Pin It

Widgets

Adab adab menuntut ilmu

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhmdulillah , sebulan lepas aku ada dengar ceramah mengenai tajuk yang tertera di atas :) menarik , di kirim video oleh seorang sahabat untuk di kongsi bersama ,jazakillah. ceramah itu di sampaikan oleh Ustaz Fathul Bari . Kebanyakan ceramahnya , sangat menarik hati dan bersemangat . membuatkan aku untuk mengejar lagi ilmu ilmu berkaitan syariat Islam. :) InsyAllah serba sedikit akan ku kongsi jua di post ini , tak banyak , setakat mana minda mengingati dan semampu mana tangan aku menulis nota yang telah ku dengari. 


 Katanya Al-Imam Al-Muhaddis Al-Kibar Abdullah Ibn Mubarak , adab menuntut ilmu ada 6 cabang ;



1) IKHLAS
Kadang kadang kita pelajari sesuatu / menuntut ilmu tidak berniat untuk ikhlas kerana Allah Taala, malangnya , kita berniat  adalah untuk mendapat popularity dalam kalangan masyarakat.Ataupun lebih malang lagi apabila , menuntut suatu ilmu itu ingin mengkritik kepada si penyampai ilmu, kononnya di sini ingin di katakan dia itu seorang yang bijak. Rasanya tak perlu untuk di beri contoh , pembaca semua sudah pun maklum bagaimana cara tersebut .

Seperti mana yang kita maklum dalam hadis sahihain riwayat Bukhari dan Muslim
Umar bin Khattab melaporkan ." Sya pernah mendengar Nabi Muhammad saw berkata .' Amalan seseorang di tentukan oleh niatnya. Oleh itu setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya , hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesipa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia mahupun bagi mendaptkan isteri dia mendapatkan apa yang dia diniatkannya semasa berhijrah".

Menuntut ilmu adalah ibadah
Firman Allah Taala :
" Padahal mereka hanya di perintah menyembah Allah dengan ikhlas menaatiNya semata mata kerana ( menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus ( benar."
(Surah Al-Bayyinah:5)

Kita seharusnya mengambil berat mengenai niat , kerana niat manusia mendapat dosa.Yahya Ibnu Kathir berkata : " Hendklah kalian semua belajar tentang niat. Sesungguhnya mempelajari tentag niat lebih baik dairpada belajar mengenai amalan"

Ibnu Qayyim berkata : " Sesungguhnya sesuatu amalan tanpa niat yang ikhlas / tanpa mencontohi amalan nabi adalah seperti musafir yang mana memenuhi bekasnya dengan pasir dan membawa beg pasir  tersebut tetapi hanya membawa sahaja tapi pasir itu tidak ada manfaat."




2) MENDENGAR DENGAR BAIK
Rasulullah saw bersabda :
 " Sesungguhnya orang yang mendengar dengan baik Allah akan memberi cahaya kepadanya".



3) FAHAM
Faham dengan sebaik baiknya terutama daripada ayat ayat Al-quran dan Hadis hadis Nabi Muhammad saw. Tidak boleh kita memahami dengan sewenang wenangnya yakni mengikut atau menurut akal dan hawa nafsu. Dan janganlah pulah kita lebih lebih percaya sesuatu takwilan itu daripada perkataan Nabi.



4) MENULIS
Tulislah even kita dah faham ataupun kita dah hafal moga kita dapat sebarkan kepda orang lain juga :)


5) BERAMAL



6) MENYAMPAIKAN ( BERDAKWAH )
Hendak sampaikan kepada orang lain pastikan kiita tahu sesuatu itu dengan baik / dengan adanya pengetahuan.


nak dengar secara live ? click di bawah ini
*link dari ceramah ustaz Fathul Bari : HERE*
(ada banyak 16 sesi kesemuanya, url yang saya bagi hanya untuk muqadimah ( sesi 1) dan video ini akan bersambung dengan sesi seterusnya)

Moga Allah memberkati anda semua
insyAllah
:)


ibtisam92
^^

No comments: