Al-Quran:) d0wnload

Bismmilahirrahmanirrahim


anda semua yang ingin mendownloadkan ayat-ayat suci Al-Quran, boleh lah anda click pada link di atas , ia mengandungi 8 pembacaan oleh ulama-ulama terkenal
antaranya :
1) Ahmad El-Agamy
2) Mohammed Ayooub
3) Abdul Baseet Abdul Samad
4)Saad Al-Ghamdi
5) Mohammad Jibreel
6)Muhamoud Al-Husary
7)Mishary Rasheed
8)Abu Bakr As-Shatery

"selamat mendownload"

semoga Allah merahmati kita semua
letakkan hati kita dengan ayat-ayat suci Al-quran
semoga kita hidup kita diterangi oleh nur , Al-Quran
inshAllah

ibtisam92
^^

pokok semalu :)

Bissmilahirrahmanirrahimn



"Pantang di sentuh pasti menunuduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan"
Jom kita sejenak ke padang bola. Susah nak nampak pohon semlau kat situ kan ?Itu berdasarkan pemerhatian ana. Pohon semalu kan pemalu ia takkan hidup lama di yempat namyak lelaki. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang-jarang dipijak orang untuk tumbuh subur. Takkan menyusahkan orang, InshAllah.

Persoalannya disini , kenapa pokok semalu sering di buang orang?
Apa nak hairan jika sesutau itu kelihatan terbuang ? Lihat Rasulullah saw kerana Islam , Baginda terbuang dan dimusuhi. Namun , andai ada seorang manusia yang membuang Baginda, berpuluh-puluh orang lain menyayanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah , tak pernah terbuang pada pandanganNya tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Pangan Allah paling utama bukan pandangan manusia.

Iktibarnya , biarlah semua manusia  membuang kita asalkan kita tetap berjaya memenangi pandangan Allah Azza Wajalla. Kita hidup pada akhir zaman , Islam kembali dagang seperti zaman Rasulullah saw mula-mula nak bawa Islam. Oleh itu, tak hairanlah jika kebenaran sering nampak terbuang dan terasing. Islam dagang buat kali kedua. Rasulullah dah pernah lalui buat kali pertama.

Pohon semalu memang pemalu ! , Sifat malu , lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?
Daripada Sa'id Al-Khudri katanya : "Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda"
(Riwayat Ibn Hibban)



Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan.
Sabda Rasulullah saw:
"Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi"(Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis lain , Baginda bersabda :
"Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan maka untuk Islam ialah sifat malu"

Anda semua perlu fahami , maksud ana disini mengenai malu , ialah kita tak perlu malu dalam menunutul ilmu Allah, Malu yang ana maksudkan ialah malu bertempat. Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata. malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya.

Bagi si pohon semalu , bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang amhu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seseorang mujahidah.

Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah wawasan seorang mujahidah dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh , daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindakbalas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah , dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membwa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya.





Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yang sebenar. Kerja ini sepatutnya terpikul pada semua orang yang mengaku beriman. Moga Allah sudi memilih kita semua untuk memikul tugas berat ini . Dan akhirinya ana dengan serangkap hadis Rasulullah saw yang cukup indh ,"Malu itu baik semuanya" (Riwayat Bukhari)

mimosa pudica



sekian

ibtisam92
^^


bawalah bertenang ^^

Bissmilahirrahmanirrahim




sekadar renungan :D
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,"

Ar-Ra'd:28

sewaktu kita berasa kacau dan diamuk resah, lantaran hidup yang serba tidak kena dan menuntut masa yang lebih dari kita, maka ingatlah tidak ada siapa pun yang boleh menenteramkan hati kita sehebat ALLAH.

telah berkata bijak pandai zaman dahulu,

"Yang menyenangkan hati itu adalah dengan melihat wajah orang yang dicintai," (Al-Aidh Qarni, La Tahzan)

ya, memang melihat wajah orang yang dicintai itu sangat menyenangkan, bagaimana pula kalau yang dicintai itu adalah daripada golongan yang bukan mahram? walaupun kita berasa senang tetapi lambat laun kita pasti akan merasakan tidak cukup atau kekosongan dalam hidup. melihat orang yang dicintai daripada golongan bukan mahram cuma bertahan untuk seketika. kemudiannya kita terus gelisah apabila muncul dugaan atau beban-beban yang baru. hendak mengadu kepada kawan, berselisih pula. atau pun kawan-kawan kurang memahami, jadi hendak mengadu kepada si dia lah.

kita tak boleh menuntut orang yang dicintai itu memberikan komitmen yang penuh terhadap kita, asyik memaksanya memberi perhatian terhadap kita, menghantar SMS manja yang merengek-rengek minta nasihat dan kata-kata semangat untuk kita menghadapi masalah. boleh jadi dia sibuk dan punya masalah sendiri. maka apabila sampai pula mesej dari kita, dia akan geram dan barangkali menyampah. kerana boleh jadi dia kurang suka dengan rengekan setiap hari yang mengadukan masalah kita sahaja, tanpa memikirkan masalah yang dia hadapi.

"Ish, pompuan ni! Asik-asik dia aje yang ngadu problem kat aku, ape, dia ingat aku takde problem langsung? Eh, aku punya lagi banyakla dari dia. Rimas ar aku,"

"Habiskan kedit aku ajela nak kene mesej dengan laki ni,"

"Ayang penat la, minggu depan kite sembang lain kay...sori, sori, tapi tolongla faham Ayang, Ayang pun sibuk jugak,"

terkadang kredit tidak cukup membataskan kita dengan dia untuk berSMS melalui handphone. dan itu sangat menyeksa bagi orang yang mempunyai masalah kemudian dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa, melainkan orang 'yang menyayanginya' yang dikira romantik, penyayang, prihatin, mengambil berat...

malah kita dengan dia selalu berjauhan. jadi bagaimana hendak berjumpa?

boleh jadi kita mahu berjumpa dengan dia tetapi waktu dan keadaan membataskan. jadi bagaimana hendak menenteramkan hati? manusia itu kalau diharapkan sebagai penguat semangat dan pemberi nasihat, ingatlah, mereka tidak selalunya ada di hadapan kita.kerap mendengar lagu-lagu juga yang lebih menjurus kepada keduniaan dengan tujuan untuk menghilangkan resah juga tidak ada mampu menghilangkan resah.


apabila hati selalu mengingati makhluk-Nya yang masih belum halal untuk kita, sedikit demi sedikit hati itu akan menggelap. noda-noda hitam akan bertepekan di dalamnya. sebab itu apabila para sahabat, mereka solat dengan khusyuk dan seterusnya memperoleh kekuatan baru selepas bersolat, kita tidak akan dapat merasakan apa-apa. sekadar hambar dan tawar yang menyelubungi hati.


mahu menenteramkan hati dan mengadukan masalah?

solat, doa, istighfar, zikir, membaca ayat-ayat-Nya

ALLAH sentiasa dekat dan tidak menjauh dari kita. cuma kita sahaja yang menjarakkan diri kita daripada-NYA. nak mengadu? free of charge! CELCOM, MAXIS, DIGI, UMOBILE, TMNET tak akan sibuk memberikan notis atau menghantar mesej mengingatkan bil yang tertunggak.

"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)KU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran,"
Al-Baqarah:186

dia mungkin tidak berdaya membantu menyelesaikan masalah kita, kerana dia tidak pernah mengalami kesusahan tersebut, atau dia tidak berani memberikan apa-apa tips kerana masalah tersebut di luar bidang kuasanya, contohnya apabila berdepan dengan masalah keluarga kita (memandangkan tidak lama kemudian kedua-dua keluarga akan berbesan, jadi apa salahnya menegur kan?), adakah dia akan bertindak menjadi hero atau heroin untuk memperbetulkan segala masalah dalam keluarga kita?

"Silap haribulan melayang parang dekat kepale aku. Macam aku tak tawu, bapak die garang nak mampus!" bermonolog di dalam hati.

kemudian dia berkata kepada kita, "I tak beranilah. Ni hal family you, you dah besar you kene fikir sendirila. You dah matured, kan? I believe that you can lah. Chaiyok you!"

lihat? dia tidak akan mampu...

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk,"
Al-Baqarah:45

jom kita atasi masalah dengan cara yang lebih berkat, menggunakan talian bebas tol, 24 jam, nak mengadu pun tak payah nak cover-cover bila orang lain ternampak kita menangis (bila buat seorang diri la), tak usah menekan-nekan punat handphone,tak payah habiskan syiling untuk digunakan di public phone, tak payah buat appointment, tak payah susah-susah naik bas atau drive, cuma beribadah, berdoa dan bertawakal kepadaNYA. kan senang?

:)


sekian
^^
ibtisam92

cinta

Bissmillahirrahmanirrahim


Artikel ini sudah ku dipostkan di blog yang lama , tapi ingin juga untuk ku postkan sekali lagi dalm blog aku yang baharu ini :)

 
sesungguhnya ALLAH, Sang Maha Cinta telah mencukupkan kamu dengan tiga jenis cinta.

cinta dari-Nya sendiri. Dia mengurniakan kamu rahmat dan nikmat, kamu lahir sebagai seorang Islam. kamu sudah punya jaminan bahawa kamu akan selamat. kamu akan menerima kasih sayangnya berbanding manusia lain yang masih belum memeluk Islam. apa kamu fikir sangat senang untuk orang lain menemui Islam?

cinta dari keluarga. kamu punya keluarga yang sangat kasih dan cinta kepada kamu. bapa kamu sanggup bekerja hingga ke malam, namun tak terzahir pada kamu susah yang dia hadapi. ibu kamu menguruskan kamu, walhal dia sebenarnya juga letih dan minta barang waktu untuk berehat, namun kerana memikirkan kamu, dia juga bekerja untuk menyara kamu dan membantu bapa.

cinta dari kawan. kawan-kawan kamu sentiasa ada waktu kamu berjauhan dari keluarga. mereka meminjamkan telinga untuk mendengar masalah kamu.

ketiga-tiga jenis cinta ini, tidak ada keraguan. bak kata seorang kawan, andai saja kita bertelagah dengan teman, adakah kita mengatakan...

itu ex friend aku.

tak ada kan?

ketiga-tiga ini, mengasihi kita. kita boleh tahu tulus hati mereka. kerana, tidak ada yang hipokrit, meskipun waktu sudah beranjak, zaman sudah berubah.

maka setelah adanya tiga jenis cinta ini, apakah kamu semua tidak malu mencari cinta yang satu lagi? cinta yang tidak halal pula. kerana kamu bercinta sebelum waktunya. kamu mengangankan sebuah rumah tangga yang dipenuhi barakah, tapi stelah apa yang kamu perbuat sebelum menikah, apakah masih ada barakah dalam rumah tangga itu?

kamu insan yang tidak tahu bersyukur. dengan ada tiga cinta tersebut sepatutnya sudah saja cukup untuk meneguhkan hati kamu. memberi kamu semangat dan kata-kata perangsang. memotivasikan kamu. menyenangkan tika kamu gundah. menenteramkan bila kamu kacau.

tak sedarkah kamu tinta hitam bertompok menyelimuti hati kamu saat kamu bermesej dengan lawan jenis kamu? apakah kamu berasa keinginan yang melonjak, yang membikin kamu tersenyum sendiri? kemudian kamu sedikit kurang senang tatkala solat.

kemudian kamu bertemu dengan makhluk yang dikatakan cinta hati kamu. dalam gelap? tiada mahram? dengan rapat?

nauzubiLLAH. andai saja malaikatul maut datang menyergahmu, hai fulan bin fulan, fulanah binti fulan, ini aku datang untuk mengambil nyawamu, maka adakah kalian mahu mengatakan, tunggu, biar aku bertaubat...

padahal waktu itu mata kamu dengan dia seperti digam. asyik melihat dia. maklumlah, dia sumber inspirasi kamu. itu saja yang kamu mampu, kerana kamu tidak boleh berpegangan tangan, dia masih bukan halal untuk kamu.

apakah ada keizinan yang jelas untuk kamu bertatapan mata dengan bukan mahram kamu? tidak adakah sesuatu yang bergelora saat itu?

cuba kamu baca surah An-Nur. baik lelaki mahupun perempuan, dua-duanya disuruh menundukkan pandangan, biarpun keduanya dalam berpakaian menutup aurat lengkap. hanya dibolehkan sekiranya ada keperluan, ataupun pandangan tersebut tidak diiringi nafsu jelek.

adakah kamu kurang kasih sayang sehingga terpaksa mencari kasih sayang yang tidak halal untuk sesuatu yang halal?

matlamat tidak menghalalkan cara. hajat untuk berkahwin tidak menghalalkan couple.

 


one more picture ,






semoga kita sentisa hidup di bwah rahmatNya yang Esa :) ameenn ya Rabb


ibtisam92
^^

sahabat sejati

Bissmilahirrahmaniraahim


Apakah kita merupakan seorang sahabat sejati???

PERSAHABATAN DALAM ISLAM
Sahabat merupakan insan yang senantiasa mendampingi diri kita di mana sahaja kita berada. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup bersama dengan kita sewaktu kita berada dalam kesenangan, apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Persahabatan yang terjalin perlu mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Islam supaya persahabatan tersebut diredai oleh ALLAH di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Persahabatan itu HALAL selagi tidak diselangi dengan perkara-perkara maksiat kepada ALLAH. Wallahu’alam bissowab.

Firman Allah:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).- Surah al-Hujuraat ayat 13.


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI
Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.


Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.


Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".


copy saja :P
sekian
^^

ibtisam92

Al-fatihah

Bissmillahirrahmanirrahim

Al-fatihah buat adikku (my little brother) , Adib Rifa'ie yang meninggal dunia pada hari ini di IJN. Beliau menghidap jantung berlubang sejak di lahirkan lagi pada 29/11/2010.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan tergolong dalam golongan yang beriman, aminnn



ini gambarnya ,di Hospital seberang Jaya , sebelum di jalankan pembedahan
comel kan ? hehe,
sempat abah ku mengambil gambar
^^

Allah lebih menyayangi dirinya :D

la tahzan ya Usrati, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.



ibtisam92
^^

lakukan apa yang dikata

Bissmillahirrahmanirrahim

Pada awal bulan November , ana dapat pngisian yang baik dan bermanfaat sekiranya ana kongsi di post ini, dari usrah ana mengenai surah As-Saf ayat 2-4

 "Wahai orang-orang yang beriman !Mengapa kamu mengatakn sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"(2)

"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mngtakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(3)

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur mereka seakan-akan sperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"(4)

Pentafsiran dari ayat di atas , berdasarkan kitab Tafsir Al-Azhar :


Perkataan yang tidak sesuai dengan perbuatan sangatlah dibenci oleh Allah. Hal yang demikian tidaklah layak bagi orang yang telah mengaku beriman. Ayat 2 dan 3 ini adalah peringatan sungguh-sungguh bagi orang yang telah mengaku beriman agar dia benar-benar menjaga dirinya jangan menjdi pembohong.
Al-hassan bin Ali Bin Abu Talib , cucu Rasulullah saw berkata bahawa di menghafal ucapan Rasulullah saw yang bersabda ;
"Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan , sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta adalah membuatkan hati ragu-ragu" (riwayat Tarmizi)


Sebab itu , maka hati orang yang beriman itu tidaklah boleh ragu-ragu. Ragu-ragu hnya dapat hilang apabila hidup bersikp jujur. Kejujuran untuk memupuk iman. Iman itu mesti di jaga.Dalam A-lquran terdapt beberapa peringatan kepada orang yang beriman supaya mereka bertakwa
"Wahai orang-orang beriman ! bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa kepadanya dan janganla kamu mati kecuali dalam keadaan muslim" (Ali-Imran:102)


 "Wahai orang-orang beriman ! Berimanlah kepada Allah dengan RasulNya" (An-Nisa'; 136)


Di surah Al-Maidah ayat 1 , orang-orang beriman diperingatkan supaya mereka mmenuhi janji. Dan banyak lagi ayat-ayat yang lain yang semuanya itu membuktikan bahawa pengakuan beriman belum cukup kalu tidak ada pemeliharaan dan penjagaan , ibarat menanam tanaman hendaklah selalu disiram , supaya jangan mati , dipupuk supaya subur.

Berdasarkan ayat 4 pula , tiap-tiap orang beriman mengukuhkan peribadinya , meneguhkan maruahnya dengan menjaga , jangan sampai mengucapkan kata-kata yang tidak dibuktikan dengan perbuatan.Sebab mulut tidak sesuai dengan perbuatan , peribadi akan merosot akhlaknya , tidak ada harga diri lagi.Sesudah tiap-tiap mukmin mempertinggikan nilai peribadinya dengan kejujuran , maka untuk berjuang mempertahankan akidah hendaklah di leburkan peribadi itu ke dalam peribadi yang besar, iaitu peribadi sabgai satu ummah , yang mempertahankan pendirian. Pendirian ialah Sabilillah , jalan Allah.
Setiap hari , orang mukmin memohon dalm setiap rakaat solatnya ialah menujukkan jalan yang benar. Jalan yang benar itu tidaklah mudah dan tidaklah di taburi degan bunga yang menwangi. Byk halangannya dan dugaannya serta musuhnya. Sbb itu , orang mukmin perlu bersedia berperang pada jalan Allah.
Berbalik pada ayat 2 dan 3 tentag kejujuran sebagai lawan dan kedustan. Orang yang perktaannya tidak secocok dengan perbuatan tidaklah ada padanya keberanian berjuang dengan bersungguh-sungguh. Sebb berjihad, berperang atau berjuang menghendaki disiplin jiwa sebelum disiplin sikap.
Dalam ayat ini Allah mnyatakn cintaNya kpd hambNya yang beriman , bilamana mereka bersusun dengan teratur menghadpi musuh-musuh Allah di medan perang , mereka berperang di jalan Allah , tujuan mereka hanyalah satu , supaya kalimat Allah tetap di atas dan agama Allah tetap menang , di atas segala agama
Bersabda Rasulullah saw : " 3 org yg Allah tertawa melihat mereka ;1) seorg laki-laki yang bangun sembhyang tgh mlam  2)suatu kaum yang bershof di waktu sembhyang , 3)dan suatu kaumyg bershof ketika berperang " (rwyt Imam Ahmad)


Said bin Jubir mengatakn bhwa Rasulullah saw ketika mulai saat peperanagn dgn musuh mestilah lebih dahulu mengatur barisan :" Seakan-akan mereka suatu bangunan yang kukuh" Muqatail bin Hayyan berkata ; " Rapat bersusun di antara yg satu dengan yg lain"




Harap maksud yang ana ingin smpaikan terkesan di hati kalian yang membaca. InshAllah
peringatan ini buat diri yang menulis ini juga:)



sekian
^^


ibtisam92


                                                              




Junior :) , candidate SPM

Bissmillahirrahmanirrahim

Buat pertama kalinya , dengan suka citanya , kakak di sini , ingin mengucapkan " THE BEST OF LUCK" kepada adik-adik yang akn menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini , 2010 . 



Adik-adik xperlu gentar , takut dan risau , inshAllah , Allah bersama kalian semua .
hanya Allah sahaja yang layak untuk adik-adik meminta bantuan kerana Dia Maha Agung
dan Dia Berkuasa atas segala-galanya .
Yakin pada Allah .
InshAllah adik-adik
perbanyakkan ibadah sunat , dan memperkukuhkan dengan ibadah fardhu
Banyak baca doa ye :)


Kakak disini sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik semua terutama , adik-adik DMW
^^






May Allah blessing you all



ibtisam92
^^

be zany :D

Bismillahirahmanirrahim




Dare to , 

Ask for what you want ,

Believe in yourself ,

Do what you love ,

Enjoy each and everyday ,

Follow your heart's desire ,

Give than more you receive ,

Have a sense of humour ,

Insist on being yourself ,

Join in more,

Kiss and make up ,

Love and beloved,

Make a new friends ,

Nurture your spirit ,

Overcome adversity ,

Play more ,

Qustion confirmity ,

Reach for the stars ,

Speak for the truth ,

Take responsibility ,

Understand more , judge less,

Volunteer your time ,

Walk through the fear ,

Experience the moment ,

Yearn for grace ,

Be zany ..


ibtisam92
^^

Anda perlu tahu !

Bissmillahirahmanirrahim


Bahaya amalan Bidaah

 Para ulama telah menjelaskan di dalam kitab-kitab mereka tentang maksud dari amaln bidaah . Di antaranya , di sebutkan bahawa bidaah adalah panduan yang diada-adakan dalanm beragama yang menandingi syariat dan dimaksudkan dengan mengikuti panduan tersebut untuk beribadah kepada Allah swt . Dan bidaah itu bermacam-macam jenisnya . Ada yang berupa amlan ibadah baru yang sama sekali tidak pernah di contohkan oleh Rasulullah dari khulafa' Arrasyiddin. Seperti mengadakan perayaan dan peringatan hari kelahiran atau hari kematian seseorang . Ataupun dengan mengubah tata cara ibadah yang telah disyariatkan . Seperti berzikir secara berjemaah dengana dipimpin oleh seorang imam setelah selesai dari sembahyang berjemaah.

Seluruh jenis bidaah dengna pelbagai macammnya adalah sesat , sabagaimana tersebut dalam sabda Rasulullah : 
" Dan setiap bidaah adalah sesat" (Riwayat Ahmad dan yang lainnya)

Begitu juga dikatakn oleh Abdullah ibnu Umar : "Setiap bidaah adalah sesat meskipun orang-orang menggangap baik"
Maka tidak benar kalau dikatakan ada bidaah yang baik atau hasanah. Akan tetapi yang ada adalah sunnah yang hasanah , bukan bidaah hasanah . Iaitu melakukan amal ibadah yang disyariatkan dan kemudian dicontoh  dengan diikuti oleh orang lainnya . Adapun untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dgn amalan ibadaha yang dibuat sendiri atau dibuat oleh gurunya , hal tersebut adalah amalan bidaah dan tidak baik sama sekali . Kerana seluruh amalan bidaah adalah terkeluar dari perbuatan Rasulullah saw. Meskipun kadar kesesatannya dan keburukannya berbeza-beza.

Akhir sekali marilah kita senantiasa mengikut wasiat Nabi saw untuk berpegang teguh di atas jalannya. Begitu pula wasiat baginda untuk berhati-hati terhadap kerosakan yang sangat berbahaya , iaitu bidaah serta orang-orang yang mengajaknya. Kerana hal itu akan menjauhkan diri kita dari ajaran agama Islam yang mulia.

Untuk pengetahuan anda :
Bidaah adalah bentuk penyelisihan paling besar dari jalan Rasulullah setelah [erbuatan syirik. Hal ini kerana perbuatan bidaah akan memecahbelahkan kaum Muslimin serta mengheret pengamalnya pada kerosakan agama dan hatinya . Perbuatan bidaah akan menjadikan hati pelakunya menjadi benci kepada Assunah .Kerana hati tidak akan boleh menerima sunnah Nabi sekiranya sudah ditempati bidaah.

Syaiatn akan menghiasi amalan bidaah sehingga akan menjadi sanagt mudah bagai orang tertipu untuk mengamalkannya meskipun harus mengeluarkan banyak pengamalnya dan menghabiskan sebahagian masanya . Dan bidaah akan mengheret pegamalnya menjadi orang yang sombong untuk akan membanggakan dirinya dan menganggap cara serta amalannya adalah yang paling baik .

sekian
 ^^

ibtisam92

Mengenali bidaah :)

Bismillahirrahmanirrahim


Apa itu Bidaah??Bidaah amaliah adalah penetapan satu ibadah dalam agama ini padahal ibadah tersebut tidak di syariatkan oleh Allah dan RasulNya.


Asy Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Saadi memaparkan tentang bidaah . "Bidaah adalah perkara yang diada-adakan dalam agama. Sesungguhnya agam itu adalah apa yang datangnya dari Nabi saw sbgimana termktub dalam Alquran dan Assunah, Dengn demikian apa yang ditunjukkan oleh Alquran dan Assunah itulah agama dan apa yang bertentangan dgn Alquran dan Assunnah beerti perkara itulah bidaah. Ini merupakn definisi atau penjabaran erti bidaah. Sementara bidaah itu dari segi keadaannya terbahagi dua :


PERTAMA : bidaah iktikad ( bersgkut paut dgn keyakinan )
-bidaah ini juga diistilahkan bidaah qauliyah (dlm hal pndpt) dan menjadi ukurannya adalah sbda Rasulullah  yg driwayatkan dlm kitb sunan :
"Umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya berada dlm neraka kecuali satu golongan"
Para sahabt bertanya : " Siapa golongan yang satu ini wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab : "Mereka yang berpegang dgn apa yg aku berada di atasnya pada hari ini dn juga para sahabatku" yang selamat dri perbuatan bidaah ini hanyalah ahlus sunnah wal jamaah yg mereka itu berpegang dgn ajran Nabi saw dan apa yg dipegang oleh para sahabt dlm perkara ushul (pokok) secara kesuluruhannya pokok-pokok tauhid , masalah kerasulan (kenabian) takdir masalah-masalah iman dan selainnya.

Golongan yg lain adalh golongan yg terkeluar dri jalan yg benar seperti KHAWARIJ, MUKTAZILAH, JAHMIYAH, QADARIYAH RAFIDHAH, MURJIAH dn pecahan2 golongn ini, semuanya adalah ahlul bidaah dlm perkara iktikad. dan hukum yg dijatuhkan kpd mereka dri pokok2 agama sesuai dgn selamat, tidaknya ahlus sunnah dri kejelikan pndpt perbuatan mereka.Masalah ini sgtlah pnjg untuk dibhsakan di sini.


KEDUA : bidaah amaliyyah (yg bersgkut paut dgn amalan ibadah)
-ini bermaksud penetapan suatu ibadah dalam agama ini padahal ibdah tersebut tidak disyariaatkan oleh Allah dan RasulNya. dan perlu diketahui bhwasanya setiap ibadah yg tidak disyariatkan oleh agama (penetap syariat iaitu Allah ) smada perinth itu wajib atau mustahab (sunnah) maka itu adalah bidaah amaliah dan msuk dlm sbda bginda Nabi Muhammad saw :


"Sesiapa yg mgmalkan suatu amalan yang tidak di atas perinth kami maka amalannya akan di tolak"


keran itulah termsuk kaedah yg dipegang oleh para imam termsuk IMAM AHMAD rahimahullah dan selain beliau menyatakn :
"Ibadah itu pd asalnya terlrang (tidak boleh dikerjakan)"


hal ini bermksud tidak boelh menetapkan atau mensyariatkan satu ibadah kecuali apa yg telah disyariatakan oleh Allah dan RasulNya.




BIDAAH PADA PANDANGAN ULAMA MUKTABAR


Bidaah adalah perkataan yang  diambil dri kata bida' iaitu al ikthiar atau mengadakan sesuatu tnpa adanya contoh sebelumnya. seperti yg termktub dalm KITAB SHAHIH MUSLIM BI SYARAH IMAM NAWAWI dijelaskan sebgai berikut :


"dan yg dimksudkan dalam hal bidaah berkata ahli bahasa dia ialah segala sesuatu tnpa contoh yang terlebih dahulu"dan jika ditujukan dalm hal ibadah pengertian2 bidaah tersebut antaranya
" Bidaah adalah suatu taabudi bertentangan dgn ALQURAN ASSUNAH dan IJMAK umt terdahulu"bidaah adalah kebaikan dari sunnah dan dia itu apa2yg bertentagan dgn alquran assunah dan ijmak umat terdahulu baik keyakinnya atau peribadatannya atau dia itu bermkna lebih umum iaitu apa2 yang tidak disyriatakn Allah dlm agama maka segala dri sesuatu yg tidak disyariatkan oleh Allah maka yg demikian itulah bidaah.
 Dari ALHARAWI bhwa bidaah ialah pndpt fikran yg mana tidak terdapt padanya KITAB (alQuran ) dan Assunah"


Ibn Hajar akl AsQalani dalm Fathul Bari menjelaskan"Dan yg dimksudakn dgn sbdnya " setiap bidaah adalah sesat" yakni apa yang diadakan dan tnpa dalil padanya dri syariat baik dgn jalan khusus mhupun umum"


Ibn Taimiyyah: "Bidaah dalm agama iala sesuatu yg tidak disyariatkan oleh Allah dan RasulNya iaitu tidak diperinthkan dgn perinth wajib atau perintah sunnah. adapun yg diperinthkan dagn perinth wajib dan sunnah serta diketahui perinth2 tersebut dgn dalil2 maka hal itu termsuk dalm syariat Allah meskipun ada perselisihan di antara ulamaada hal itu sudah diamalkan pada masa Rasulullah atau tidak"


Menurut Assyatibi : " bidaah adalah sesuatucara di dalam agama yang diadakan (baru) menyerupai agama dan dimksudkan dlm melakukannnya untuk bersunguh2 dalm beribdh kpd Allah swt"
Menurut Ibn Rajab: "yg dimksudkan dgn bidaah adalah sesuatu yg diadakan tnpa ada dsrnya di dalam syariat. adapun  suatu yg yg ada dsrnya dln syarak maka bukanlah bidaah meskipun dikatakn bidaah menurut bhasa"
Menurut Assayuti : " Bidaah ialah suatu ungakapan tentg perbuatan yg bertentagn dgn syariat kerena penyelisihannya atau perbuatan menjdikan adanya penmbahan dan pengurangn syariat"


Ulama besepakat bhwa mksud bidaah yg paling mengena atau yg dikatakan sesat adalah yg diertikan oleh IMAN ASSYATIBI


sekiann.


ibtisam92
^^

Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim

Alhmdulillah pada hari ini , tarikh : 17/11/2010, kita semua umat islam di bumi Allah menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua , InsyAllah :D

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatibmenyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
sekian post untuk kali ini .
^^
ibtisam92