Pin It

Widgets

Penyakit wahan

Bissmillahirrahmanirrahim


Daripada Tsauban r.a, Rasulullah bersabda :"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa bangsa dan seluruh dunia akn datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabt bertanya ," Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ? ". Nabi saw menjawab , "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah swt mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuhmusuh kamu dan Allah swt akn mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, " Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah? ". Nabi Muhammad saw menjawab " cinta pada dunia dan takut pada mati"
(hadis riwayat Abu daud)



Maksudnya lebih kurang begini. Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam kini menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w.

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu lebih kurang 1000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi iman, akidah serta pegangan islam tidak sekuat mana umpama buih2 diwaktu banjir, datang arus atau badai yg lain lenyaplah buih2 tersebut, yakni selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit in tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala "takut mati" pula bermakna leka denan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk bekorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. Kita berdoa agar Allah S.W.T menurunkan mushrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.




Let's watch this video  :) you may get some benefits and realise sth




samasama kita renungkan
:)



ibtisam92
^^

No comments: