Pin It

Widgets

Anda perlu tahu !

Bissmillahirahmanirrahim


Bahaya amalan Bidaah

 Para ulama telah menjelaskan di dalam kitab-kitab mereka tentang maksud dari amaln bidaah . Di antaranya , di sebutkan bahawa bidaah adalah panduan yang diada-adakan dalanm beragama yang menandingi syariat dan dimaksudkan dengan mengikuti panduan tersebut untuk beribadah kepada Allah swt . Dan bidaah itu bermacam-macam jenisnya . Ada yang berupa amlan ibadah baru yang sama sekali tidak pernah di contohkan oleh Rasulullah dari khulafa' Arrasyiddin. Seperti mengadakan perayaan dan peringatan hari kelahiran atau hari kematian seseorang . Ataupun dengan mengubah tata cara ibadah yang telah disyariatkan . Seperti berzikir secara berjemaah dengana dipimpin oleh seorang imam setelah selesai dari sembahyang berjemaah.

Seluruh jenis bidaah dengna pelbagai macammnya adalah sesat , sabagaimana tersebut dalam sabda Rasulullah : 
" Dan setiap bidaah adalah sesat" (Riwayat Ahmad dan yang lainnya)

Begitu juga dikatakn oleh Abdullah ibnu Umar : "Setiap bidaah adalah sesat meskipun orang-orang menggangap baik"
Maka tidak benar kalau dikatakan ada bidaah yang baik atau hasanah. Akan tetapi yang ada adalah sunnah yang hasanah , bukan bidaah hasanah . Iaitu melakukan amal ibadah yang disyariatkan dan kemudian dicontoh  dengan diikuti oleh orang lainnya . Adapun untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dgn amalan ibadaha yang dibuat sendiri atau dibuat oleh gurunya , hal tersebut adalah amalan bidaah dan tidak baik sama sekali . Kerana seluruh amalan bidaah adalah terkeluar dari perbuatan Rasulullah saw. Meskipun kadar kesesatannya dan keburukannya berbeza-beza.

Akhir sekali marilah kita senantiasa mengikut wasiat Nabi saw untuk berpegang teguh di atas jalannya. Begitu pula wasiat baginda untuk berhati-hati terhadap kerosakan yang sangat berbahaya , iaitu bidaah serta orang-orang yang mengajaknya. Kerana hal itu akan menjauhkan diri kita dari ajaran agama Islam yang mulia.

Untuk pengetahuan anda :
Bidaah adalah bentuk penyelisihan paling besar dari jalan Rasulullah setelah [erbuatan syirik. Hal ini kerana perbuatan bidaah akan memecahbelahkan kaum Muslimin serta mengheret pengamalnya pada kerosakan agama dan hatinya . Perbuatan bidaah akan menjadikan hati pelakunya menjadi benci kepada Assunah .Kerana hati tidak akan boleh menerima sunnah Nabi sekiranya sudah ditempati bidaah.

Syaiatn akan menghiasi amalan bidaah sehingga akan menjadi sanagt mudah bagai orang tertipu untuk mengamalkannya meskipun harus mengeluarkan banyak pengamalnya dan menghabiskan sebahagian masanya . Dan bidaah akan mengheret pegamalnya menjadi orang yang sombong untuk akan membanggakan dirinya dan menganggap cara serta amalannya adalah yang paling baik .

sekian
 ^^

ibtisam92

No comments: