Pin It

Widgets

bawalah bertenang ^^

Bissmilahirrahmanirrahim




sekadar renungan :D
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,"

Ar-Ra'd:28

sewaktu kita berasa kacau dan diamuk resah, lantaran hidup yang serba tidak kena dan menuntut masa yang lebih dari kita, maka ingatlah tidak ada siapa pun yang boleh menenteramkan hati kita sehebat ALLAH.

telah berkata bijak pandai zaman dahulu,

"Yang menyenangkan hati itu adalah dengan melihat wajah orang yang dicintai," (Al-Aidh Qarni, La Tahzan)

ya, memang melihat wajah orang yang dicintai itu sangat menyenangkan, bagaimana pula kalau yang dicintai itu adalah daripada golongan yang bukan mahram? walaupun kita berasa senang tetapi lambat laun kita pasti akan merasakan tidak cukup atau kekosongan dalam hidup. melihat orang yang dicintai daripada golongan bukan mahram cuma bertahan untuk seketika. kemudiannya kita terus gelisah apabila muncul dugaan atau beban-beban yang baru. hendak mengadu kepada kawan, berselisih pula. atau pun kawan-kawan kurang memahami, jadi hendak mengadu kepada si dia lah.

kita tak boleh menuntut orang yang dicintai itu memberikan komitmen yang penuh terhadap kita, asyik memaksanya memberi perhatian terhadap kita, menghantar SMS manja yang merengek-rengek minta nasihat dan kata-kata semangat untuk kita menghadapi masalah. boleh jadi dia sibuk dan punya masalah sendiri. maka apabila sampai pula mesej dari kita, dia akan geram dan barangkali menyampah. kerana boleh jadi dia kurang suka dengan rengekan setiap hari yang mengadukan masalah kita sahaja, tanpa memikirkan masalah yang dia hadapi.

"Ish, pompuan ni! Asik-asik dia aje yang ngadu problem kat aku, ape, dia ingat aku takde problem langsung? Eh, aku punya lagi banyakla dari dia. Rimas ar aku,"

"Habiskan kedit aku ajela nak kene mesej dengan laki ni,"

"Ayang penat la, minggu depan kite sembang lain kay...sori, sori, tapi tolongla faham Ayang, Ayang pun sibuk jugak,"

terkadang kredit tidak cukup membataskan kita dengan dia untuk berSMS melalui handphone. dan itu sangat menyeksa bagi orang yang mempunyai masalah kemudian dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa, melainkan orang 'yang menyayanginya' yang dikira romantik, penyayang, prihatin, mengambil berat...

malah kita dengan dia selalu berjauhan. jadi bagaimana hendak berjumpa?

boleh jadi kita mahu berjumpa dengan dia tetapi waktu dan keadaan membataskan. jadi bagaimana hendak menenteramkan hati? manusia itu kalau diharapkan sebagai penguat semangat dan pemberi nasihat, ingatlah, mereka tidak selalunya ada di hadapan kita.kerap mendengar lagu-lagu juga yang lebih menjurus kepada keduniaan dengan tujuan untuk menghilangkan resah juga tidak ada mampu menghilangkan resah.


apabila hati selalu mengingati makhluk-Nya yang masih belum halal untuk kita, sedikit demi sedikit hati itu akan menggelap. noda-noda hitam akan bertepekan di dalamnya. sebab itu apabila para sahabat, mereka solat dengan khusyuk dan seterusnya memperoleh kekuatan baru selepas bersolat, kita tidak akan dapat merasakan apa-apa. sekadar hambar dan tawar yang menyelubungi hati.


mahu menenteramkan hati dan mengadukan masalah?

solat, doa, istighfar, zikir, membaca ayat-ayat-Nya

ALLAH sentiasa dekat dan tidak menjauh dari kita. cuma kita sahaja yang menjarakkan diri kita daripada-NYA. nak mengadu? free of charge! CELCOM, MAXIS, DIGI, UMOBILE, TMNET tak akan sibuk memberikan notis atau menghantar mesej mengingatkan bil yang tertunggak.

"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)KU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran,"
Al-Baqarah:186

dia mungkin tidak berdaya membantu menyelesaikan masalah kita, kerana dia tidak pernah mengalami kesusahan tersebut, atau dia tidak berani memberikan apa-apa tips kerana masalah tersebut di luar bidang kuasanya, contohnya apabila berdepan dengan masalah keluarga kita (memandangkan tidak lama kemudian kedua-dua keluarga akan berbesan, jadi apa salahnya menegur kan?), adakah dia akan bertindak menjadi hero atau heroin untuk memperbetulkan segala masalah dalam keluarga kita?

"Silap haribulan melayang parang dekat kepale aku. Macam aku tak tawu, bapak die garang nak mampus!" bermonolog di dalam hati.

kemudian dia berkata kepada kita, "I tak beranilah. Ni hal family you, you dah besar you kene fikir sendirila. You dah matured, kan? I believe that you can lah. Chaiyok you!"

lihat? dia tidak akan mampu...

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk,"
Al-Baqarah:45

jom kita atasi masalah dengan cara yang lebih berkat, menggunakan talian bebas tol, 24 jam, nak mengadu pun tak payah nak cover-cover bila orang lain ternampak kita menangis (bila buat seorang diri la), tak usah menekan-nekan punat handphone,tak payah habiskan syiling untuk digunakan di public phone, tak payah buat appointment, tak payah susah-susah naik bas atau drive, cuma beribadah, berdoa dan bertawakal kepadaNYA. kan senang?

:)


sekian
^^
ibtisam92

No comments: