ceramah

Bissmillahirrahmanirahim

nk dengar ceramah anda boleh clik disini
ceramah dari ustaz Maulana Asri

selamat menerokai ilmu
:]


ibtisam92
^^

siapakah wahabi ?

Bissmillahirrahmanirrahim

Nak mengetahui wahabi yang sebenar sila click disini


jangan mengkafirkan seseorang tanpa usul periksa dahulu ia boleh membawa kepada fitnah
yang besar , kaji dahulu siapakah wahabi yang sebenar .

moga Allah merahmati kita
inshAllah

ibtisam92
^^

timur

Bissmillahirrahmanirrahim

Hadis 'Abdullah bin umar r.a bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw ketika beliau menghadap ke timur , baginda bersabda : 
" Ketahuilah sesungguhnya fitnah itu akan muncul dari sini , ketahuilah sesungguhnya fitnah itu akan muncul disini . Yaitu di tempat munculnya tanduk syaitan "
[DIRIWAYATKAN OLEH BUKAHRI DALAM SHAHIHNYA (XIII/45) DAN MUSLIM DALAM SHAHIHNYA (IV/2229, NO 2905)]

Di sebutkan dalam riwayat lain
dari Salim bin 'Abdullah bin Umar , dia berkata :
" Hai penduduk Irak , kenapa kalian di sibukkan dengan pertanyaan tentang dosa kecil sementara kalian melakukan doa besar . Aku mendengar ayahku , 'Abdullah bin 'Umar berkata : 'Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :" Sungguh , fitnah itu datang dari sini.' Salim menunjuk dengan tangannya ke arah timur yang merupakan tempat munculnya dua tanduk syaitan .'Dan sebagian kalian membunuh sebagian yang lainnya.' Sesungguhnya dulu Musa membunuh seorang pengikut Firaun kerana tidak sengaja . Karenanya Allah swt berfirman : ...Dan kamu pernah membunuh sesorang manusia lalu Kami selamatkan kamu dari kesusahan dan Kami telah mencobamu dengan beberapa cobaan....(Thaha;40)
[DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM DAN SHAHIHNYA (IV/2229,NO.2950)

Hadis ini secara tegas menunjukkn tempat tertentu yang terletak di timur Madinah iaitu Iraq sebagai awal mula munculnya fitnah-fitnah besar yang menimpa umat . Dan itu terbukti diantaranya :
- Berkumpulan sekelompok yang bersekongkol membunuh 'Uthman r.a
- Terjadinya beberapa pertikaian besar di antara para sahabat r.a seperti Perang Jamal dan perang Siffin.
-Terbentuknya aliran Khawarij Haruriyah
-Munculnya aliran Qadariyah , Jahmiyah dan Mu'tazilah

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda : 
" Sumber kekufuran akan muncul dari arah timur ( tempat ini) kebanggaan dan kesombongan ( cenderung ) terdapat pada orang-orang badui pemilik kuda dan unta yang mengembalakan ternaknya dengan suara keras. Adapun ketenangan terdapat pada pemilik kambing "
[DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DALAM SHAHIHNYA (VI/403-FATHUL BARI ) DAN MUSLIM DALAM SHAHINYA (I/72,NO52)]

Dari hadis ini dapat di ketahui bahawa yang di maksudkan dengan arah timur adalah Iraq sebagaimana dalam hadis sebelumnya. Dapat di ketahui pula bahawa yang di maksudkan kota Najed yang di sebutkan dalam hadis berikut adalah Najed Iraq . Oleh Kerana itulah Nabi saw tidak mendoakan keberkahan bagi penduduknya sebagiamna di sebut  dalam hadis Ibnu Umar r.a berkata : Nabi pernah berdoa . " Ya Allah berkahilah kami di negeri Syam kami . Ya Allah berkahilah kami di negeri Yaman kami . Para sahabat berkata : ' Wahai Rasulullah dan negeri Najed kami." Beliau bersabda: " Ya Allah berkahilah kami di negeri Syam kami. Ya Allah berkahilah kami di negeri Yaman kami ." Para sahabat berkata : ' Wahai Rasulullah dan di negeri Najed kami ." seingatku beliau bersabda pada kali ketiga : ' Di sana akan terjadi huru hara dan berbagai macam fitnah temapt mucnulnya tanduk syaitan".
[ DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DALAM SHAHIHNYA (XIII/45-FATHUL BARI) ]


Ibnu Hajar ra berkata : 'Awal terjadinya fitnah berasal dari timur yang mengakibatkan perpecahan di antara kaum Muslimin dan hal itu juga di sukai oleh syaitan . Selain itu , berbagai macam bida'ah juga muncul dari arah tersebut'.


Siapa sahaja yang banyak menelaah mengenai hadis akan mengetahui bahawa Nabi saw sering memberi isyarat ke arah timur . Beliau memberi isyarat ke arah tersebut dalam hadis-hadis yang berhubungan dengan Dajjal , Yajuj dan Majuj serta tentang pertumpahan darah yang terjadi ketika Sungai Eufrat menyingkap adanya gunung yang terbuat dari emas. Juga keburukan lainnya yang menunjukkan bahawa arah timur Madinah adalah tempat yang paling banyak menyimpan fitnah dan dari sanalah fitnah itu bermula . Kemudian menyebar ke seluruh dunia Islam. Semoga Allah menlindungi kita darinya .

Akan tetapi hal ini bukan beerti bahawa selamanya tidak ada kebaikan sama sekali pada penduduk timur Madinah. Adapun maksud hadis tersebut adalah bahawasanya fitnah itu lebih banyak menimpa penduduk Iraq . Mereka lebih mudah terjerumus ke dalam fitnah dan sebagian besar firqah ( kelompok ) yang terdapat di wilayah tersebut merupakan penyebab terbesar timbulnya fitnah-fitnah yang ada.  wallahu'alam

Syaikhul Islam r.a berkata : 'Pada 3 genersi terbaik umat ini tidak pernah ada satu bidaah yang tampak di Madinah Nabawiyah ataupun yang menyebar dari kota ini terkait dengan dasar-dasar Islam tidak seperti yang terjadi di kota-kota lainnya'.

:::di petik dari kitab FITNAH AKHIR ZAMAN MENYINGAKAPI HURU HARA DAN KEKACAUAN DI AKHIR ZAMAN, penulis ; Dr Muhammad Bin , A.W. Al-'Aqil :::

ibtisam92
^^

mudahnya ..

Bissmillahirrahmanirrahim


mudahnya , 
derasnya ,
air mata mengalir ,
baru sekali kena tempikan ,
tegas sekali percakapanya ,
serta merta jasad ini seolah-olah melayang ,
huh !
hati , jantung dan seluruhnya terkejut ,
terkena tempikan ,
kemarahannya sangat meninggi ,
terkejut gamaknya ,
terus air mata ini mengalir ,
aku tahu itu caranya ,
kerna ku di didik memang sebegitu ,
tegasnya seorang bapa terhadap anak ,
kata-katanya yang mencabar diriku itu ,
menjadi semangat ku.
hati ku menjadi kental ,
sekental-kental hati ini ,
air mata akan mengalir jua ,
itulah lumrah seorang perempuan ,
dari kecil hingga ke hari ini ,
air mata ku menjadi peneman ,
walau aku dah tahu itu caranya ,
walau satu perkataannya yang dikeluarkan 
dengan suaranya yang meninggi ,
airmata akan mulai basah di pipi ,
dan ia ,
terus mengalir ,
mudahnya ,


 [ketegasan seorang bapa masih terasa walau umurnya kian meningkat dan aku kian cepat untuk berendam dengan air mata]

i really love my parents
^^

note  : 
aku mmg tak boleh menahan air mata dari mengalir bila di marahi oleh abahku ,mungkin aku seorang anak perempuannya ,dia sangat menyayangiku ,segala cara yang aku lakukan mesti selaras dengan kawalannya  yakni didikannya kepada aku :)


ibtisam92
^^

Jalan yang SATU

Bissmillahirrahmanirrahim


Perkongsian :


“Dari Abdullah bin Masoud berkata: Telah menggariskan
kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah.
Kemudian menggariskan beberapa jalan di sebelah kanannya dan
beberapa garis di sebelah kirinya, lalu baginda bersabda: Inilah
jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru
kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat (al-
Quran yang mana Allah berfirman): Sesungguhnya inilah jalan Ku
yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut, janganlah kamu ikuti
jalan-jalan (yang ke kanan atau ke kiri) kerana jalan-jalan tersebut
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah
kamu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”.
(Al-An'am . 6;153)

Fahamilah garisan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang telah menjelaskan
kepada kita bahawa semua jamaah yang mengikut garisan yang banyak, ke kanan
atau ke kiri akan ke neraka, hanya satu yang ke syurga iaitu yang mengikuti al-
Jamaah di garisan tengah.
Baginda memperkenalkan kepada kita siapa al-Jamaah atau hizbi yang sebenar agar
tidak diperangkap oleh seruan syaitan kerana akan berlaku perpecahan pada umat
baginda sehingga terdapat berbagai jamaah selepas kewafatan baginda. Sabda baginda :

“Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan
berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke
neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda:Mereka adalah al-Jamaah"
(H/R Ibn Majah 2/1322. Disahihkan oleh al-Haitami dalam “az-Zawaid. Disahihkan juga oleh al-Iraqi dalam kitab “Talkhis al-Ihya”.)







Ibtisam92
^^

Wahai diri ..

Bissmillahirrahmanirrahim


" Wahai diri ,
 jangan jadi da'ie yang malang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakan,
Usah jadi 'abid yang tertipu terasa banyak sudah amalan tapi tak sesar pahala itu kuasa Allah,
Jangan jadi alim yang bodoh ,
disangka ilmu sudah banyk tapi tiada yang terkesan di jiwa,
Usah jadi mujahid yang tersilap ,
disangka perjuangannya yang terbaik tapi ternyata Islam tak memerlukannya"




Moga kita tidak tergolong dalam da'ie yang malang itu ,

salam muhasabah dan perjuangan sahabat-sahabat ku 

dari 

ibtisam92
^^

kawankawan TSU ONE :) B.E.ST !

Bissmillahirrahmanirrahim

Hari Khamis , cuti umum  raya Thaipusam , bagi kaum iNDIA , :)
Oleh maka itu , TSU ONE , have decided to get our dinner together at restaurant RASAMAS :) yeah , we have a great and enjoyable day together , 
happy.happy.
gelak ketawa bersama mereka :)

Dinner yang kami makan  ini bukan sebarangan dinner , sangat banyak makanan , agak mewah kami makan , sebab kami guna kupon , buy ONE free ONE ! :) BEST :D

ada juga sebahagian rakanrakan yang berpuasa , jadi makan dan berbuka puasa bersama mereka .sementara menunggu masa untuk berbuka , sempat juga aku meyelesaikan masalah puzzle . kertas puzzle tuh memg tersedia di ats meja makan kami ,bersama mereka NIK , JIHAN , BAITI , INTAN.

cooppp ! ada seorang waiter nama sejenis dengan aku , IZYAN  :)
hehe . tapi agak sedih bila aku melihat insan yang namanya sebijik mcm aku  walakin ,cara pemakaian and free hair nya , tak menunjukkn maksud nama itu sendiri , 
buat malu aja
* ok, ini kisah lain takperlu di perbesarkan lagi*

mari berbalik pada cerita sebenar , 

 ini muka depan :)




 ini kertas belkangnya , baru berapa kerat ja aku jawab , payah sungguh :) tema soalan ini berkatan CHINESE NEWYEAR ;;]]




nasi lemak :)


ape nama nth nama kek ni ..
  ; ade lagi gmbar makanan, tpi , internet networking sangat sangat slow


gambarkami ?
takperlu ditayang 
malu :)
blushing ~~
haha

agak riuh dan gembira memndgkan hnya kami shaja yang berada di situ , ada la jugak pelanggan yang lain tapi  di akhir dan di awal2 kami berda di situ
makan suap menyuap
bak kata seorang shbat aku , " kalu makan suap menyuap ni , kita akan cepat kenyang "
 ya betul la tuh ap yang dia cakap , serious kenyang , hehe
pinggan terbang ke sini ke sana
pakatpakat rasa makanan 
merasa diri  kita semua dalam kehangatan ukhwah yang utuh
harapan agar ia mekar selalu


credit tO pelajar banat TSU ONE :) :
AMIRAH , HASANAH , NURUL ASMA , AMALINA , SAMERAH,NIK, FARHANA, HANA , DINA , ALINA FARAH , HUSNA,SAKINAH, AFIQAH ,JIHAN ,BAITI, UMI HAJAR ( takdpat hadir bersama kami) ,INTAN


ibtisam92
^^

Istidraj , jom renung seketika !

Bissmillahirrahmanirrahim

APA ITU ISTIDRAJ?
Di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi manusia muslim, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.
Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan banyak lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah tiada pangkat dan kedudukan, tidak memiliki kuasa, kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan banyak lagi. Kebanyakan manusia muslim dan mukmin mampu mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk bala ini. Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.
Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. Contoh klasik yang patut di fikirkan tentang jenis manusia yang mendapat nikmat tetapi lupa kepada Allah SWT ialah Firaun, Qarun, Namrud dan banyak lagi. Mereka ini semuanya ditimpa dengan bala bencana dan kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.
Perkara inilah yang dinamakan istidraj. Pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kenapa pula terjadi beri tetapi tidak redha. Inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Agak malang bagi manusia yang melakukan dosa dan maksiat ini kerana terkeliru dengan pemikirannya yang merasakan bahawa nikmat yang melimpah ruah itu tadi sebagai tanda Allah SWT bersama dan meredhai perbuatannya. Mereka dilalaikan oleh syaitan dengan nikmat itu tadi sehingga tidak terfikir bahawa nikmat yang banyak inilah yang bakal memusnahkan hidup mereka.
Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT menghendaki untuk membinasakan semut, maka Allah SWT terbangkan semut itu dengan dua sayapnya” Sebagai contoh perbandingan daripada hadis ini ialah bangaimana Allah SWT memusnahkan anai-anai. Anai-anai, jika tidak bersayap akan duduk diam di dalam busut, atau merayap di dalam kayu, atau di bawah batu dan di celah-celah timbunan daun kering. Bila Allah SWT berikan sayap anai-anai berubah menjadi kelkatu. Timbul sifat sombongnya bila mendapt sayap (nikmat) lalu cuba melawan api atau cahaya. Maka anai-anai tadi akan binasa dan mati. Begitu juga dengan manusia, bila dapat nikmat (kekayaan, kemewahan, pangkat, kedudukan, kuasa dan sebagainya) akan cuba melawan Allah SWT dengan cara tidak beriman dan tidak bersyukur kepadaNya. Maka manusia itu tadi dibinasakan oleh Allah SWT dengan pebagai cara dan mati.
Sebagai buktinya ialah Firaun. Tidak ada orang yang memiliki kuasa dan kedudukan yang hebat dan luar biasa melainkan Firaun. Nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya tidak terkira. Kuasanya tiada tandingan, semua orang tuduk dan patuh kepada kehendaknya, kekayaannya melimpah ruah, tidak pernah sakit, bersin pun tak pernah kerana Allah SWT berikan nikmat sihat yang luar biasa kepadanya. Allah SWT berikan semua ini kerana Allah SWT telah menistidrajkan Firaun. Firaun menjadi angkuh, sombong, bongkak dan takbur sehingga peringkat mengaku dirinya tuhan. Dalam hidupnya dia tidak pernah bersyukur. Dia melawan Allah SWT tanpa henti. Akhirnya dengan nikmat itulah Allah SWT binasakannya.
Firaun sudah binasa. Hanya tinggal sebagai bahan sejarah untuk renungan umat yang terkemudian iaitu kita di hari ini. Walaupun Firaun sudah tiada, orang yang memiliki sifat dan perangai sepertinya masih ramai di bumi Allah ini. Orang seperti ini juga pasti binasa kerana telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja. Contoh klasik daripada kejadian kemusnahan yang menimpa Firaun ini patut dijadikan sebagai iktibar dan teladan oleh mereka yang memiliki sifat dan perangai sepertinya.
Namrud yang kuat menyembah patung dan sangat berkuasa cuba untuk membakar Nabi Ibrahim AS. Oleh kerana terlalu berkuasanya Namrud menjadikan dia begitu marah dengan sesiapa sahaja yang menentang kekuasaannya. Kekuasan yang tiada tolok banding yang Allah SWT berikan kepada Namrud juga satu bentuk istidraj. Dia begitu sombong dan melawan Allah SWT yang telah menciptakannya. Akhirnya Allah SWT binasakan dengan menghantar tenteranya dalam bentuk nyamuk sahaja. Namrud dan pengikutnya dibinasakan. Salah seekor nyamuk memasuki lubang hidungnya dan Namrud pun binasa. Amat mudah bagi Allah SWT memusnahkan sesiapa yang dikehendakiNya.
Tidak ada manusia di muka bumi Allah SWT ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dipikul oleh 40 ekor unta. Bayangkanlah!. Itu baru anak kunci gudang hartanya. Hartanya bagaimana?. Hanya Allah SWT yang tahu betapa kayanya manusian bernama Qarun ini. Ini pun istidraj juga namanya. Qarun sangat kaya tetapi sangat kuat melawan Allah SWT. Dia tidak pernah sujud dan bersyukur kepada Allah SWT. Akhirnya Allah SWT binasakannya dengan ditengelamkan bersama-sama hartanya.
Jika kita fikir secara halus dan terperinci, maka terjawablah segala keraguan yang menggangu fikiran kita. Mengapa orang kafir sangat berkuasa dan kaya, orang yang berbuat dosa dan maksiat sangat berkuasa dan kaya, Amerika dan Israel sangat hebat, berkuasa dan kaya. Jawapannya mereka telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Segala bentuk nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka tidak dengan keredhaanNya dan bertujuan untuk menghancurkannya. Hanya masa dan ketika sahaja untuk melihat mereka ditimpa kemusnahan seperti umat yang terdahulu. Yakin dan percayalah bahawa Allah SWT itu lebih mengetahui segala sebab musabab sesuatu itu dijadikanNya.
Sebagai kesimpulannya, apabila kita benar-benar memahami maksud istidraj sudah pasti tidak berlaku salah persepksi terhadap istilah istidraj ini. Tidak semestinya orang yang berpangkat, berkuasa, memiliki kekayaan, kemewahan, sihat dan tidak pernah sakit kita katakkan orang ini telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Dengan pelbagai nikmat yang mereka perolehi kemudian mengabdikan diri kepada Allah dengan cara bersyukur dan melakukan suruhan serta meninggalkan laranganNya maka orang ini tidaklah diistidrajkan. Inilah sebaik-baik cara apabila kita memperolehi apa sahaja nikmat daripada Allah SWT. Sepatutnya semakin banyak nikmat yang diperolehi semakin rapat dan dekat jiwa kita terhadap Allah SWT. Semakin banyak nikmat yang diperolehi sepatutnya semakin kuat bersyukur dan mencari keredhaanNya serta mengabdikan diri kepadaNya. Orang yang mendapat nikmat dan berbuat seperti ini pasti akan selamat di dunia dan di akhirat.
Untuk Peringatan.
note : kekadang kita melihat rakan kita ataupun lebih dekat diri kita sendiri , secara analoginya disini :
Namanya Z , dia ini akan menghadapi peperiksaan  yang sangat penting dalam kehidupan nya. Dia ini sangat cerdik dan merupakan harapan sekolah malah harapan negeri nya. Mindanya yang sangat cerdk mudah dipelajari bila di ajar oleh seorang guru , jadi dia tidak lah perlu untuk bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran seperti rakan-rakan yang lain , cukuplah seminggu untuk hadapi peperiksaan baru dia mng" revise" kan semula. Sangat pandai dan cerdik. dahsyt kan budak ini ?tetapi adakah dia sedar , Allah sedang mengujinya dengan kenikmatan ? Mungkin Ya atau Tidak . Jika Ya dia mengetahui bhawsya Allah sedang mengujinya , maka dia akan sentiasa mengingati Allah. Semuanya kelebihan yang dia miliki itu adalah milik Allah .
Jika TIDAK , apakah nasib budak Z akan ditimpa , 
sama-samalah rngkan kisah ini , rasa tak perlu untuk di panjang kan lebar, tepuk dada tnya IMAN ,
sudah pun diterang dgn berjela-jela di artikel atas
[moga kita dalam linngkungan orang yang selalu bersyukur dan bersabar|
ibtisam92
^^

love and changed

Bissmillahirrahmanirrahim


It was related that Abu Huraira said that The Messenger of God said : " By Him Whose hand is my life, none of you will have attained faith until he loves me more than his father and his children ".
(sahih Bukhari)
book of Faith~

note  : Which one is more priority , Love to our Rasul / our father or children ?
answer bianfusikum bil Iman 
:)
you will know better which one is good for you to love
dun say saje YOU LOVE RASULULLAH but didn't follow  HIS sunnah.
change our attitude
say it , do it

...........................

CHANGE
CHANGE. i've changed. we've changed. they've changed.

for the better or for worse?

Alhamdulillah, if my observation is correct,

they've turn to You for support, ya Rahman.



me? i'm still struggling to find You.

though You've showed me Your grace and love,

time and again, but

i'm still fighting my own demon to destroy 
'taghut's in my heart.
i'm still struggling with myself.



i almost lose hope in this path,

forgive me ya Latif.

but You never failed to pull me back on track

You showed me that hope's not lost.
You showed me that yes, i can be a dai'e too.
through my own way, my own style, my own pace.



i'm humbled by Your kindness, O Lord.

now, i'm more motivated to fight my 'nafs'.

to really savour You command, 

" O ye who believe! Enter into submission
one and all and do not follow the footsteps of Shaitan; 
surely he is your open enemy." Al-Baqarah(2:208)



Please, Allah, My Lord, My Saviour,

guide me through the right path 

for i no longer wish to go astray from You,

grant me hope that one day,
i'll able to witness Islam as
Ustaziatul 'Alam~



Amin ya Rabbul 'Alamin...





* copy from macambarutau.blogspot*


ibtisam92
^^

cried :(

Bissmillahirrahmanirrahim



is it a rumours or not ?

for those who got band two and three ,

compulsary for us to repeat again MUET examination ?

huu ,

I don't know to express my feeling right now !

as last day I went to Cancelori  with my beloved friends, and took our result there ,

What made me surprise is ,

I looked through the marks there ,

WRITING (...) * worse marks , i've anticipate it*
READING (...) 
LISTENING (...) *unsatisfied*
SPEAKING (...)

totally = ALHAMDULILLAH

Without unconscious ,

 tears dropped on my cheeks ,

and I couldn't to control myself ,

tears was overflowing ,

I don't know ,

I couldn't to speak out with my friends ,

run away from them,

I want to stay alone ,

without any disturbance from them ,

without enquiry ,

let me alone ,


In fact , after i took my slip examination ,

I should went to 1st level to pay fees for second semester , 

but I shouldn't ,

I  went back to DKS ,

i was crying and can't to stop ,

Oh , Why I felt so depress ,  and flesh ,

I took my QURAN ,

and read through quran verses ,

 my tears  more heavily dropped ,

Ya Allah , !

please  strong my spirit  to accept this :)

then one of my friends came to me , and concern about me ,

i hugged her tightly ,

and just said " I have no spirit , I'm very sad, I don't know why this feeling came across in my essence" :(

let tears to drop more and more ,



 go to musolla ,

seriously ,

I can't to manage my 'AWATIF ,

After I performed my solat ,

my soul more tranquil ,

I know it is faith from Ilahi ,

and my roomate  calm me down,

and said " Allah always beside you , don't too depress , Allah know what a better for you ,what you needed ,We just decide and effort  the best for our life , but the answer is Him. Sometimes He evaluates us with a challenges , be patient , and do'a to Him so that you will be strong to encounter all this , inshAllah  :)Allah loves you .upgrade your iman with Him .reduce the sins. I always endorse you :) hopefully you will achieve what you want :) aminn "

" jazakillah ya sahabati , uhibbuki fillah "


Thanks for those supporting me that time,

really need your assist and sustain with "gold words"



sekali ku nangis , susah untuk diberhentikan ,
menangis di pagi hari ,
menitis juga di malam hari
mengingatkan dosa yang bertimbun-timbun denganNya,
aku tahu terhijabnya doaku dgnNya kerna mksiat,
mka sukarlah bgiNya untuk memakbulkan doaku 
^^




note : dalil mengenai terhijabnya doa kerna maksiat  , 
anda boleh rujuk hadis ke-10 dan syarahannya dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi
click HADIS 40 IMAM NAWAWI
(hnya mksud hadis dan pembacaanya)
sebarkan kepada rakan-rakan yang lain :]
" sharing IS loving"





ibtisam92
^^

Jangan Marah !

Bissmillahirrahmanirrahim

Alhmdulillah , selagi nafas ini menghembus setiap detik , ku bersyukur ke hadrat Ilahi kerna Dia telh mengurniakan nikmat yang sangat besar buatku ,Syukur atas segala nikmat mu ya Rabb :]Post kali ini , aku akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai tajuk" JANGAN MARAH"

Tajuk ini ada dalam kitab hadis 4o Imam Nawawi, pada hadis yang ke 16.
Abu Hurairah melaporkan pada suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata " Berilah saya nasihat", Nabi Muhammad menjawab "Jangan marah:. Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali , Nabi Muhammad tetap menjawab,"Jangan marah".[riwayat Bukhari]
Untuk menghilangkan perasaan marah :


1) Hindarkan diri kita dari megikut seruan nafsu dan hati, jangan kita lakukannya


2) Sentiasa mengucapkan " A'uzubillahiminasyaitonirajim"


3) Jika kita dalam keadaan marah  tika kita berdiri ,segeralah kita duduk ,jika tak pulih juga , segeralah baring . Jika hati masih membara , segra berwudhuk


4) Lebih baik diam sekiranya kita sedang membuak kemarahan . Diam itu lebih baik dari berkata bukan-bukan , hindari dari perkataan yang tak elok. Takut apa yang kita luahkan itu menjadi doa.


5) Kepada yang kena di marahi, diamkan diri , tak perlu untuk memberi respons. bersabarlah. tunggu masa untuk si dia " cool" supaya dapat membicarakan dan berbincang dengan baik.




Kata-kata seorang ulama , Jaafar bin Muhammad :" kemarahan itu membuka setiap kejahatan"
Umar bin Abdul Aziz :" Sesungguhnya berjayalah seseorang yang menjaga hawa , marah dan ketamakan"


Secara konklusinya , orang mukmin yang kuat adalah dia menjaga kemarahan. Kuat disini bukan beerti tubuh badannya , yakni dari fizikalnya , tapi secara batinnya dia kuat dan mampu untuk menghindari kemarahan dalam lubuk hatinya . Jadi jika kita ingin menjadi mukmin yang kuat , kita perlu mengelakkan diri dari sifat kemarahan. Marah pada tempatnya , tak perlu sekecil-kecil perkara kita dah mengamuk dan panas baran . Bersabarlah . Orang yang bersabar itu akan mendapat ganjaran dari Ilahi di syurga kelak . " Innallahama'asobirin".
note : untuk diri dan semua :)
ibtisam92
^^

MUET !

Bissmillahirrahmnirrahim


Alhamdulillah,
even tak highest tapi cukup2 makan ,
ia sudah memadai untuk aku , 
cukuplah setakat itu , 
kerna aku bukan nakkan LAW
*even aku minat law tpi tetap takmau*
aku mahu FIQH FATWA,


takmau :)


ini yang aku hajatkan,
inshAllah
:D



thnx Allah :)
harap Allah permudahkan urusan aku 
moga Allah tempat aku di sana :]




ibtisam92
^^

Ketawa , syurga dan neraka

Bissmillahirrahmanirahim

Ketawa memang menyeronokkan. Sebagai umat Islam , bolehkah kita ketawa ? tentu saja boleh tetapi perlu ada batas-batasnya.Bagaimana pula cara yang betul untuk bergurau dan ketawa? Mari kita susuri sirah Rasulullah saw.

Suatu hari , seorang lelaki telah dtg kepd Rasulullah saw , meminta tunggngn dripada baginda kerana hendk pulg ke negerinya. Apabila Nabi mdgr permintaan itu , bginda secara bergurau  berkata "Sesungguhnya aku akan menungangkanmu di atas anak unta".

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi susah hati kerana memikirkan bgaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh di tunggang utk perjalanan yg jauh. Lalu lelaki itu berkata ,"Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta ? kalau di berikan kepda aku tentulah menjadi beban dan hanya menmbhkan kesusahan saja , sbb ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang".

Rasulullah saw tersenyum ," Adakah yang mlhirkan unta itu selain dripda unta betina? Maka itulah akau mahu berikan kepdamu seekor unta besar yang aslnya di lahirkan oleh ibunya".

Nabi juga pernah bergurau dengan seorang wanita tua bahwa di tidak akan dapat masuk ke syurga kerana syurga hnyalah untuk wanita-wanita muda saja. Mendgrkan kata-kata bginda itu , wanita tua itu terus menangis.

Melihat wanita itu bersedih baginda segera tersenyum , Wahai ibu, bukankah wanita penghuni syurga itu hanyalah muda-muda shja. Ibu juga boleh msuk syurga tetapi syurga nanti ibu akan menjdi muda jelita".

Mendengar kata-kata bginda , wanita tua itu segera ketawa. Begitu juga dengan Rasulullah. Tetapi Rasulullah ketawa bukan seperti kita ketwa hingga terbahak-bahak. Sebaliknya bginda ketwa  dengan sekadar tersenyum dan mnmpakn sebaris gigi hadapan shja , ketwa tanpa suara yang kuat,

Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya aku bersenda gurau tetapi aku tidak mgatakn selain yang benar" .

Kata Imam Ghazali :
" Adpun berlebihan pada gurau maka akan mempusakai bnyak tertawa. Dan bnyk tertwa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada stgh keadaan. Dan mejatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan.

Kata Imam Ghazali juga terdapat dalan syarah Hadis Imam Nawawi pada hadis yang ke-15 :)

Tetapi berwaspadalah . Ingtlah kita pada pesanan Ibnu Abbas r.a yg berkata  : " Siapa yang tertwa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan msuk neraka".
Wanauzubillah

Post yang ana tulis ini , disudahi dengan kata-kata Ibrahim Annakha'i " Adakalanya seorang melepaskan satu kalimat untuk mentertawakn orang di sekitarnya, Allah murka kepdanya lalu murka Allah itu akan tersebar kepda orang-orang seketarnya. Dan ada kalanya seorang berjata kalimat yang diredhai Allah, maka ia mendapat rhmat dan rhmat Allah itu tersebar kepda orang-orang yang di sekitrnya".



*ringksan dri artikel dalam majalah Al-Islam*

sama-sama kita mengambil pengajaran dari post ini
inshAllah

ibtisam92
^^