah/ kita mampu mendapat A+++/nak dapatkan kerja yang hebat dan gaji yang tinggi,dll

Bagaimana ya nak ubatkan niat  agar kita belajar hanya untukNya?Susah kan ? Setiap masa niat kita kadang-kadang di jalan yang betul kadang-kadang pula di jalan yang serong. Jadi setiap masa juga kita perlu jaga niat. Sebagaimana yang di sabdakan oleh Nabi saw:



Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
( H/R BUKHARI/MUSLIM)



Di tambah perisa pula dengan ikhlas yang terpuji :)
Alangkah indahnya hidup ini , jika kita sering menghiasi diri kita ini dengan dua permata yang bernilai ( niat yang baik + ikhlas terpuji )




Ya Allah , susah sungguh untuk memperbetulkan niatku walaupun mudah di sebut, tapi berat untuk amalkan
*credit to myself especially :) *


ibtisam92
^^



Riwayat Imam Nawawi

Bissmillahirrahmanirrahim 

Gelaran:

 Al-Imam, beliau juga mendapat gelaran sebagai Al-Hafiz, Al-Faqih, Al-Muhaddith, pembela As-Sunnah,penentang bid’ah, pejuang ilmu-ilmu agama. 

Nama lengkapnya : 

 Abu Zakariya bin Syaraf bin Mari bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam An-Nawawi Ad-Dimasyqi.

Kelahirannya :

Beliau dilahirkan di desa Nawa yang termasuk wilayah Hauran pada tahun 631H. Kakek tertuanya Hizam singgah di Golan menurut adat Arab, kemudian tinggal di sana dan Allah swt memberikan keturunan yang banyak, salah satu diantara adalah Imam Nawawi.

Kehidupannya :

Banyak orang terkemuka di sana yang melihat anak kecil memiliki kepandaian dan kecerdasan. Mereka menemui ayahnya dan memintanya agar memperhatikannya dengan lebih seksama. Ayahnya mendorong sang
Imam menghafazkan Al-Qur’an dan ilmu. Maka An-Nawawi mulai menghafaz Al-Qur’an dan dididik oleh orang-orang terkemuka dengan pengorbanan harus meninggalkan masa bermain-mainnya karena harus
menekuni Al-Qur’an dan menghafaznya. Sebahagian gurunya pernah melihat bahwa Imam Nawawi bersama anak-anak lain dan memintanya bermain bersama-sama. Karena sesuatu terjadi diantara mereka, dia lari meninggalkan mereka sambil menangis karena merasa dipaksa. Dalam keadaan yang demikian itu dia tetap membaca Al-Qur’an. Demikianlah, sang Imam tetap terus membaca Al-Qur’an sampai dia mampu menghafaznya ketika mendekati usia baligh.

 Ketika berusia 9 tahun, ayahnya membawa dia ke Damsyiq untuk menuntut ilmu lebih dalam lagi. Maka tinggallah dia di Madrasah Ar-Rawahiyah pada tahun 649H. Dia hafal kitab At-Tanbiih dalam tempoh empat setengah bulan dan belajar Al- Muhadzdzab karangan Asy-Syirazi dalam tempoh delapan bulan pada tahun
yang sama. Dia menyatakan ini semua berkat bimbingan gurunya Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin Usman Al-Maghribi Al-Maqdisi. Dia adalah guru pertamanya dalam ilmu fiqh dan menaruh memperhatikan muridnya ini
dengan sungguh-sungguh. Dia merasa kagum atas ketekunanannya belajar dan ketidaksukaanya bergaul dengan anak-anak yang seumur. Sang guru amat mencintai muridnya itu dan akhirnya mengangkat dia sebagai pengajar untuk sebagian besar jamaahnya.

Guru-guru Imam Nawawi :


1) Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ashari, 
2) Zainuddin bin Abdud Daim,
3) Imaduddin bin Abdul Karim Al-Harastani, 
4) Zainuddin Abul Baqa,
5) Khalid bin Yusuf Al-Maqdisi An-Nabalusi 
6) Jamaluddin Ibn Ash-Shairafi, 
 7) Taqiyyuddin bin Abul Yusri,
8) Syamsuddin bin Abu Umar. 
9)Dia belajar fikhul hadits pada Asy-Syeikh Al-Muhaqqiq Abu Ishaq Ibrahim bin Isa Al-Muradi Al-Andalusi.
10) Kemudian belajar fiqh pada Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin usman Al-Maghribi Al-Maqdisi, 
11)Syamsuddin Abdurrahman bin Nuh dan Izzuddin Al- Arbili serta guru-guru lainnya

Para Penerus Imam Nawawi :

Tidak sedikit ulama yang datang untuk belajar ke Iman Nawawi. Diantara mereka adalah ;
1)Al-Katib Shadrudin Sulaiman Al-Ja’fari, 
2)Syihabuddin Al-Arbadi, Shihabuddin bin Ja’Waan, 
3)‘Alaudin Al-Athaar dan yang meriwayatkan hadits darinya Ibnu Abil Fath, Al-Mazi dan lainnya.

Pribadi Dan Perilaku Imam Nawawi :

Imam Nawawi mempunyai penguasaan ilmu yang luas, derajat tekun yang mengagumkan, senantiasa hidup warak, zuhud dan sabar dalam kesederhanaan hidupnya. Pada waktu yang sama, beliau juga dikenal
mempunyai kesungguhan yang luar-biasa dan berbagai kebaikan lainnya. Beliau tidak rela menghabiskan satu minit dalam kehidupannya tanpa ketaatan kepada Rabnya. Beliau mengandalkan kehidupan dari sumbangan
atau amal jariyah yang diberikan orang-orang kepada madrasah Ar- Rawahiyah yang dipimpinnya dan dari apa yang diwariskan oleh ibu bapaknya. Sekalipun demikian, kadang-kadang beliau bersedekah dari
hartanya yang tidak berlebihan itu.

Beliau banyak memanfaatkan waktu malam hari semata-mata untuk beribadah dan menulis kitab-kitab agama dan tidak lupa menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Sebagai seorang penegak kebenaran, beliau dengan gagah berani menghadapi kedzaliman para penguasa dengan nasihat-nasihat yang bestari dan mengingkari mereka atas pelanggaran yang mereka lakukan sebagai seorang penguasa. Beliau tidak terpengaruh oleh celaan orang-orang yang mencelanya dalam menegakkan agama Allah swt. Jika tidak mungkin menghadapi mereka secara langsung, beliau akan menulis surat-surat yang ditujukan kepada mereka sebagai media dakwahnya. Beliau senantiasa diliputi ketenangan dan kewibawaan ketika membahas masalah-masalah agama bersama para ulama dengan mengikuti warisan Salafus Sholeh dan Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Tidak perlu dinafikan lagi kalau beliau amat rajin membaca Al- Qur’an, berdzikir dengan nama-nama Allah Yang Agung (Asmaul Husna), berpaling dari dunia dan memusatkan perhatian dalam urusan-urusan duniayang memiliki konsekuensi akhirati.

Kitab-kitabnya :

Syarah Muslim, Al-Irsyad dan At-Taqrib berkenaan dengan segi-segi umum hadits, Tahdzibul Asmaa’wal Lughaat, Al-Manaasik Ah-Shughra dan Al-Manaasik Al-Kubra, Minhajut Taalibin, Bustaanul ‘Arifiin, khulaasahtul Ahkaam fi Muhimmaaatis Sunan wa Qawaa’idil Islam, Raudhatut Taalibiin fii ‘Umdatil Muftiin,
Hulyatul Abrar wa Syi’aarul Akhyaar fii Talkhiishid Da’awaat wal Adzkaar yang lebih dikenal dengan nama Al-Adzkaar lin Nawawi dan At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran 

Imam Nawawi Meninggal Dunia:

Di penghujung usianya, Imam Nawawi bertolak ke negeri kelahirannya dan berziarah ke Al-Quds dan Al-Khalil. Kemudian beliau kembali ke Nawa dan ketika itulah beliau sakit di samping ayah bundanya. Imam Nawawi rahimaullah wafat pada malam Rabu 24 Rajab tahun 676H dan dimakamkan di Nawa.
| Mudah-mudahan Allah swt selalu menganugerahi rahmatNya dan meninggikan derajatnya di syurga. |


Dipetik dari  :KITAB AT-TABYAN FII AADABI HAMALATIL QURAN


ibtisam92
^^


:)

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhmdulillah ..
Thanks Allah for everything :)








Sekalung tahniah buat mereka jua kepada para sahabat sahabat Tamhidi USIM. Kerana hari ini keputusan final exam kita sudah pun keluar. Aku sangat bersyukur kepadaNya ,kerana ada sedikit peningkatan bagi semester dua ini. Nways , Thanks alot to all my friends yang selalu bagi semangat dan dorongan especially to my roomate Nik NurHaziqah ( you are the best student +deanlist too, I have thought it my dear . hehehe) , Amirah Esa, Nurul Asma , Hasanah , Baiti , Intan and all group one TSU and all TSU students. 
Mabruk alaikum :)

Even I got good result in Law subjects (emm tak superb pon , biase aje tapi rasa boleh go on dgn subjek ni ) , but I love more FIQH FATWA , hehe. The law subject make me burden to memorize all the facts+cases actually , I more prefer to memorize the Addin facts :) ( Agama itu sangat penting bagi aku )Moga moga dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang terima aku punya surat permohonan untuk tukar kos nanti, amin.amin.amin
| Doa kan untukku jua |

ibtisam92
^^

Kelas 11 : " Jangan .. "

Bissmillahirrahmanirrahim

Tiga orang murid  yang agak nakal sedang bernyanyi dengan penuh keriangan sambil menyalin nota di papan hitam .

" Jangan bising, tulis nota tuh tak suruh kamu nyanyi pon"

Diam sebentar ..
Tak sampai beberapa minit , mereka menyambung semula nyanyian mereka di tambah pula dengan gelak ketawa rakan-rakan mereka.

" Jangan menyanyi..bising , kesian kat orang lain nak tulis nota"

" Ustazah , cikgu kami bagi menyanyi awat ustazah tak bagi lak , lagipun memang kami dok salin nota pun"   
(salah seorang dari mereka menjawab , dengan nada tidak berpuas hati)

"Laaaa, ustazah dengan cikgu.. lain..kalu kamu nak nyanyi sangat , kamu nyanyi waktu kelas pagi, dan jangan sekali-kali nyanyi waktu kelas ustazah, ustazah tak suka"

" La ustazah ni , kami boring ,kami nyanyi la
(sisa baki mukanya yang masih tak berpuas hati)

" Apa masalah kamu sebenarnya ? kamu boring ? habis boring kamu nyanyi?Berkesan ka? boleh hilang ka boring kamu tuh?"
(Agak tegas suara aku waktu itu)

Terdengar salah seorang mereka berkata : " Iyela ustazah"

Hati aku sakit mendengar jawapan mereka
---


Sayang sekali ..
Pengaruh hiburan sangat kuat..
Hingga kanak kanak mengertinya..
sungguh seribu sayang sekali..
andai diberi AJARAN ISLAM yang cukup pastinya maksiat di sana sini kian berkurang..
Ya Allah.. 
Berilah hidayah buat  mereka yang pikul akan tanggungjawab ini..





Agar dapat menghasilkan generasi yang berkualiti dalam Islam terutamanya..
Amin..


ibtisam92
^^






teringat ..

Bissmillahirrahmanirrahim

Monolog ;


Sudah hampir dua bulan aku sedang bercuti-cuti kampung halaman dan sudah lama aku tak dengar khabar pasal USIM .Rindu di hati menyelubungi hati. Cukuplah walaupun ia nya setahun di sana ( tamhidi ) tapi banyak memori suka duka bersama sahabat. Asta'q ilakunna :) Rindu akan hilang buat mereka bila sudah menjelma bulan september .(with a grin smile)

Hampir setiap minggu aku menjadi driver yang SAH , pergi ke Penang pada setiap hujung minggu melawat adik ku di asramanya.Acapkali aku melawat ke sana , pasti dan pasti aku ingat akan suasana aku dahulu , bilamana ummi dan abah melawat ku di asrama DMW .Ummi dan abah tak lekang melekat bersama ku berserta buah tangan mereka buat ku. Paling ingat ummi suka bawa mai mempelam (sebab aku suka mencicah bersama sahabat) kalau abah selalu saja bagi motivasi kat aku( macam-macam dia pesan kat aku).Mungkin , aku anak sulung kot, harapan segunung mereka itu , di bebankan kepada ku , haha so any problem that arises in my life at hostel will be concern by them. ( Haishh , sayang ketatketat buat mereka)

Waktu form 1 , pada minggu pertama di asrama , aku nangis-nangis ( rindu kat ummi dan abah, hahaha). Dah la kalu nak telefon kat depa ada schedule, mana boleh telefon pada setiap hari tak sama macam asrama sekolah lain. kalu nak telefon jugak hari Jumaat , Sabtu dan Ahad SAHAJA. itu pun waktu siang je , waktu malam , warden tak bagi sangat budak-budak pi telefon, huh !So memang patut aku nangis.haha, nasib baik minggu pertama je , tak berterusan, Dah kenal kawan-kawan , dah boleh buat geng ( HAHA) nangis-nangis dah takda da :) . Berbeza dengan adik aku, lepas dia habis prep je , tepat pukul 11 malam pasti dia telefoni ummi .

Waktu form 2 and 3 , fikiran ni in progressing nak menjadi matang ( aiseh) sebab dah boleh berdikari dengan baik dan jayanya . Dan tak pernah pun kalau ada kes-kes buli dengan kakak-kakak senior aku report kat parents, tak payah nak susah susah depa pikir pasal aku , dan aku sangat kesian bila tengok mereka risau pasal aku. Cukuplah kerisauan mereka itu pada aku. Hal-hal lain aku boleh manage bersama sahabat di sisi :)

Tapi bila dah masuk form 4 dan 5 , aku pula yang menghalang parents datang menjengok aku , sebab aku pikir kesian pulak nak suruh depa datang kat aku , jauh kot rumah aku dengan sekolah (ala setengah jam je kot), gune calling-calling pun dah memadai. ( aku dah besar : | ) Hehe, Tambah-tambah waktu ituh , aku sangat busy dengan tusiyen sekolah dan luar. So jarang sekali aku nak suruh parents datang jenguk.


Jadi bila aku lawat adik ku di sana , pasti memori memori dulu kala menyergah di minda ( waaaa :| ).Okay , tak ada apa sangat yang aku nak cerita dekat sini. Just reflection of mylife.

(**Luahan hati**)
dua zaman berbeza meniti arus kehidupan dunia
dahulu, kisahnya lain
dan berbeza dengan kisah sekarang
Tapi hati aku terfikir
masalah ini tidak pernah akan luput dalam kehidupan
Semakin hari semakin sakan
kerna mereka gah dengannya
pelik aku !
Kecil-kecil dah pandai nak buat ini dan itu
bila besar nanti tak tahu nak jadi apa
Orang tua dah tak larat nak jaga
Hari hari bising berleter kepada si permata mereka
Tapi hanya seolah menyiram air di daun keladi
Takpun masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri
Degil !!!
Nanti bila sedar baru merana diri sendiri
Oh , syabab Islam !
Ayuh , ubahkan paradigma pemikiran kita bersama
Moga kita di jalanNya 
Amin
:)


ibtisam92
^^







Tanda-tanda kecil kiamat 6 (II)

Bissmillahirrahmanirrahim

a)Munculnya fitnah dari arah Timur

Di jelaskan dalam hadis Ibnu Umar r.a bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda, sedangkan beliau menghadap ke arah timur :
" Ketahuilah sesungguhnya fitnah itu dari sana ketahuilah sesungguhnya fitnah itu dari sana dari arah munculnya tanduk syaitan. ( dari arah Timur)"
(H/R BUKHARI7 MUSLIM)

Dalam riwayat Muslim , bahawasanya beliau saw bersabda :
"Pangkal kekufuran dari sana , dari arah keluarnya tanduk syaitan. yakni dari arah Timur".

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata :
"Nabi saw berdoa;'Ya Allah limpahkanlah keberkahan bagi kami di dalam sha dan mudd kami , dan berilah keberkahan kami pada negeri Syam dan negeri YAman kami', lalu seorang laki-laki dari kaum berkata,'Wahai Nabiyullah? dan pada Irak kami'. Beliau bersabda ,'Sesungguhnya di sana ada tanduk syaitan fitnah berkecamuk di sana dan sesungguhnya kekearasan hati terdapat di timur."
(H/R THABRANI)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata : " Fitnah yang pertama kali muncul sumbernya dari arah timur. Fitnah itu sebagai sebab terjadinya perpecahan di antara kaum muslimin dan itulah di antara hal yang menyenangkan syaitan dan menjadikannya bergembira demikian bida'ah-bida'ah timbul dari arah itu". ( Fathul Bari)

Di situlah munculnya aliran-aliran sesat seperti Rafidhah , Mu'tazilah , Syiah , Jahmiyyah, Qadariyyah dan banyak  lagi . ( pembaca boleh lihat sendiri di kitab asal judul ini ). Sampai saat ini sentiasa timur menjadi sumber fitnah kejelekan , bida'ah dan khufarat dan atheisme. Fahaman komunis yang tidak mengakui adanya tuhan berpusat di  negara Rusia dan China keduanya ada di arah timur dan datangnya Dajal dan Ya'juj ma'juj dari arah timur. Hanya kepada Allah kita memohon perlindungan dari segala fitnah yang nampak dan tersembunyi.

b)Terbunuhnya Utsman bin Affan r.a

Dijelaskan dalam hadis Abu Musa al-Asy'ari r,a berkata:
" Pada suatu hari Nabi saw masuk ke sebuah kebun dari kebun-kebun Madinah...lalu datang Utsman, aku berkata ,'Tunggu dulu !. Sehingga aku memohon izin ( kepada Rasulullah saw) untukmu,'Kemudian Nabi saw berkata,'Izinkanlah berilah khabar kepadanya dengan syurga , bersamanya ada musibah yang menimpanya.'
(H/R BUKHARI)

Nabi saw mengkhususkan Utsman dengan menyebutkan musibah yang akan menimpanya, padahal Umar pun meninggal dengan terbunuh. Hal itu kerana Umar tidak mendapat cobaan sebesar  yang di dapatkan oleh Utsman, berupa sikap kaumnya yang lancang dan memaksanya untuk melepaskan kepimpinan atas tuduhan kezaliman dan ketidakadilan yang di nisbatkan kepadanya dan Utsman memberikan penjelasan yang jelas serta bantahan atas pernyataan-pernyataan mereka.
( Fathul Bari)


ibtisam92
^^



keimanan ..

Bissmillahirrahmanirrahim



It was related that Abu Hurairah said that The Prophet ( Prayers &peace be upon him) said: " The religion has been made easy and whoever goes extreme in religion overburdens himself. So do not go to extremes but strive for perfection and know that you will be rewarded and seek help constantly from God and pray during night."






It was related that Abu Said al-Khudri said that he heard The Prophet ( Prayers &peace be upon him) say : " Whoever becomes Muslim and is sincere in it, God will blot out every sin he has committed. After that he will be accountable: He will be rewarded from ten to seven hundred times for each good deeds and every sin will be charged with its like unless God forgives it."






It was related that Aishah said that The prophet ( Prayers & peace be upon him) once entered while a woman was sitting with her, so he asked : " Who is she ?", she replied : " She is so and so and she is known for her excessive prayer." The Prophet  ( Prayers & peace be upon him) said : " Only do as many good deeds as you can manage without burdening yourself. God never tires of giving rewards but you will tire and the best of deeds is the one you do frequently."





It was related that Anas said The Prophet ( Prayers & peace be upon him) said : " Whoever says," There are no god but God and has in heart goodness equal to the weight of grain of barley will be removed from the Fire. And whoever says there is no god but God and has in heart goodness equal to the weight of a grain of wheat will be removed from the Fire. And whoever says," There is no god but God and has in heart goodness equal to the weight of an atom will be removed from the Fire ."


Resource :Book of Faith ; Hadith Bukhary


ibtisam92
^^


Bahagia jika kita mengertinya ..

Bissmillahirrahmanirrahim

Terdetik di hati untuk berkongsi satu perkara yang mana ia mengisarkan berkaitan dengan keutamaan waktu.
Alhmdulillah , ya Rabb Dia memberi ku ruang dan masa untuk aku mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badrussalam 
( ayuh , dengarkan ya ! :) |


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Al Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi’i menegaskan tentang kedudukan surat Al ‘Ashr, beliau berkata:
لَوْ تَدَبَّرَ النَّاسُ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَوَسِعَتْهُمْ
“Sekiranya manusia mau memperhatikan (kandungan) surat ini, niscaya surat ini akan mencukupkan baginya.”


Banyak perkara yang boleh kita peroleh dari surah ini :

*Rasulullah saw bersabda :
"Ada dua nikmat yang banyak manusia tertipu iaitu waktu lapang dan kesihatan"

* Keutamaan pada watu Asar sangat agung jika siapa yang berbuat dosa di waktu Asar maka dosanya akan dilipatgandakan.

*Dalam meniti keimanan kepadaNya , kita membutuhkan ilmu, jika tidak ia boleh membawa kita ke arah kesesatan.

*Rasulullah saw berkata kepada Abu dzar :
" Ucapkanlah kebenaran walaupun ianya pahit "

*Saling berwasiat tentang kebenaran kepada manusia.

*Dalam kita menyampaikan kebenaran kepada manusia kita membutuhkan kesabaran yang kuat :)

*Imam Ahmad di tanya oleh seseorang yang mana paling utama antara solat atau menuntut ilmu, maka Imam Ahmad menjawab : Menuntut ilmu itu dapat memberi manfaat kepada manusia.

( ini secara ringkas sahaja yang saya sampaikan, pembaca boleh click mana-mana link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut)
link /other resource :

ibtisam92
^^




Kisah anak menegur bapaknya

Bissmillahirrahmanirrahim



Satu lagi, kisah benar di zaman ini. 
Seorang penduduk Madinah berusia 37 tahun, telah pun berkahwin, dan mempunyai beberapa orang anak. Dia termasuk orang yang suka lalai, dan sering berbuat dosa besar, jarang menunaikan solat, kecuali pada waktu tertentu sahaja, atau karena tidak manis andainya  dilihat orang lain.

Penyebabnya, tidak lain karena ia bergaul akrab dengan orang-orang jahat. Tanpa ia sedari, syaitan setia menemaninya dalam banyak kesempatan.

Dia kemudian bercerita mengisahkan tentang riwayat hidupnya:
“Saya memiliki anak laki-laki berusia 7 tahun, bernama Marwan. Ia bisu dan tuli. Ia dididik ibunya, perempuan shalihah dan kuat imannya.
Suatu hari setelah adzan maghrib saya berada di rumah bersama anak saya, Marwan. Saat saya sedang merencanakan di mana berkumpul bersama teman-teman nanti malam, tiba-tiba, saya dikejutkan oleh anak saya. Marwan mengajak saya bicara dengan bahasa isyarat yang artinya, ”Mengapa engkau tidak shalat wahai Abi?”

Kemudian ia menunjukkan tangannya ke atas, artinya ia mengatakan bahwa Allah yang di langit melihatmu.

Terkadang, anak saya melihat saya sedang berbuat dosa, maka saya kagum kepadanya yang menakut-nakuti saya dengan ancaman Allah.

Anak saya kemudian menangis di depan saya, maka saya berusaha untuk mendukungnya, tapi dia lari dariku.

Tak berapa lama, ia pergi ke bilik mandi untuk berwudhu, meskipun belum sempurna wudhunya, tapi ia belajar dari ibunya yang juga hafal Al-Qur’an. Ia selalu menasihati saya tapi belum juga membawa faidah.

Kemudian Marwan yang bisu dan tuli itu masuk lagi menemui saya dan memberi isyarat agar saya menunggu sebentar… lalu ia shalat maghrib di hadapan saya.

Setelah selesai, ia bangkit dan mengambil mushaf Al-Qur’an, membukanya dengan cepat, dan menunjukkan jarinya ke sebuah ayat (yang artinya):

”Wahai bapakku, sesungguhnya aku khawatir bahwa kamu akan ditimpa adzab dari Allah Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan” (Maryam: 45) 
Kemudian, ia menangis dengan esakannya yang kuat. Saya pun turut menangis bersamanya. Anak saya yang mengusap air mata saya.

Kemudian ia mencium kepala dan tangan saya, setelah itu berbicara kepadaku dengan bahasa isyarat yang artinya, ”Shalatlah wahai ayahku sebelum ayah ditanam dalam kubur dan sebelum datangnya adzab!”

Demi Allah, saat itu saya merasakan suatu ketakutan yang luar biasa. Segera saya nyalakan semua lampu rumah. Anak saya Marwan mengikutiku dari satu ruangan ke satu ruangan lain sambil memperhatikan saya dengan aneh.

Kemudian, ia berkata kepadaku (dengan bahasa isyarat), ”Tinggalkan urusan lampu, mari kita ke Masjid Besar (Masjid Nabawi).”

Saya katakan kepadanya, ”Biar kita ke masjid dekat rumah saja.”
Tetapi anak saya bersikap keras meminta saya mengantarkannya ke Masjid Nabawi.

Akhirnya, saya mengalah kami berangkat ke Masjid Nabawi dalam keadaan takut… Dan Marwan selalu memandang saya.

Kami masuk menuju Raudhah. Saat itu Raudhah penuh dengan manusia, tidak lama datang waktu iqamat untuk shalat isya’, saat itu imam masjid membaca firman Allah (yang artinya),
”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaian. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan munkar. Sekiranya tidaklah karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”            (An-Nuur: 21)
 
Saya tidak dapat menahan tangis. Marwan yang berada disampingku melihat aku menangis, ia ikut menangis pula. Saat shalat dia mengeluarkan tisu dari sakuku dan mengusap air mataku dengannya.

Selesai solat, aku masih menangis dan dia terus mengusap air mataku. Sejam lamanya aku duduk, sampai anakku mengatakan kepadaku dengan bahasa isyarat, ”Sudahlah wahai Abi!”

Rupanya ia cemas karena kerasnya tangisanku. Saya katakan, ”Kamu jangan cemas.”

Akhirnya, kami pulang ke rumah. Malam itu begitu istimewa, karena aku merasa baru terlahir kembali ke dunia.

Istri dan anak-anakku menemui kami. Mereka juga menangis, padahal mereka tidak tahu apa yang terjadi.

Marwan berkata tadi Abi pergi shalat di Masjid Nabawi. Istriku senang mendapat berita tersebut dari Marwan yang merupakan buah dari didikannya yang baik.

Saya ceritakan kepadanya apa yang terjadi antara saya dengan Marwan. Saya katakan,“Saya bertanya kepadamu dengan menyebut nama Allah, apakah kamu yang mengajarkannya untuk membuka mushaf Al-Qur’an dan menunjukkannya kepada saya?”

Dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali bahwa ia tidak mengajarinya. Kemudian dia berkata, “Bersyukurlah kepada Allah atas hidayah ini.”

Malam itu adalah malam yang terindah dalam hidup saya. Sekarang -alhamdulillah- saya selalu shalat berjamaah di masjid dan telah meninggalkan teman-teman yang buruk semuanya. Saya merasakan manisnya iman dan merasakan kebahagiaan dalam hidup, suasana dalam rumah tangga harmonis penuh dengan cinta, dan kasih sayang.

Khususnya kepada Marwan saya sangat cinta kepadanya karena telah berjasa menjadi penyebab saya mendapatkan hidayah Allah.”                                                                                          


( “Da’i Cilik”, Penerbit: Darul Falah, Jakarta, Indonesia )














ibtisam92
^^