Pin It

Widgets

Hukumhakam;jom baca,luangkan masa anda :)

Bissmillahirrhamanirrahim

Alhamdulillah , Allah beri kekuatan kepada ku untuk menaip serta berkongsi satu perkara yang mana ia patut di sebarkan kepada orang ramai terutama kaum muslimin dan muslimat supaya kita tak terjerumus dalam kancah maksiat yang kini hangat di perkatakan.Kancah maksiat itu bukannya skop hanya tertumpu pada perbuatan zina , minum khamar tapi ia di definasikan secara umum bukan khusus. Perkara perkara yang membuatkan hati kita tertutup dari hidayah Allah atau rahmatNya berpunca dari hati hati yang sakit. Persoalannya di sini , adakah kita sedari bahawasanya , musik atau lagu lagu yang sering kita dengari itu adalah perkara yang di larang di sisi syariat Islam.?

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hukumnya disini, ingin jua ku kongsikan suatu perkara yakni , mengenai kisah diri ku . Hakikatnya diri ini sangat bergiat aktif dalam bidang nasyid sejak dari sekolah rendah , hingga sekolah menengah.

Bermulanya aku bergiat aktif pada ketika aku darjah 5, dan di akhiri saat di pertengahan tahun 2009 , disebabkan kesibukkan ku untuk menghadapi peperiksaan besar menyebabkan terhalangnya diri aku ini untuk menyertai pertandingan nasyid di sekolah atau mana mana peringkat. Menjadi tekong sampingan bukan utama itu adalah satu keperluan bagi persatuan nasyid di sekolah pada saat itu, jadi mereka memilih aku untuk mengambil kuasa di atas (tekong sampingan). Bukan ku mengatakan suara aku lunak yang teramat , tapi disebabkan kejahilan yang tidak tahu hukum yang sebenar membuatkan aku ini , rela memegang jawatan tersebut ( tekong sampingan).

Bila umur meniti kematangan menjejaki alam universiti dan bila mana aku mengambil jurusan agama plus law .Alhadmulillah aku pelajari satu persatu hukum Islam, perkara apa yang di tuntut dan di larang di sisi Islam. Hati aku mula sudah tidak keruan untuk menimpa satu persatu hukum yang mana selama ini aku sering lakukan tapi bila sudah mengetahui, aku perlu tinggalkan, tanpa ada sebab yang tidak munasabah, tanpa ada sebab/alasan yang menuruti kehendak nafsu , OH ! aku sangat tidak boleh terima tentang hakikat tersebut , mengenai hukum nasyid , kerena nasyid juga di kategorikan sebagai lagu  -jadi ia perkara yang di larang oleh Islam.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda, KENAPA KENAPA , KENAPA tidak boleh kita dengar , ia juga salah satu perkara untuk mendakwahkan masyarakat kita kepada perkara yang lebih baik ??? ( itu adalah persoalan yang pertama bermain di benak fikiran aku). Alhamdulillah Allah beri kekuatan dalam hati dan jiwa aku dengan mencari bahan bahan ilmiah serta dapatkan nasihat dari pelbagai pihak (yang mana mereka juga tahu tentang hukum ini) dan mendengar ceramah,Aku sudah akur. YA ,BUKTI SUDAH ADA, memang sudah ada dalam alquran dan sunnah Nabi Muhammad saw. 

Kini, alhamdulillah aku boleh menerimanya dengan baik.Some muslim might be thought something benda itu baik, kononnya baik tapi hakikatnya , ia boleh memberi kesakitan dalam hati ini secara batinnya. Tapi dalam kehidupan kita ini , ke mana sahaja kita pergi pasti dan pasti kita akan dengar muzik kan ? itu memang perkara yang tidak di sengajakan untuk kita mendengar . jangalah pula kita menghalalkannya. Cukuplah , kita diri sendiri dapat menjauhkan diri ini daripda mendengar muzik. 

Jadi sekarang , saya ingin bongkarkan  hukum mengenai musik.
 *berkatalah benar walaupun ianya pahit*
(ini adalah prinsip kita sebagai orang muslim , bila ada hukum menuntut kita untuk di jauhkan dari perkara tersebut , even ia sudah pun lama sebati dalam kehidupan kita ,jadi pandaikanlah dan ajarkanlah jiwa dan diri kita untuk sama sama menjauhinya)

HUKUM MUSIK &NYANYIAN
(menjadi kera dan babi lantaran senandung syaitan)

Ibnu qoyyim mengatakan senandung syaitan itu adalah : lagu , muzik dan nasyid.

Hadis Bukhari dari kitab Al-Asyribah
Dari Abu Amir atau Abu Malik Al-Ay'ari , ia berkata :
" Akan ada sebahagian di antara umatku ( umat Nabi Muhammad saw) yang menghalalkan zina , sutera dan minuman keras serta alat alat muzik. Kemudian sebahagian di antara kaumku akan ada yang turun di sisi gunung lala datang orang yang membawa ternak ternak mereka dan mendatangi mereka satu keperluan( menuntut kebutuhannya:riwayat ISMA'ILI dalam mustakhrajnya) . Mereka berkata , 'Datang lah lagi kemari besok'. Maka malam itu Allah menghancurkan mereka , Allah meruntuhkan gunung tersebut dan merubah sebahagian mereka menjadi kera dan babi hingga Hari Kiamat"

Sekarang ini pun cukuplah ia , banyak perkara yang kita menghalalkan perkara yang di haramkan, dari sekecil kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara . Dalam hadis di atas itu sudah terbukti memang sudah ada ,dalam msayarakat kita perbuatan zina , memakai sutera bagi kaum lelaki dan meminum minuman keras serta alat alat musik dan , kita menghalalkan perkara yang haram di sisi syariat Islam . Dan orang orang kaya yang tinggal di atas bukit dan yang hidup di tepi tepi bukit itu adalah orang miskin , bila mana mereka ( org miskin) meminta pertolongan dari orang kaya , maka kata mereka ( org kaya ) " datang kamu pada esok hari ". Situasi ini jelas dan benar berlaku pada zaman kita sekarng ini , di mana orang kaya yang hidup mewah mereka akan tinggal di tempat yang jauh dari masyarakat mereka akan hidup di bukit bukit atau di gunug gunung.

Lebih di spesifikasikan orang kaya yang tidak memberi infaq di jalan Allah / zakat.Dan sudah hampir seribu tahun lebih dahulu lagi Rasulullah saw yakni kekasih Allah , dan Rasul kita sudah pun menyatakannya dengan tegas mengenai perkara perkara tersebut dalam sunnahnya. Jadi lihatlah dengan mata hati kita , perkara yang akan terjadi pada kehidupan sekarang sudah pun di maklumi pada  kehidupan zaman Rasulullah dengan larangan keras oleh baginda.  Dan sekarang lihatlah dunia sekeliling kita , semua perkara yang di sebutkan dalm hadis memang terjadi.  Moga Allah menjauhkan diri kita dari perbuatan yang mungkar dan di cela olehNya , Nauzubillah.

Tiga perkara yang di sebut di dalam hadis ( perbuatan zina , memakai sutera dan minum arak) sudah pun kita maklumkan bahawasanya ia dalah perkara yang haram cuma ada sebahagian masyarakat kita ataupun umat Islam yang menghalalkannya. Moga Allah memberi hidayah kepda mereka. Cuma apa yang ingin kita bincangkan di sini adalah berkaitan dengan alat alat muzik dengan skop yang lebih luas. InsyAllah moga Allah membuka hati kita untuk menerimanya dengan sebaik baiknya :)

Pelbagai persoalan yang kita dengari . some muslim might  be said :
" eh takde apa apa lah kalu dengar lagu , asalkan tak timbul keghairahan kita , denngar lagu untuk tenangkan fikiran sahaja "

" alah lagu nasyid apa salahnya kalu kita dengar , bagus paa, "

" Nasyidlah adalah satu satu nya medan dakwah kita untuk masyarakat kita "

Dan bermacam macam orang akan pertikaikan dengan persoalan yang musykillah.  Yang tadi hanya contoh contoh yang sering kita  dengari. Mari kita baca lagi :)

 Iman( hati) + Amal ( perbuatan ) = tidak boleh di pisahkan

dan kita juga sering mendengar hadis yang mengatakan sebegini :

"Sesungguhnya jasad seseorang manusia ada seketul darah ( hati) jika baik hati itu , maka baiklah jsadnya ........ dan sebaliknya ...................."

Jika seseorang berkata dia berniat baik untuk melakukan amalan tersebut tetapi malangnya amalan itu tidak di terima oleh Allah. Jika something yang kita buat bagi pandangn kita perkara itu adalah baik , tapi hakikatnya tak selaras dengan sunnah Rasulullah saw , maka amalan kita jua tidak di terima .

Ibnu Ajham berkata :" Tidak menerima amalan kecuali dengan ucapan , tidak menerima ucapan kecuali dengan perbuatan tidak di terima perbuatan dan amalan kecuali dengan niat tidak di terima ucapan +perbuatan+ amalan kecuali dengan ikut sunnah "

dan dari hadis Rasulullah saw , Ummul mukmini , ibu kepada Abdullah : Aisyah binti Abu Bakar , juga isteri Nabi Muhammad saw melaporkan Nabi Muhaamad saw bersabda : " sesiapa yang memperkenalkan perkara perkara yang baru dalm hal ehwal ibadah perkara tersebut di tolak"

( hadis di rekodkan oleh Bukhari dan Muslim )

Apa yang nak di sampaikan melalui hadis tersebut ialah , perkara yang kita lakukan hendaklah berlandaskan serta bersumberkan dari Al-quran dan sunnah Baginda. Ibadah yang tidak bersumberkan dari dua perkara tersebut adalah bidaah dan tidak di terima oleh Allah walaupun kita melakukan perkara itu dengan niat yang baik. Apa yang di bincangkan tadi adalah berkaitan dengan niat. Jadi harap antum dapat fahami dengan baik , saya sudah pun jelaskan disini dengan  jelas.

 Sama jualah jika kita ingin menyampaikan dakwah dengan saluran lagu yang kononya lirik yang sangat bagus untuk memotivatekan seseorang atau dari saluran nasyid atau apa apa yang berkaitan dengan lagu, jika kita katakan kita berniat baik tapi malangnya ia  perkara yang di larang oleh Baginda , maka wajiblah bagi kita untuk meningalkan perkara tersebut.


Pada zaman bani Israil dahulu wajah mereka di jadikan babi dan kera dan di matikan tetapi yang akan datang tidak di matikan hinggalah pada hari kiamat kelak yang mana sudah di jelaskan di dalam hadis. Walaupun ada musik di mna mana maka janganlah kita halalkan ia , haramkan ia hingga hari kiamat.

Rasulullah bersabda : " Aku tidak melarang untuk menangis tetapi jangan meratap ( kematian) , namum apa yang aku larang adalah dua suara yang buruk  : nyanyian yang bersenang senang bermain denagn seruling syaitan ( musik) dan ratapan . "
( H/R Hakim , Al-Baihaqi, Al-Baghawi dalam kitab syarhus sunnah )

Apa yang di maksudkan dengan tulisan yang berwarna hijau itu , mari kita tonton di video  sejurus selepas membaca apa yang saya tulis di atas. Untuk menambahkan info lagi just
klik DISINI 

Moga Allah memberi hidayah kepda kita semua untuk menerima dengan hati terbuka.
Itu sahaja yang mahu di kongsi ,mungkin apa yang saya tulis ini hanyalah ringkasan sahaja dan mugkin anda tidak jelas lagi apa yang saya ingin sampaikan oleh itu, anda boleh dapatkan maklumat yang telah saya link  di atas dan anda boleh dapatkan link islami yakni video atau artikel di web islami atau sunnah :) you may click at my blog sidebar ^^
 Moga Allah permudahkan urusan anda.

ibtisam 92
^^


No comments: