Pin It

Widgets

Jalan yang SATU

Bissmillahirrahmanirrahim


Perkongsian :


“Dari Abdullah bin Masoud berkata: Telah menggariskan
kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah.
Kemudian menggariskan beberapa jalan di sebelah kanannya dan
beberapa garis di sebelah kirinya, lalu baginda bersabda: Inilah
jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru
kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat (al-
Quran yang mana Allah berfirman): Sesungguhnya inilah jalan Ku
yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut, janganlah kamu ikuti
jalan-jalan (yang ke kanan atau ke kiri) kerana jalan-jalan tersebut
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah
kamu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”.
(Al-An'am . 6;153)

Fahamilah garisan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang telah menjelaskan
kepada kita bahawa semua jamaah yang mengikut garisan yang banyak, ke kanan
atau ke kiri akan ke neraka, hanya satu yang ke syurga iaitu yang mengikuti al-
Jamaah di garisan tengah.
Baginda memperkenalkan kepada kita siapa al-Jamaah atau hizbi yang sebenar agar
tidak diperangkap oleh seruan syaitan kerana akan berlaku perpecahan pada umat
baginda sehingga terdapat berbagai jamaah selepas kewafatan baginda. Sabda baginda :

“Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan
berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke
neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda:Mereka adalah al-Jamaah"
(H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam “az-Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam kitab “Talkhis al-Ihya”.)







Ibtisam92
^^

No comments: