Pin It

Widgets

kisah di"pulau" kan dan disisihkan

Bissmillahirrahmanirrahim



Kisah aku di'pulau'kan, bermain dalam fikiran aku semenjak dua menjak ini . Hampir aku trauma bila mengenangkannya.Tapi apalah daya sangat, segala pengalaman yang memang di takdirkan kepada aku , membuatkan aku bertambah KUAT , KUAT dan terus KUAT :) insyAllah

Ingin ku kongsi mengenai kisah ku ini kepada pembaca-pembaca sekelian :)
Mungkin pengalaman sebegini anda semua tidak pernah merasai , betapa peritnya waktu itu , tapi ingin jua berkongsi mengenai pengalaman yang boleh di kira sangat pahit, tapi ku tetap gagah menelannya. Kisah ini bukan aku seorang sahaja yang kena , rakan-rakan yang sekutu dengan aku juga turut kena. Masalah yang SIMPLE , kakak-kakak itu memPERBESARkan.

Membawa handphone di sekolah atau yang tinggal di asrama adalah forbidden to bring it in a school, sebab apa ia di larang untuk di bawa , sebab ia betul-betul boleh melalaikan pelajar sekolah. Jadi kisah aku ini berkisah semasa aku tingkatan DUA, haha, kecil-kecil dulu pun dah kena pulau. Aku baru ja nak kenal dunia sekolah MENENGAH , aku baru ja nak dapatkan petunjuk yang baik dari kakak-kakak senior tapi malangnya , mereka pulak yang menyisihkan aku. Tak semua ku katakan kakak-kakak senior di sekolah aku itu nakal , tapi hanya segelintir sahaja menganggap mereka ini OTAI.sudah kebiasaan bagi pelajar yang sudah bergelar nak jadi TUA @SENIOR , mereka akan merasa, sekolah itu mereka yang PUNYA !

Tika aku menjejak ke alam sekolah menengah di sekolah aku itu , aku cukup di kenali oleh ramai pelajar-pelajar di situ .Maybe aku amat peramah dengan semua orang. Itu kisah dulu , peramah dan beramah mesra dengan orang menjadi habit yang tak boleh ku diamkan sebentar, hehe.Malah dalam kalangan guru-guru juga turut mengenali aku. Dan dari itulah , aku semakin rapat dengan semua orang guru yang mengajar aku waktu form 1. Sangat rapat dengan cikgu ,hinggakan mereka mengelarkan aku ini sebagai anak angkat cikgu tersebut, dan cikgu-cikgu yang lain.

Okay, berbalik pada kisah sebenar , tika ku melangkah ke tingkatan DUA, aku sudah di gelar pengawas, aku pun tak tahu kenapa mereka vote aku untuk aku jadi pengwas, tak kisah . Aku merasakan tanggungjwab aku kian terbeban. First time jadi pengws, perghh !macam-macam perasaan yang aku rasa.kebiasaan la bagi pelajar yang baru memegang jawatan sebagai pengwas.

Undang-undang tetap perlu di kuatkuasakan.HANDPHONE , memang dilarang sama sekali untuk di bawa.Tak kesah la di sekolah atau di asrama.

Kisah seorang kakak senior aku yang duduk sama bilik dengan aku , setakat aku tahu buat masa itu, dia boleh dikira OTAI pelajar nakal.haha. Muka yang ayunya pasti tak percaya dia itu OTAI PELAJAR NAKAL di sekolah aku. tak perlu untuk ku menulis namanya. biarkan ia terpendam dalam hati dan sanubari aku. :)

Disebabkan si kakak tersebut membawa handphone di asrama,hinggakan berkali-kali rakanrakanya yang lain juga menasihatinya. Tapi malangnya , rakan-rakannya sangat takut untuk melaporkan masalahnya kepada guru disiplin ataupun warden . Mungkin ugutan yang di buat oleh si kakak tersebut.
Ok senang lah cerita aku gelarkan si kakak itu dengan "S". Sangat rasa bersalah bila lihat orang yang berada dalam bilik aku sendiri melanggar undangundang. Tak suka laa !! ayooo, cikgu-cikgu merasakan S itu sudah berubah, sebab pada awal tahun 2006, S tak pernah merekodkan apa-pa masalah. Tapi, S itu sedang tegar melakukannya , hinggakan mengajak ahli-ahli biliknya untuk bersubahat dan mendiamkan masalah ini. Termasuklah aku.tapi aku ni enggan untuk bersubahat. haishhh ! berdosa tuh. melanggar undang2.

Aku dan rakan-rakan yang lain kian sedari , S bukan conteng arang bagi nama bilik kami, tapi S mengdoublekan masalah lain pulak , dan turut mengajak dan mengugut supaya diamkan masalah ini. Aku juga turut menasihatinya.
  "kak tolong lah kak jangan bawa benda yang HARAM nih"
Sudah berkali-kali aku mengulangi ayat yang sama kepadanya. Mugkin aku masih junior jadi kata-kata aku juga perlu di tapis dengan sebaik mungkin supaya tidak ada yang menguris hati apa yang aku katakan tuh, Biasalah budak-budak junior takut dengan kakak-kakak senior, tambah-tambah si S tuh. takut-takut nanti 5 jari melekat di pipi. itu hanya hypothesis SAHAJA, hehe

Aku dan rakan-rakan yang sekutu dengan ku , sangat tak tahan dengan masalah lain yang S timbulkan, tapi anehnya , orang lain sanggup memejam mata, mengunci mulut supaya kelakuan S itu tidak akan di laporkan kepada guru disiplin. Ajaib-ajaib sangt takutnya mereka dengan S itu. Akhirnya pada bulan Mei , 2006, kira-kira apa yang aku ingat, aku laporkan segala masalahnya kepda warden dan guru disiplin. Guru disiplin memg mengjangkakan S akan buat kelakuan itu semula walaupun berjanji tidak mengulanginya lagi.

Masalah S itu terus tersebar dalam kalangan warga sekolah.Tapi sikapnya seolah-olah tak rasa apapa. Ajaib sungguh ku melihatnya. HAHA,entahlah , aku merasa dia mungkin ada masalah dalaman yang orang lain tak tahu. Kedegilan terus menghantui dirinya. lagipun ramai juga ahli-ahli dan geng-gengnya. hmm. apa boleh buat.Mereka majoriti , kami minoriti.

S  mencari insan-insan yang meberitahu masalahnya  kepada guru disiplin, hampir tiap-tiap malam dia buat perjumpaan dan mengugut siapa yang memberitahu. Agak tertekan aku pada saat itu.Ketua bilik akulah yang paling takut , even dia muda setahun dari S ,  even dia tak bagi tahu dengan warden mengenai maslah S , tapi dialah yang paling takut , dan S sangat appoint dekat dia.Alhamdulillah , kekuatan yang Allah kurniakan kepada aku itu membuatkan aku kuat itu berterus terang dengan S
" akak , saya dan rakan-rakan yang lain melaporkan masalah kak kepada orang atsan"

 S terus menerjah dan menghamburkan kata-kata yang agak menyakitkan hati, sangat terguris hati ini.Ahli-ahli dalam blik sangat terkejut. Mereka tak pernah mengjangkakan , akulah yang memberitahu kepada guru disiplin, sebab mereka melihat aku rapat dengan S ,jadi tak terjangka mereka, aku boleh lakukan sedemikian. Rapat-rapat aku bukannya bermaksud aku suka dengan perbuatan dan masalah yang dia timbulkan dalam bilik kami tapi, sayangnya aku terhadap S. Tiada jalan yang lain untuk aku selesaikan maslah ini. Mungkin kerapatan aku dengannya kerana diriku sangat fleksible dengan semua orang dan senang hati dengan aku. aku rasalah lah.
^^
Aku takut jika masalah ini tidak di laporkan ,nanti semua guru akan memandang lain terhadap kami semua, kerana kami bersubahat dengannya, serta akan diblacklist nama kami semua. hmmm :) sukar sekali bagaimana hendak ku ceritakan dan khabarkan .

Di pendekkan cerita, sangat dahsyat aku dan rakan-rakan yang lain kena pula dan disisihkan oleh rakan sekutu S. Sedih ! tapi yang ajaibnya , aku taklah mengadu dekat parents aku mengenai masalah ini , malah aku rasa aku kuat,dan kuat . pelbagai kutukan dan fitnah yang S katakan kepada ku.Sukar sekali bagaimana untuk aku 'describe'kan aku KENA PULAU DAN DISISIHKAN. Perit kot ,

Kalau aku kisarkan disini pastinya , pembaca tak percaya dengan kata-kata dan tulisan aku disini. Biarlah aku pendam dalam hati even S itu sudah pun meminta maaf pada aku dan rakan-rakanku yang lain. Kerana S memulaukan aku hingga habis tahun 2006. hahahah, ape larhh  !! Kisah yang mengimbau pengalaman yang perit, hinggakan aku di pulau oleh orang lain yang takde kaitan dengan masalah ini pun memulaukan aku jugak, HAIRAN betul !

Kebiasaan la , lebih afdal bagi mereka mengikut yang banyak dari yang sikit , even yang sikit itulah buat benda yang benar dan betul. Kerana yang ramai mereka menggangp itulah yang terkuat , tapi hakikatnya tak kuat pun , kuat dari pandangn mata tapi hakikatnya tak sebegitu pun .




yang selalu memberi support dan sekutu dengan ku :)
AFIQAH MUZAINI , NURSYAKERAH ABD, HALIM , FATIN NURSHUHADA AZHAR

saayyyaang korang sangat :)
Zaman kita tika FORM TWO, betulbetul membuat kita sama-sama semangat dalam menghadapi apa jua cabaran :) dan mengutuhkan ukwah kita :)) Jadi , kita takkan pernah kisah la kalau kita kena pulau ke or disishkan , kerana ku sudah pun mengalami lebih perit waktu tika dahulu.


ibtisam92
^^



5 comments:

kyrah said...

sdey!! syg ang yan

HUMAIRA' said...

haha, aku punya post nih touching sgt ke ? hehe , besa laa , cter duludulu, kelakar pun ade gak kalu ingt balik, hehe

double lurve you :))

kyrah said...

haha, agk sdey la, teringat zman kegelapan dlu. tp pe pon suma 2 la yg mngajar kta mnjdi lbey mtang dan kta x wat mcm 2 dah kt jnior kta,haha:)

triple lurve u:))

PinHead Co said...

ily yan~ hehe.. bile igt blik kisah dulu.. ishk2 rse sebak di dada.. kta kena buli smpai kena mandi air hujan.. sedih2!! tp, lepas form 2 la. kita pnye ukhwah lebih rpat kan? stiap apa yg blaku ade hikmah nyer... ;D rse skrg if jmpe kak s tu..nk cite blik sgala otai yg dy buat..hehehekk ;p

HUMAIRA' said...

fiqa kalu citer balek kat kak s tuh , takde makna ,benda dah lepas weyh , dia bule wat pe..huhu , nothing to remind back, it make me hurt in my heart :) uwaaaa..

but overall , kita memang rapat ^^