Pin It

Widgets

pokok semalu :)

Bissmilahirrahmanirrahimn



"Pantang di sentuh pasti menunuduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan"
Jom kita sejenak ke padang bola. Susah nak nampak pohon semlau kat situ kan ?Itu berdasarkan pemerhatian ana. Pohon semalu kan pemalu ia takkan hidup lama di yempat namyak lelaki. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang-jarang dipijak orang untuk tumbuh subur. Takkan menyusahkan orang, InshAllah.

Persoalannya disini , kenapa pokok semalu sering di buang orang?
Apa nak hairan jika sesutau itu kelihatan terbuang ? Lihat Rasulullah saw kerana Islam , Baginda terbuang dan dimusuhi. Namun , andai ada seorang manusia yang membuang Baginda, berpuluh-puluh orang lain menyayanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah , tak pernah terbuang pada pandanganNya tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Pangan Allah paling utama bukan pandangan manusia.

Iktibarnya , biarlah semua manusia  membuang kita asalkan kita tetap berjaya memenangi pandangan Allah Azza Wajalla. Kita hidup pada akhir zaman , Islam kembali dagang seperti zaman Rasulullah saw mula-mula nak bawa Islam. Oleh itu, tak hairanlah jika kebenaran sering nampak terbuang dan terasing. Islam dagang buat kali kedua. Rasulullah dah pernah lalui buat kali pertama.

Pohon semalu memang pemalu ! , Sifat malu , lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?
Daripada Sa'id Al-Khudri katanya : "Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda"
(Riwayat Ibn Hibban)



Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan.
Sabda Rasulullah saw:
"Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi"(Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis lain , Baginda bersabda :
"Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan maka untuk Islam ialah sifat malu"

Anda semua perlu fahami , maksud ana disini mengenai malu , ialah kita tak perlu malu dalam menunutul ilmu Allah, Malu yang ana maksudkan ialah malu bertempat. Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata. malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya.

Bagi si pohon semalu , bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang amhu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seseorang mujahidah.

Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah wawasan seorang mujahidah dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh , daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindakbalas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah , dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membwa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya.





Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yang sebenar. Kerja ini sepatutnya terpikul pada semua orang yang mengaku beriman. Moga Allah sudi memilih kita semua untuk memikul tugas berat ini . Dan akhirinya ana dengan serangkap hadis Rasulullah saw yang cukup indh ,"Malu itu baik semuanya" (Riwayat Bukhari)

mimosa pudica



sekian

ibtisam92
^^


No comments: