Pin It

Widgets

jalinan ukhwah :)

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhmdulillah , Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada hamba hambaNya.Bersyukur kehadrat Ilahi kerna aku masih lagi dapat menjalani kehidupan normal. :) Nikmat yang Dia kurniakn begitu tinggi nilainya .Kita hnya mampu untuk mengucapkan setinggi tinggi kesyukuran kepadaNya :)

Alhmdulillah , fi yaumil ahad ,'indi fursah li zurtu muhadorati , Ustazah Mina (Magribi). Ini adalah aktiviti pertama aku ,di sini , di nilam court bersama rakan rakan yang aku kasihi , AMIRAH & NIK NURHAZIQAH.Bagi aku dan nik , ini adalah kali kedua kami menjejakkan kaki kami di rumahnya , yang mana ia berdekatan dengan UKM, Bangi. Bercadangnya kami ingin ke rumah ustazah 5 orang pelajar , tapi rakan rakan lain sibuk dengan mengemas barang ada juga di kalangan mereka yang pulang ke kampung halaman. Jadi tak mengapa hanya kami bertiga sahaja yang pergi  :)

Kami bertolak sekitar pukul tiga dengan menaiki teksi ke batang benar dan menaiki KTM , dan terus menuju ke transit UKM. Kemudian ustazah menjemput kami di sana. Senyuman mesra ustazah menyambut kami membuatkan kami rasa agak segan dan malu. :) Ha sebelum itu berbekalkan buah tangan , kami membeli sedikit cucur untuk diberikan kepda ustazah.

 Seperti biasa , semasa perjalanan , ustazah akan bercerita dan mengkhabarkan kepada kami tentang tempat persekitarannya yang mana ia berdekatan dengan German Malaysia Institue (GMI). dan kawasan perumahan yang ustazah duduki itu yang mana masih baru dibina , dan ustazah baru sahaja berpindah ke situ. Sesampai nya di rumah ustazah,dia memberitahua rumahnya sedang di renovatekan, dan tinggal di hadapan rumahnya. 

Kemudian kami di hidangkan oleh anak ustazah , Nuha , yang berusia 9 tahun, pandai dia melayan kami. kecil kecil dah pndai masuk dapur , hehe :P.Kemudian seperti 'adah , kami dihidangkan dengan air apple dan orange . sambil sambil berborak sedikit dan berkongsi pengalaman masing masing
.kemudian kami solat asar.

seterusnya , selepas solat , barulah dihidangkan kepda kami dengan teh pudina . MasyAllah , laziz jiddan jiddan  !!Kemudian ustzah bawakan kami ke rumahnya yang sedang di renovatekan. Subhanllah ! itu sahaja yang mampu aku ucapkan. renovate itu baru je bermula hari rabu lepas ,tapi dah nampak macam mana rumah itu nak di ubah suaikan :). Kemudian kami  berada di halaman rumah , melihat gelagat anak anak usztah bermain basikal , Nuha dan Aiman .Gelak ketwa mereka , mengembirakan hati kami. best ! :D

Kemudian , solat magrhrib, dan ku sangka kan kami akan pulang selepas solat mghrib , tapi rezeki kami , kami dapat merasai makanan magribi Kus Kus .Sejenis gandum dan di makan dengan kuah, kalu bagi aku , kuah itu wrnanya seperti warna kuah gulai , tapi bukan rasanya kuah gulai, hehe nth lah cmne aku nk ceritakan.takpe takpe biarkan aku show off gambar makanan kus kus tu.Mula mula aku makan ,aku ingat aku makan nasi , di khabar kan sekali lagi  kpd ku, " ini gandum la" kata nik


ha inilah dia,
anda semua tengok kuah nya macam kuah gulai kan?
tapi bukanlah, ape nye ? lupa pulak aku nak tanya 
hee :)
sedapp sangat sangat
Alhmdulillah dapat juga kami merasai
KUS KUS
:) :|



Kemudian kami makan bersama anak anak ustzah yang lain , Jihad , Hibbah , Nuha dan Aiman . Masa aku melihat ustzah masak tadi rasa mcam sikit , bila makan , uikks!! awat rasa banyak sangat ni , hehe, ye la gandum , cepat kenyang. sambil makan , sambil kami bertemu ramah dengan anak anak ustzah. 

Alhmdulillah ,sangat kenyang. Kemudian kami solat isya'   dan ustzah menghantrkan kami ke ktm UKM. itu sahaja jalan ceritanya.
pengalaman yang sangat menarik
:D

Jalinan ukhwah itu perlu ada even ustzah itu nanti tak ajar kita. Bak kata abah aku 
" Hormatilah guru along kalaupun guru along tuh mengajar along tika waktu tadika , sekolah rendah , menengah malahan universiti . Berkat kesungguhan mereka itulah along mampu mencapai cita cita , Jangan lupa jasa mereka . Mereka dah banyak berbakti pada anak bangsa ."

aku tak pernah lupa pesanan abah aku
btw, jazakallah ya abati
( note : selalu kita sebut/panggil YA ABI kan ? tapi kalu pangilan manja/mesra/rasa dekatnya dengan ayah kita , ha itulah panggilannya )


Info terbaru :
Di negara orang Arab , budaya melayan tetamu agak berbeza dengan budaya orang Melayu . Budaya orang melayu , mereka tak mengasingkan tetamu antara lelaki dan perempuan. Tetapi bagi budaya orang Arab , mereka mengasingkan antara lelaki dan perempuan. Saya rasa pembaca semua sudah pun maklumi. Orang Arab sangat syadid mengenai iktilat baina rijal wa nisa'. mereka membuat penghadang. hinggakan mereka tak tahu siapa tetamu lelaki yang datang ke rumah. Kalu nak hidangkan, si tuan rumah lelaki yang akan mengambil air di dapur serta di hidangkan kepda tetamu lelaki. Itulah batsan batasan yang mereka jaga.

Secara konklusinya, apa yang saya dapat agama itu penting daripada budaya.Janganlah kita mencampurkan antara budaya dan agama.Sememangnya ia boleh membwa mafsadah yang besar kepda diri kita. Nauzubillah. Hanya perkara penting sahaja kita berbincang bersama ajanabi . kalu tidakkan adanya perkara tak perlu untuk kita beramah mesra dengan mereka.

| pesanan ringakas buat diri ku dan pembaca semua |


ibtisam 92
^^

1 comment:

amierul said...

best gila angpa dapat g umah ustzah,aq je yang tak berkesempatan agy...jelesnya..huhu