Pin It

Widgets

cinta

Bissmillahirrahmanirrahim


Artikel ini sudah ku dipostkan di blog yang lama , tapi ingin juga untuk ku postkan sekali lagi dalm blog aku yang baharu ini :)

 
sesungguhnya ALLAH, Sang Maha Cinta telah mencukupkan kamu dengan tiga jenis cinta.

cinta dari-Nya sendiri. Dia mengurniakan kamu rahmat dan nikmat, kamu lahir sebagai seorang Islam. kamu sudah punya jaminan bahawa kamu akan selamat. kamu akan menerima kasih sayangnya berbanding manusia lain yang masih belum memeluk Islam. apa kamu fikir sangat senang untuk orang lain menemui Islam?

cinta dari keluarga. kamu punya keluarga yang sangat kasih dan cinta kepada kamu. bapa kamu sanggup bekerja hingga ke malam, namun tak terzahir pada kamu susah yang dia hadapi. ibu kamu menguruskan kamu, walhal dia sebenarnya juga letih dan minta barang waktu untuk berehat, namun kerana memikirkan kamu, dia juga bekerja untuk menyara kamu dan membantu bapa.

cinta dari kawan. kawan-kawan kamu sentiasa ada waktu kamu berjauhan dari keluarga. mereka meminjamkan telinga untuk mendengar masalah kamu.

ketiga-tiga jenis cinta ini, tidak ada keraguan. bak kata seorang kawan, andai saja kita bertelagah dengan teman, adakah kita mengatakan...

itu ex friend aku.

tak ada kan?

ketiga-tiga ini, mengasihi kita. kita boleh tahu tulus hati mereka. kerana, tidak ada yang hipokrit, meskipun waktu sudah beranjak, zaman sudah berubah.

maka setelah adanya tiga jenis cinta ini, apakah kamu semua tidak malu mencari cinta yang satu lagi? cinta yang tidak halal pula. kerana kamu bercinta sebelum waktunya. kamu mengangankan sebuah rumah tangga yang dipenuhi barakah, tapi stelah apa yang kamu perbuat sebelum menikah, apakah masih ada barakah dalam rumah tangga itu?

kamu insan yang tidak tahu bersyukur. dengan ada tiga cinta tersebut sepatutnya sudah saja cukup untuk meneguhkan hati kamu. memberi kamu semangat dan kata-kata perangsang. memotivasikan kamu. menyenangkan tika kamu gundah. menenteramkan bila kamu kacau.

tak sedarkah kamu tinta hitam bertompok menyelimuti hati kamu saat kamu bermesej dengan lawan jenis kamu? apakah kamu berasa keinginan yang melonjak, yang membikin kamu tersenyum sendiri? kemudian kamu sedikit kurang senang tatkala solat.

kemudian kamu bertemu dengan makhluk yang dikatakan cinta hati kamu. dalam gelap? tiada mahram? dengan rapat?

nauzubiLLAH. andai saja malaikatul maut datang menyergahmu, hai fulan bin fulan, fulanah binti fulan, ini aku datang untuk mengambil nyawamu, maka adakah kalian mahu mengatakan, tunggu, biar aku bertaubat...

padahal waktu itu mata kamu dengan dia seperti digam. asyik melihat dia. maklumlah, dia sumber inspirasi kamu. itu saja yang kamu mampu, kerana kamu tidak boleh berpegangan tangan, dia masih bukan halal untuk kamu.

apakah ada keizinan yang jelas untuk kamu bertatapan mata dengan bukan mahram kamu? tidak adakah sesuatu yang bergelora saat itu?

cuba kamu baca surah An-Nur. baik lelaki mahupun perempuan, dua-duanya disuruh menundukkan pandangan, biarpun keduanya dalam berpakaian menutup aurat lengkap. hanya dibolehkan sekiranya ada keperluan, ataupun pandangan tersebut tidak diiringi nafsu jelek.

adakah kamu kurang kasih sayang sehingga terpaksa mencari kasih sayang yang tidak halal untuk sesuatu yang halal?

matlamat tidak menghalalkan cara. hajat untuk berkahwin tidak menghalalkan couple.

 


one more picture ,






semoga kita sentisa hidup di bwah rahmatNya yang Esa :) ameenn ya Rabb


ibtisam92
^^

No comments: